script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Mahfuz: Tiada Halangan Majikan Bayar Gaji Secara Mingguan !


KUALA LUMPUR: Tiada halangan untuk mana-mana majikan membayar gaji kepada pekerja secara mingguan, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata, kerajaan menetapkan peraturan pembayaran gaji seperti yang termaktub dalam Seksyen 19 Akta Kerja 1955 dan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.

"Mengikut perundangan dalam negara, kita tiada halangan untuk mana-mana majikan membayar gaji mingguan sama ada secara (berdasarkan) jam, hari, minggu ataupun bulan. Syaratnya adalah tempoh upah tidak boleh melebihi sebulan," katanya dalam sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan asal daripada Nor Azrina Surip (PH-Merbok) yang ingin tahu adakah kementerian membenarkan majikan membayar gaji secara mingguan seperti di Britain.

Berkaitan dengan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 seperti dibangkitkan Datuk Seri Abdul Azeez Rahim (BN-Baling) dalam soalan tambahannya, Mahfuz yang juga anggota Parlimen Pokok Sena berkata, pihaknya sedang menunggu keputusan Kabinet. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.