script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Mufti Pahang: Tiada Kompromi Di Beri Untuk Golongan LGBT !


KUANTAN -  Tiada perbincangan mahupun kompromi seharusnya diberikan kepada golongan lesbian, gay, bisexual, transgender (LGBT) di negara ini kerana ia jelas menentang hukum Allah dan fitrah manusia.

Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata LGBT adalah perlakuan yang menyalahi hukum syarak dan sebagai sebuah negara Islam, ia wajar dicegah serta dibendung daripada terus menjadi wabak dalam masyarakat.

“Golongan ini dilaknati Allah dan mereka yang menyokong perbuatan mungkar turut sama menanggung dosa...mengapa kita mahu menerima serta bersama mereka? Tiada soal bertolak ansur untuk membenarkan hubungan dan perlakuan LGBT yang secara terang-terangan merosakkan diri, agama dan masyarakat.

"Kita perlu menentangnya...tetapi secara bijaksana. Jika kita ada kuasa untuk mencegah (menteri, kerajaan) ia lagi mudah dilakukan melalui penguatkuasaan undang-undang...bukan berusaha memahami mereka pula," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan pertemuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa bersama aktivis transgender beberapa hari lepas.

Abdul Rahman berkata pertemuan dan perbincangan itu tidak harus dilakukan kerana ia akan menggalakkan golongan LGBT untuk mendapatkan pengiktirafan di negara ini.

"Perbincangan hanya boleh dilakukan jika golongan tersebut mahu pulang ke pangkal jalan...bukan bincang apa (hak) yang mereka mahu tuntut sedangkan mereka langsung tidak berhak menuntut apa-apa.

"Perbuatan mereka juga akan memesongkan akidah seluruh masyarakat Islam kerana mahu perbuatan mereka diterima, malah diberi ruang untuk menjalani kehidupan 'sama' sedangkan jelas mereka menentang Allah SWT," katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.