script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

"Bukan Ada Unsur Khianat, Rasuah" , Anwar Persoal Kekecohan Tentang Rakaman Audio

 

PETALING JAYA - Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap menafikan pembabitannya dalam isu rakaman audio yang kononnya mengandungi suara miripnya dalam satu perbualan telefon dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau turut mempersoalkan apa isu yang timbul tentang rakaman perbualan tersebut.

Bercakap dalam forum yang dianjurkan oleh Majlis Profesor Negara, Presiden PKR itu mendakwa kerajaan menggunakan rakaman audio tersebut untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu-isu rasuah yang melanda negara.

“Apa masalahnya kalau (rakaman audio) itu tulen? Ada (unsur) pengkhianat, rasuah, ada jenayah (dalamnya)? Tidak ada,” kata beliau ketika menjawab soalan profesor Universiti Kebangsaan Malaysia Mohammad Agus Yusoff.

“(Pertamanya), kalau benar ia tulen, siapa yang (merakamnya)? Menyebarkannya dan mengintip orang lain adalah salah.

“Kedua, kenapa menteri dalam negeri ( Datuk Hamzah Zainudin) begitu riuh-rendah tentangnya? Tak pernah dengar pasal audio dan video yg lain? Banyak lagi ada (di luar sana).

“Nampaknya sekarang (rakaman audio yang) kononnya antara Anwar dan Zahid ini nak dijadikan modal politik,” kata beliau.

Kedua-dua pemimpin tersebut telah menafikan bahawa mereka yang bercakap dalam klip audio tersebut, yang kononnya dirakam susulan Perhimpunan Agung UMNO bulan lalu, di mana parti tersebut memutuskan bahawa tidak sepatutnya ada kerjasama politik dengan Anwar, PPBM dan DAP dalam pilihan raya umum akan datang (PRU15).

Anwar sebelum ini mendakwa rakaman audio itu adalah usaha para pemimpin negara menggunakan tipu helah setelah gagal mengancam atau mendorong rakyat untuk menyokongnya.

Susulan itu, Hamzah berkata, kementeriannya akan menyiasat kesahihan rakaman audio tersebut. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador juga menggesa Zahid dan Anwar membuat laporan supaya siasatan dapat dijalankan.

Kata Anwar dalam forum itu, tiada tindakan diambil berhubung rakaman audio sebelum ini yang belum disahkan melibatkan presiden PPBM, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang kononnya “memikat” pemimpin UMNO untuk menyertai partinya.

“Siapa tak dengar (rakaman) audio Muhyiddin yang (berjanji) akan beri jawatan menteri dan syarikat berkait kerajaan kepada pemimpin UMNO?

“Maknanya, pemimpin UMNO boleh dibeli. Sebab itu, sesetengah menteri melompat (parti), sebab nak jaga kedudukan (sendiri), bukan nak jaga ahli UMNO atau rakyat Melayu yang konon diwakilinya,” kata beliau.

Anwar mendakwa, rakaman audio itu digunakan untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada masalah rasuah yang makin berleluasa, dan penggantungan Parlimen.

Ketika ditanya sama ada beliau akan menyahut seruan untuk membuat laporan polis, Anwar berkata: “Saya telah mengeluarkan kenyataan, begitu juga Zahid. Sudah cukup.”

Tambah beliau, banyak isu lebih penting yang perlu ditangani, seperti pengangguran, kemiskinan, dan hal-hal berkait orang Melayu dan Bumiputera.

Sementara itu, kumpulan pro-Anwar, Gerakan Reformasi 98 (Gerak98) berkata, tiada isu yang timbul sekalipun rakaman audio itu tulen.

Bercakap pada sidang media di Kuala Lumpur, ketua kumpulan itu, Datuk Mohamad Ezam Md Nor, berkata, ini kerana tiada langsung elemen dalam rakaman audio itu yang bertentangan dengan “semangat reformasi”.

Kumpulan itu turut menetapkan syarat yang ketat, sekiranya UMNO ingin bekerjasama dengan PKR dalam PRU15, iaitu ia tidak boleh melibatkan kepemimpinan bersifat diktator, mahupun yang terpalit dengan rasuah. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.