script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Penjaga Gol Sri Pahang FC, Izham Tarmizi Roslan Sah Tidak Lagi Bersama Dengan Skuad Tok Gajah

KUANTAN: Penjaga gol Sri Pahang FC, Izham Tarmizi Roslan sah tidak lagi bersama pasukan Pantai Timur itu.

Ini selepas pengurusan Tok Gajah memaklumkan sesi latihan yang disertai beliau pada hari ini merupakan sesi latihan terakhirnya sebelum meninggalkan pasukan.

“Sesi (latihan) terakhir untuk penjaga gol kita, terima kasih Izham Tarmizi. Meninggalkan pasukan dengan rasa syukur dan memori yang tidak terkira. Semoga terus mengorak langkah gemilang dalam karier,” kata pengurusan kelab dalam satu kenyataan.

Selepas tamat sesi latihan, Izham menggunakan ruang masa yang ada untuk mengucapkan kata-kata perpisahan kepada barisan pemain dan staf kejurulatihan Sri Pahang.

Bekas penjaga gol kebangsaan berusia 33 tahun itu dilaporkan bakal kembali menyertai JDT sebelum saingan Liga Malaysia (Liga M) membuka tirainya pada bulan hadapan.

Izham dijangka mengisi kekosongan yang ditinggalkan Haziq Nadzli yang berhijrah ke Perak FC secara pinjaman semusim.

Sepanjang bersama Sri Pahang pada musim lepas, beliau merekodkan enam rekod tanpa bolos daripada 19 perlawanan liga musim 2023.

Tok Gajah akan memanfaatkan khidmat bekas penjaga gol Penang FC, Azfar Arif dan Zarif Irfan Hashimuddin sebagai penjaga gol untuk musim 2024/25. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.