KUANTAN - Graduan pada masa kini diingatkan agar mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran sampingan dan bukan hanya bergantung kepada kecemerlangan yang tercatat pada segulung sijil semata.
Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah dalam era yang penuh dengan persaingan, graduan perlu memiliki ciri-ciri lain seperti pemikiran kreatif, inovatif, kebolehan membuat keputusan dan bersikap berani mencuba.
"Kelebihan dimiliki ini mampu memberi nafas kepada mereka untuk menghadapi era Revolusi Industri 4.0, namun semua ciri-ciri positif itu perlu ditunjangi dengan keperibadian mulia serta jiwa yang kental dalam mendepani cabaran mendatang," titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-17 Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) di Bukit Gambang Resort City di sini hari ini.
Teks titah diraja dibacakan Menteri Besar Pahang merangkap Pro Canselor KUIPSAS Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. #sumber







Tiada ulasan:
Catat Ulasan