script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Video Viral: Polis Kesan Dua Remaja Terbabit Kejadian Pukul, Sepak Mangsa Belasan Tahun

 

TANAH MERAH - Polis sedang mengesan dua remaja perempuan yang terbabit dalam kejadian memukul seorang gadis dalam kejadian dikatakan berlaku di daerah ini.

Dalam video tular sejak semalam itu, mangsa yang dipercayai berusia belasan tahun ditolak dan disepak berkali-kali oleh dua remaja terbabit.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf, berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kes berkenaan, tetapi dimaklumkan ia berlaku di daerah ini.

"Mangsa juga masih belum dikenal pasti dan kita sedang berusaha mengesan semua mereka terbabit," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam video berdurasi 30 saat itu, seorang remaja perempuan dilihat menolak dan kemudian menyepak mangsa beberapa kali.

Mangsa yang tidak melawan kemudiannya dipukul seorang lagi remaja lain dan menerusi audio rakaman itu juga, video itu dibuat untuk mengugut mangsa.

Zainuddin berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut walaupun tidak menerima laporan kes berkenaan. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.