script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Hadi Tidak Bermaksud PAS Mahu 'Keluar' MN, Cuma Tolak Politik Perpecahan, Menyeleweng

 

KUALA LUMPUR - Kenyataan Presiden Abdul Hadi Awang bahawa PAS menolak muafakat yang berpecah dan menyeleweng daripada matlamat asal Muafakat Nasional (MN) bukan bermaksud parti itu mahu menolak MN yang turut disertai UMNO.

Ketua Penerangan PAS, Kamaruzaman Mohamad berkata kenyataan Hadi itu selaras dengan pendirian PAS sebelum ini iaitu memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) bersama UMNO dan mempertahankan Perikatan Nasional (PN).

Pagi tadi, Hadi mengajak semua kumpulan Islam untuk menyertai PN, yang ditunjangi oleh PPBM dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebagai pengerusinya.

Pendirian Hadi itu menyusul pengumuman bahawa PAS akan mengukuhkan kerjasama dengan PPBM bagi menghadapi PRU15, selepas UMNO mengesahkan tiada kerjasama dengan PPBM dan kebersamaan dalam kerajaan adalah hanya sehingga pembubaran Parlimen.

Kamaruzaman berkata PAS tetap bersama MN dan PN dengan matlamat dan objektif jelas.

“Bukan (PAS tolak atau mahu keluar MN), pendirian kita masih jelas memperkukuh MN dan mempertahankan PN dan juga apa sahaja agenda yang berada di sebalik tertubuhnya MN,” katanya.

Katanya, apa yang dimaksudkan Hadi dalam menolak muafakat yang berpecah dan menyeleweng daripada matlamat asal MN hanya merujuk kepada apa saja cubaan untuk memecahbelahkan ummah.

“MN didirikan atas piagam MN, bermakna kita ada matlamat yang jelas, (dan) kita ada objektif yang jelas. Jadi asas kepada MN (adalah) perpaduan. Apa sahaja perkara menjurus kepada perpecahan maka ianya sudah melanggar piagam MN, itu maksudnya,” katanya.

Selagi belum kiamat, PAS usaha satukan UMNO-PPBM

Mengulas keputusan UMNO menamatkan kerjasama dengan PPBM, Kamaruzaman berkata PAS tetap berusaha mendamaikan dua parti itu.

“Dunia belum kiamat. Selagi dunia belum kiamat segalanya adalah mungkin dan PAS akan terus pertegas dan memperteguhkan usaha penyatuan ummah ini dan paling pentingnya mempertemukan UMNO dan PPBM,” katanya.

Pada sidang medianya di Rusila pagi tadi, Hadi menuntut PPBM tetap dijadikan ahli komponen Muafakat Nasional.

“Kita sudah bersetuju (dan) sudah tandatangani. Saya tandatangan, Ahmad Zahid Hamidi tandatangan, undang Muhyiddin (ke) dalam MN. Itu perlu dilaksanakan. Saya boleh tunjuk surat,” kata Hadi. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.