script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Wang Dan Mazda CX-5 'Upah' Bantu Dapatkan Projek, Bekas Pengurus PAIP Kena Dakwa Lagi

 

KUANTAN - Wang RM160,000 dan sebuah kereta Mazda CX-5 bernilai lebih RM150,000.

Semua itu upah kepada tertuduh membantu sebuah sebuah syarikat mendapatkan kerja membekal dan menghantar barangan kepada Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP).

Tertuduh yang merupakan bekas pengurus perolehan PAIP bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini.

Sani Khan Ali Khan, 46, dihadapkan enam tuduhan menerima rasuah berjumlah RM160,000 dan sebuah kereta Mazda CX-5.

Pengakuan tertuduh yang beralamat di Sungai Isap direkodkan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zin.

Sani Khan didakwa melakukan kesalahan itu antara 2014 dan Disember 2018 di sekitar Kuantan.

Perbuatan itu berlaku termasuk di pejabat PAIP, sebuah restoran di Indera Mahkota dan sebuah premis perniagaan yang didakwa sebagai upah untuk dia membantu sebuah syarikat mendapatkan kerja membekal dan menghantar barangan kepada PAIP.

Suapan itu didakwa diperoleh menerusi wang tunai dengan nilai antara RM30,000 dan RM114,930 yang dimasukkan ke akaun sebuah syarikat berkaitan tertuduh atau selain didakwa bersetuju menerima suapan 50 peratus hasil keuntungan yang diperoleh syarikat dibantunya daripada kerja-kerja melibatkan PAIP.

Memetik laporan BERNAMA, bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, jika sabit kesalahan.

Selain itu, tertuduh juga didakwa menerima sebuah kereta Mazda CX-5 bernilai RM154,399.70 yang diketahuinya mempunyai hubungan rasmi dengan dirinya yang gagal dilaporkan kepada SPRM pada 9 Mac 2016.

Pendakwaan bagi kesalahan itu dibuat di bawah Seksyen 25(1) Akta SPRM yang boleh dihukum di bawah Seksyen 25(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, peguam Datuk Mohd Najib Hussain memohon mahkamah mengurangkan jaminan RM50,000 yang ditawarkan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Muhammad Asraf Mohamed Tahir.

Baca artikel berkaitan: Hidup sederhana jauhi rasuah, seru IGP pada warga PDRM

Ini atas alasan tertuduh tidak dapat mengumpulkan wang yang banyak selain telah didakwa atas 22 pertuduhan rasuah sebelum ini.

“Tertuduh menyara seroang ibu, isteri dan tiga anak. Akaun banknya telah dibekukan oleh SPRM yang menambah kesukaran untuk tertuduh membayar jika jaminan tinggi dikenakan. Anak guam saya juga bersedia untuk bekerjasama dan berjanji akan menghadiri setiap prosiding,” katanya.

Ahmad Zamzani membenarkan jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang pejamin bagi semua pertuduhan berserta syarat tambahan pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan serta menetapkan sebutan semula kes pada 10 Mei ini. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.