script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Najib Bidas Tony Pua Selepas PH Tangguhkan Pemansuhan Tol !


PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak membidas pegawai khas kepada Menteri Kewangan, Tony Pua, selepas Pakatan Harapan mengumumkan janji memansuhkan tol tidak dapat dipenuhi ketika ini kerana kerajaan tidak cukup wang untuk membayar pampasan kepada konsesi.

Bekas Perdana Menteri menyorot perhatian kepada kos yang diperlukan untuk menghapuskan tol seperti yang diumumkan menteri semalam, iaitu lebih RM400 bilion, berbanding kiraan DAP sebelum ini, RM25 bilion.

“Kerajaan PH seharusnya menugaskan Tony Pua dalam usaha menghapuskan semua tol jalan raya bagi menepati antara janji utama manifesto PRU14 mereka.

“Saya percaya Tony Pua dan DAP bukan penipu dan pengiraan mereka yang jauh lebih murah adalah tepat – bukan hanya dibuat untuk menipu undi rakyat dan tidak mungkin DAP selalu salah titik perpuluhan.

“Apatah lagi, syarikat konsesi-konsesi tol berkenaan bukan kroni mahupun rakan-rakan saya tetapi mereka adalah dari era seorang perdana menteri sebelum saya,” katanya.

Menteri Kerja Raya Baru Bian di Dewan Rakyat semalam mengumumkan langkah menghapuskan tol ditangguhkan sehingga keadaan kewangan negara mengizinkan.

Beliau juga mengingatkan penghapusan tol itu tidak termasuk dalam janji 100 hari kerajaan Pakatan Harapan.

Najib hari ini berkata kerajaan sejak 2008 lagi memberitahu langkah menghapuskan semua konsesi tol jalan raya memerlukan kos RM231 bilion.

“Tetapi, pada masa itu Tony Pua menuduh kita sebagai penipu,” katanya.

“Semalam, menteri memberitahu Parlimen kos untuk berbuat demikian jauh lebih tinggi dari apa yang telah kerajaan BN umumkan dahulu.”

Najib menambah pentadbirannya berusaha untuk menghapuskan banyak tol di seluruh negara dan pada tempoh tersebut, tidak ada tol lebuh raya milik syarikat kerajaan menaikkan kadar tol.

“Tetapi kerajaan menghadapi kesukaran untuk tidak membenarkan tol milik swasta menaikkan kadar tol kerana terikat dengan perjanjian konsesi yang dirunding dan dimeterai semasa Tun Dr Mahathir Mohamad adalah Perdana Menteri ke-4.”

Najib juga memaklumkan semua perjanjian konsesi tol jalan raya boleh disemak orang ramai kerana beliau sudah menukar status kerahsiaan dokumen berkenaan pada Oktober 2008. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.