script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Keluarga Pengamal Perubatan Mati Di Tembak Tidak Menyangka Kejadian Itu 'Boleh Berlaku' !

 

KUANTAN - Keluarga pengamal perubatan tradisional yang ditembak di rumah sewa di Perumahan Bukit Rangin Perdana 2, di sini, semalam, tidak menyangka kejadian itu boleh berlaku.

Abang mangsa, Mohammad Redzuan Nasri, 37, berkata, pada hari kejadian, dia hanya lalu di depan rumah berkenaan.

Katanya, kali terakhir berjumpa arwah ialah tiga hari lalu tetapi mereka tidak bertegur sapa dan tiada sebarang perubahan yang dilihat.

"Bagaimanapun, saya terkejut apabila dimaklumkan adik meninggal dunia di rumah dan sememangnya ahli keluarga tidak sangka kejadian ini berlaku kepada arwah," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam kejadian semalam, dendam dipercayai motif pembunuhan Mohamad Abdul Rahim Nasri, 31, yang juga pengamal perubatan.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali dilaporkan berkata, pihaknya menerima maklumat seorang lelaki tidak sedarkan diri akibat kecederaan di kepala dan kesan darah kering pada jam 11 malam.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku di rumah kampung jenis papan yang terletak kira-kira 20 meter dari jalan utama dan 100 meter dari rumah jiran terdekat.

"Mangsa mati disyaki ditembak kerana ada beberapa kesan tembakan pada badan hasil pemeriksaan dijalankan pasukan siasatan dan forensik.

"Hasil siasatan disyaki bermotifkan dendam dan marah kepada mangsa. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK)," katanya. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.