script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

UMP Tuan Rumah Temasya Sukan SUKUM ke-43 Mulai Hari Ini


KUANTAN - Seramai 2,600 atlet daripada 21 kontigen mewakili universiti awam seluruh negara telah berkampung bagi menjayakan Sukan Antara Staf Universiti Malaysia (SUKUM) ke-43 di sini hari ini.

Temasya sukan yang berlangsung di Universiti Malaysia Pahang (UMP) itu merupakan acara tahunan bagi kakitangan universiti awam seluruh Malaysia yang mempertandingkan 17 acara sukan yang berlangsung bermula hari ini sehingga 18 Ogos depan.

Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malek berkata, SUKUM merupakan platform bagi menyatukan semangat perpaduan antara warga staf universiti.

"SUKUM merupakan penghubung bagi memartabatkan sukan seiring pendidikan di negara ini menerusi penglibatan para pegawai dan atlet dalam kontigen masing-masing.

"Selain bersaing secara sihat dalam lapangan sukan, atlet dari semua kontigen juga diharap dapat menghayati semangat kesukanan dan pada masa sama memanfaatkan SUKUM sebagai medan perhubungan profesional secara santai," katanya menerusi teks ucapan perasmian SUKUM ke-43 yang dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Kamel Mohamad.

Turut hadir Pengerusi Lemabaga Pengarah UMP, Datuk Seri Ibrahim Ahmad dan Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Seri Dr. Daing Nasir Ibrahim. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.