script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Polis Tidak Akan Nasihat Lagi, Terus Saman Jika Cuba Rentas Negeri Sambut Ramadan !

 

MELAKA - Tindakan saman akan dikenakan terhadap individu yang dikesan cuba merentas negeri untuk balik ke kampung bagi menyambut hari pertama Ramadan, kata Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim.

Beliau berkata pemeriksaan ketat di semua sekatan jalan raya (SJR) di sempadan negeri akan dipertingkatkan dan hanya mereka yang mempunyai dokumen kebenaran rentas negeri yang lengkap dan diluluskan dibenar meneruskan perjalanan.

“Saya percaya hujung minggu ini akan terdapat peningkatan pergerakan di jalan atau lebuh raya untuk pulang ke kampung bagi meraikan hari pertama Ramadan memandangkan tahun lepas mereka tidak dapat pulang kerana Perintah Kawalan Pergerakan.

“Sekiranya anggota atau pegawai polis mengesan individu cuba merentas negeri untuk balik ke kampung, tiada nasihat lagi…ambil tindakan terus,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Program Satu Taman Satu Polis Dan Fokus Polis Diraja Malaysia Kontinjen Melaka 2021 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zainal Abidin berkata pertambahan jumlah SJR juga akan dilakukan bergantung kepada jumlah harian kes positif Covid-19 yang dilaporkan dan setakat ini sebanyak 30 hingga 35 SJR dilaksanakan di setiap pintu keluar dan masuk serta sempadan negeri di seluruh negara.

“Sekiranya jumlah kes positif Covid-19 meningkat, kita akan tambah SJR dalam usaha meminimumkan pergerakan individu atau kenderaan agar penularan Covid-19 dapat dikekang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Program Satu Taman Satu Polis akan diperluaskan di seluruh negara khususnya di kawasan luar bandar dalam usaha memberikan perkhidmatan berkualiti dan meningkatkan kelestarian tahap keselamatan di kawasan taman terlibat.

Program itu, katanya, dijangka dapat memberi impak positif dalam aspek keselamatan komuniti sekali gus menurunkan kadar jenayah di kawasan terlibat.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka Abdul Majid Mohd Ali berkata Program Satu Taman Satu Polis bagi fasa pertama melibatkan tujuh taman iaitu tiga di daerah Melaka Tengah dan masing-masing dua taman di Alor Gajah dan Jasin.

Beliau berkata bagi daerah Melaka Tengah, taman terlibat ialah Taman Cempaka, Taman Merdeka Jaya dan Taman Bukit Katil Damai 2 manakala di daerah Alor Gajah pula ialah Taman Samarinda dan Taman Bandar Baru Masjid Tanah sementara di Jasin ialah Taman Asia Selatan Jasin serta Taman Seri Sempang Merlimau.

“Kajian impak program ini akan dilakukan dalam tempoh tiga bulan selepas ia dilaksanakan dan sekiranya ia dilihat memberi impak positif, fasa kedua akan dilaksanakan melibatkan 20 lagi taman perumahan di sekitar negeri ini,” katanya. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.