script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Polis: Pekebun Alami Kerugian RM27,000 Di Tipu Wanita "Menyamar" Saudara Isterinya !

 

KUANTAN – Seorang pekebun berusia 45 tahun di Maran mengalami kerugian sebanyak RM27,000 selepas ditipu seorang wanita yang menyamar sebagai saudara isterinya semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, lelaki itu dihubungi suspek pagi semalam yang menyatakan ingin meminjam wang.

“Suspek mengaku sebagai saudara kepada isterinya dan mahu meminjam wang. Suspek juga berjanji akan pulangkan semula wang itu pada petang hari yang sama (semalam),” katanya di sini, hari ini.

Mohd. Wazir berkata, selepas dihubungi suspek, mangsa meminta bantuan rakannya untuk melakukan pemindahan wang ke dalam akaun diberikan suspek.

Beliau memberitahu, mangsa juga meminta rakannya melakukan dua kali transkasi ke dalam akaun seorang lelaki serta mangsa sendiri memasukkan wang selebihnya.

Tambah beliau, suspek wanita itu kemudian memberitahu ingin bertemu mangsa di Kuantan pada petang semalam untuk membayar balik wang dipinjam.

“Mangsa telah pergi ke Kuantan dan menunggu agak lama tetapi suspek tidak datang. Mangsa menyedari telah ditipu dan membuat laporan polis,” tambahnya.

“Kes dilaporkan di Balai Polis Sri Jaya, Maran semalam dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,”ujarnya. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.