script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Al-Sultan Abdullah Bertitah Perlulanya Mewujudkan Mahkamah Agung Syariah di Negeri Pahang

KUANTAN: Bagi usaha memartabatkan institusi kehakiman syariah, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah perlunya mewujudkan Mahkamah Agung Syariah di negeri ini.

Ia cadangan baginda bagi merperkasa undang-undang Syariah di peringkat lebih tinggi.

Titah Sultan Pahang, mewujudkan Mahkamah Agung Syariah dapat memperkemas bidang kuasa kehakiman undang-undang Islam di negeri itu.

Usul baginda itu selaras dengan peranan baginda sebagai ketua agama Islam negeri Pahang bagi menubuhkan Mahkamah Agung Syariah di mana ia terletak di bawah bidang kuasa negeri di bawah Perkara 4(a) dan (b) dalam Jadual Kesembilan – Senarai Perundangan dalam Perlembagaan Pesekutuan.

Baginda bertitah ketika berkenan merasmikan Persidangan Pendidikan Kontemporari Antarabangsa Dalam Dunia Islam (ICCEIW) di Hotel Grand Darul Makmur di sini hari ini.

”Buat pengetahuan delegasi (ICCEIW), sistem perundangan Negeri Pahang ini kita ada tiga level (hierarki) mahkamah iaitu Syariah Lower Court, Syariah High Court, ada Syariah Court of Appeal.

”Dan terkini saya telah mencadangkan kepada pihak Majlis Agama Islam Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)  dan kerajaan Pahang supaya menubuhkan mahkamah syariah lebih tinggi, Mahkamah Supreme Syariah yang lebih tinggi dari dari Appeal.

”Ini bagi melicinkan dan mempekemaskan undang-undang Syariah di negeri ini,” titahnya.

Pada majlis yang sama baginda turut bertitah mengenai perkembangan sejarah dan tamadun Islam yang bertapak di Pahang di hadapan lebih 300 peserta ICCEIW.

Al-Sultan Abdullah bertitah, Undang-undang Islam iaitu Hukum Kanun Pahang bermula dari zaman Almarhum Sultan Pahang ke 12, Sultan Abdul Ghafur Muhiuddin Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Kadir Alauddin Shah bermula dari tahun 1592 hingga 1614.

”Ia seterus diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga tahun 2012 dan memperkemas hukum kanun dan hukum undang-undang syariah di negeri Pahang ini.

”Sedikit sejarah secara ringkas, Islam telah bertapak di Pahang pada tahun 1000…Hakikatnya di Permatang Pasir di Pekan, satu kubur ada batu nisan dengan tulisan jawi, boleh melawat tempat itu,” titahnya. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.