script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Polis Tahan Dua Individu Bagi Bantu Siasatan Kes "Bunuh" Pengamal Perubatan Di Kuantan !

 

KUANTAN - Polis menahan dua individu bagi membantu siasatan kes pengamal perubatan yang ditemukan maut disyaki ditembak dalam sebuah rumah berhampiran Bukit Rangin Perdana 2, di sini.

Tanpa mendedahkan butiran tangkapan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Othman Nayan ketika dihubungi Bernama berkata, kedua-dua individu terbabit direman selama tujuh hari sehingga 13 April.

Pada 4 April lalu, Mohamad Abdul Rahim Nasri, 31, ditemukan maut kira-kira jam 11 malam, dengan kesan darah kering di kepala serta mempunyai luka tembakan.

Ketika kejadian difahamkan lelaki itu tinggal berseorangan di rumah kerana isterinya sedang berpantang di rumah keluarga di Pekan selepas melahirkan anak manakala ibu mangsa berusia 60 tahun yang tinggal bersamanya pula dikatakan keluar berniaga.

Polis sebelum ini dilaporkan tidak menolak kemungkinan kejadian bermotifkan dendam atau marah dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.