script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pelawa UMNO Agar 'Sertai' Perikatan Nasional, Kenyataan Hadi Hanyalah Satu Muslihat Politik

 


KUALA LUUMPUR - Ahli Parlimen UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz, menepis ajakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kepada kumpulan Islam agar menyertai Perikatan Nasional sebagai sekadar ‘muslihat politik’.

Terdahulu, Hadi dilihat menolak Muafakat Nasional bersama UMNO apabila mengajak semua kumpulan Islam untuk menyertai PN bersama PPBM.

Nazri berkata kenyataan Hadi itu tidak mencerminkan hakikat di lapangan, yang mana hubungan akar umbi UMNO dan PAS masih kuat dan baik.

“Itu pendirian parti dia tetapi bagi saya sebagai Ahli Parlimen UMNO, kami sedang bekerjasama dengan rakan PAS.

“Saya sudah dalam politik lebih kurang 40 tahun. Saya tahu apa yang dimaksudkan dengan semua ini, (kenyataan Hadi) ini muslihat saja,” katanya.

Meyakini MN akan bertahan walau dalam menghadapi PRU15, Nazri percaya akar umbi PAS tidak sehaluan dengan pemimpin mereka.

“Ada juga beberapa pemimpin PAS yang merupakan Ahli Parlimen bersimpati terhadap kami. Jadi saya tidak bimbang dengan kenyataan Hadi,” katanya.

Beliau mengingatkan PPBM hanya bergantung kepada akar umbi PAS kerana parti itu sendiri tidak mempunyai sokongan secukupnya.

Nazri juga berkata perbalahan UMNO adalah hanya dengan PPBM, dan menegaskan UMNO tidak boleh membenarkan PPBM mengambil kerusi yang dimenangi oleh pemimpin UMNO yang kemudiannya melompat parti.

“Sudah tentu, PAS tak ada masalah dengan mereka. ‘Parti bunga’ (PPBM) tak curi Ahli Parlimen mereka, tetapi kita ada masalah dengan ‘parti bunga’,” katanya.

Walaupun UMNO menolak undangan menyertai PN, tidak bermakna ia tidak mahu berkawan dengan PAS, katanya.

Sementara itu, ketika dihubungi, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, meminta rakyat menunggu kenyataan balas daripada partinya. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.