script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kemalangan Motosikal Dengan Kereta BMW Di Taman Sri Inderapura, Seorang Mangsa Maut !

 

KUANTAN - Satu kemalangan maut berlaku di Taman Sri Inderapura, jalan Kuantan - Pekan dekat sini, petang tadi. Seorang mangsa dilaporkan telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa bersama rakannya dalam perjalanan ke arah Taman Sri Inderapura, dilaporkan telah berlanggar dengan sebuah kenderaan  jenis BMW beberapa meter sebelum stesyen minyak Shell berdekatan.

Menurut saksi, mangsa dipercayai menyangka pemandu kenderaan itu memberi lampu isyarat  untuk masuk ke simpang stesyen minyak lalu cuba memotong dari sebelah kiri. 

Namun,  secara tiba-tiba terlanggar kenderaan itu yang sebenarnya mahu masuk ke simpang rumahnya yang terletak bersebelahan stesyen minyak.

Mangsa yang terpelanting meninggal dunia akibat terjatuh. Sementara itu, pembonceng motosikal yang cedera telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan lanjut. 

Enam anggota Bomba dan Penyelamat Taman Tas bersama sebuah jentera FRT, dan ambulan EMRS dikejarkan ke lokasi untuk membantu keluarkan mangsa yang tersepit dibawah kenderaan terbabit.

Difahamkan dua orang wanita dan dua kanak-kanak di dalam kenderaan itu tidak mengalami sebarang kecederaan. #PahangDaily

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.