script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Diskaun 70% Selama Dua Bulan Di Tawarkan Untuk Semua Jenis Saman JPJ Bermula Esok !

 

PUTRAJAYA - Diskaun 70% selama dua bulan ditawarkan untuk semua saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula esok termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata tawaran diskaun untuk saman yang boleh dikompaun itu adalah sempena sambutan ulang tahun ke-75 JPJ, melibatkan 3.5 juta saman aktif yang dikenal pasti sejak 2010 hingga Mac tahun ini.

Beliau berkata, pembayaran saman dengan diskaun ditetapkan itu boleh dibuat di semua pejabat JPJ serta secara dalam talian melalui portal rasmi jabatan.

“Saya galakkan bayar saman ini secara dalam talian bagi mengelakkan berlaku kesesakan di JPJ selain ia kurang memudaratkan,” katanya kepada pemberita selepas sambutan Jubli Platinum Ulang Tahun JPJ ke-75.

Wee berkata, JPJ juga memperkenalkan sistem menunggu giliran secara dalam talian iaitu JPJeQ hari ini bagi mengelakkan 3C (tempat sesak, sempit dan duduk jarak dekat) di semua premis dan kaunter JPJ.

“Aplikasi mudah alih itu membenarkan pelanggan membuat pilihan cawangan JPJ yang tidak ramai pelanggan serta menggunakan kod QR untuk mendapatkan nombor giliran, selain mesra orang kurang upaya (OKU) serta warga emas,” katanya.

Sempena ulang tahun itu juga, JPJ melancarkan siri nombor pendaftaran “FD” bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya yang boleh dibida selama lima hari bermula hari ini melalui Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid).

Wee berkata, bidaan nombor pendaftaran itu akan ditutup jam 10 malam pada Jumaat dan keputusannya diumumkan pada 17 April.

“Siri FD merupakan kesinambungan dari siri “FC” yang menjadi perintis bidaan nombor pendaftaran kenderaan dalam talian iaitu JPJeBid yang kini telah dilaksanakan di seluruh negara,” katanya. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.