script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Lokman Anjur Siri Bantahan Sempena "100 Hari" Kerajaan PH !


PETALING JAYA: Siri bantahan sempena 100 hari pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan diadakan di beberapa negeri pada 17 dan 18 Ogos ini, kata Datuk Lokman Noor Adam.

Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat dan Pemantau Prestasi Kerajaan berkata tunjuk perasaan itu mengenai kegagalan Pakatan Harapan dalam tempoh 100 hari selepas memenangi pilihan raya 9 Mei lepas.

“PH gagal melindungi agama Islam sebagai agama Persekutuan, hak istimewa Bumiputera, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan raja-raja Melayu sebagai payung agama Islam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lokman berkata tunjuk perasaan juga akan menyentuh kegagalan PH menunaikan 10 janji utama yang sepatutnya dilaksanakan dalam tempoh 100 hari memerintah

Tunjuk perasaan akan bermula di Alor Setar, Kedah pada 17 Ogos, dan akan membawa ke Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Melaka dan Johor pada 18 Ogos.

Satu perhimpunan juga akan diadakan semasa penamaan calon pilihan raya kecil DUN Seri Setia pada 18 Ogos.

“Kemeja T berwarna putih disediakan untuk 150 peserta terawal,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerosakan yang ditinggalkan kerajaan Barisan Nasional lebih teruk daripada yang disangkakan, menyebabkan PH sukar menunaikan 10 janji 100 hari itu. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.