script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Sakit Tulang Belakang Tidak Halang Filzatus Pelajar Cemerlang


KUANTAN - Kerap tidak menghadiri kuliah ekoran penyakit slip disc yang ditanggung sejak lima tahun lepas tidak menghalang Filzatus Syahida Abdul Wahid, 22, meraih Anugerah Kecemerlangan Sultan Ahmad Shah pada Konvokesyen ke-17 Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), di sini.

Beliau tidak mahu penyakit yang dihidapi selepas terjatuh ketika bermain bola jaring di sekolah menengah dulu menjadi penghalang untuk terus memburu kecemerlangan, sebaliknya terus bersemangat mengejar pengajian serta tugasan yang tertinggal ketika kesihatan tidak mengizinkan.

“Saya terhutang budi kepada pensyarah dan rakan yang banyak membantu serta memberikan sokongan ketika saat saya berjuang menamatkan pengajian. Walaupun diberi kelonggaran tidak menghadiri kelas, namun saya tidak menjadikan ia alasan atau kesempatan untuk tidak belajar.

"Saya belajar secara individu dengan kerap bertemu pensyarah bagi menggantikan kelas yang tertinggal walaupun sedikit terganggu dengan situasi itu, namun sokongan diterima membolehkan saya menggenggam Diploma Dakwah dan Pengurusan,” katanya ketika ditemui dalam majlis itu.

Majlis dirasmikan Menteri Besar Pahang merangkap Pro Canselor KUIPSAS Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mewakili Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.