script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Shahidan Kassim Di Singkir Daripada Jawatan Ketua UMNO Negeri Perlis Kuatkuasa Hari Ini!

 

KUALA LUMPUR  - Datuk Seri Shahidan Kassim disingkirkan daripada jawatan Ketua Badan Perhubungan UMNO Perlis, berkuatkuasa hari ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mengumumkan Shahidan akan digantikan oleh Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.

“Pertukaran ini berkuatkuasa hari ini. Dirakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Shahidan Kassim atas khidmat sepanjang tempoh perkhidmatan beliau,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Shahidan yang juga Pengerusi Majlis Ahli Parlimen PN (PNBBC), menolak sebarang usaha untuk Barisan Nasional (BN) meninggalkan kerajaan PN yang berusaha sedaya upaya memulihkan ekonomi negara ketika penularan Covid-19.

Beliau berkata, pertukaran kerajaan tidak akan dapat membantu memulihkan ekonomi negara, sebaliknya lebih banyak masa diperlukan untuk berbuat demikian.

Katanya, langkah terbaik sekarang ialah Umno bekerjasama dengan Bersatu, PAS dan GPS.

Pada 8 April lalu, Shahidan membuat laporan polis kerana namanya disebut dalam suatu rakaman yang dikatakan perbualan antara Zahid dan Presiden PKR, Datuk Seri  Anwar Ibrahim.

Beliau turut meminta pihak lain melaporkan kepada polis supaya kesahihan rakaman itu disiasat.

Zahid dan Anwar nafi perbualan itu, yang dikatakan berlaku selepas Perhimpunan Agung UMNO 2020, Mac lalu.

Ketika dihubungi dan diminta mengulas penyingkirannya daripada jawatan itu, Shahidan memaklumkan dia tidak tahu-menahu berhubung perkara berkenaan.

“Saya belum tengok (berita). Belum tahu lagi,” katanya.

Sementara itu, Azlan memaklumkan beliau sedia memikul amanah dipertanggungjawabkan dengan sebaik-sebaiknya.

“Terima kasih kepada presiden yang memberi kepercayaan kepada saya mengetuai Umno Perlis khususnya dalam menghadapi pilihan raya tidak lama lagi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Susulan itu, Azlan akan mengadakan mesyuarat dengan jawatankuasa perhubungan negeri serta tiga bahagian UMNO Perlis dalam tempoh terdekat.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bakal membentuk jawatankuasa baharu perhubungan UMNO negeri. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.