script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Rakaman Audio Anwar-Zahid: Selepas Dengar 10 Kali "Saya Cam Suara, Yakin 100% Tulen" !

 

PUTRAJAYA - Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mendakwa rakaman audio perbualan dua individu dipercayai Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang tular di media sosial adalah tulen, selepas beliau mendengarnya malam tadi.

“Saya cuba mendengarnya 10 kali malam tadi, saya rasa saya boleh cam suara itu dan yakin 100% ia tulen,” katanya pada sidang media pelancaran Blueprint Bandar Pintar Wilayah Persekutuan (MySmart Wilayah 2030) di kementeriannya, menurut laporan Sinar Harian.

Bekas Setiausaha Agung UMNO itu berkata, sebagai orang yang amat dekat dan rapat dengan kedua-dua tokoh politik terbabit, pengecaman suara dalam audio berkenaan bukan perkara rumit.

Annuar berkata, kandungan perbualan antara individu terbabit juga amat mengecewakannya.

“Saya bukan mempersoal kebebasan bercakap tetapi ‘content’ percakapan itu jelas menunjukkan ada perancangan, kebersamaan dan perbincangan yang bercanggah dengan dasar ‘No Anwar, No DAP’ yang diputuskan parti,” katanya.

Beliau mendakwa, sememangnya wujud hubungan kerjasama politik antara UMNO dan PKR.

“Saya sangat berkeyakinan memang ada perhubungan dan perhitungan. Gunalah apa sahaja, boleh guna konspirasi,” katanya.

Katanya, hubungan itu boleh dilihat termasuklah surat sokongan kepada Anwar yang ditandatangani oleh Zahid, namun dinafikan.

“Kemudian kenyataan media mengenai tuntutan mengadakan sidang Parlimen. ‘Copy paste’ (surat) juga membuktikan ada muafakat di belakang tabir.

“Sekarang keluar pula rakaman audio,” katanya.

Semalam, satu rakaman video dan audio didakwa mirip suara Zahid dan Anwar tular di media sosial.

Dilaporkan rakaman itu, antara lain menyebut ucapan Zahid pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU2020) baru-baru ini yang menolak kerjasama dengan pembangkang hanya taktik.

Zahid kemudian menafikan rakaman berkenaan selain memaklumkan bahawa tiada sebarang perbualan antara beliau dengan Anwar selepas perhimpunan agung parti itu baru-baru ini.

Dalam kenyataannya Zahid berkata, rakaman audio yang disebarkan itu adalah “usaha berterusan” untuk melemahkan dan menghancurkan UMNO.

Hari ini, Anwar turut menafikan beliau adalah pemilik suara yang dirakam dalam perbualan telefon dengan Presiden UMNO itu.

Beliau mendakwa, gerakan fitnah itu sengaja direka pihak tertentu menggunakan PKR untuk menyerang pimpinan UMNO. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.