script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Najib 'Gagal' Tangguh Pendengaran Prosiding Rayuan Dalam Kes Rasuah SRC International

 

KUALA LUMPUR - Mahkamah Rayuan menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak untuk menangguhkan pendengaran rayuannya terhadap sabitan bersalah dan hukuman dalam kes rasuah RM42 juta SRC International.

Justeru Mahkamah Rayuan meneruskan pendengaran permohonan tersebut hari ini.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil membuat keputusan setelah peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membangkitkan permohonan itu.

Shafee memohon penangguhan sebulan sementara menunggu keputusan pemohonan Najib di mahkamah di Amerika Syarikat dan Singapura.

Permohonan di Amerika Syarikat berkaitan tuntutan Najib untuk mendapatkan dokumen dan bukti yang diperlukan untuk pembelaannya di Malaysia.

"Kami putuskan untuk teruskan (pendengaran hari ini)," kata Abdul Karim ketika menyampaikan keputusan sebulat suara tersebut.

Pada 28 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Najib bersalah atas satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga pertuduhan pecah amanah jenayah dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Hakim Tuan Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Bagaimana pun mahkamah membenarkan permohonan penangguhan hukuman tersebut sementara menunggu keputusan rayuannya.

Ketika di awal perbicaraan, peguam Muhammad Shafee Abdullah membuat permohonan penangguhan selama sebulan.

Dia berkata ia agar pihaknya mempunyai masa yang cukup untuk mendapatkan bukti daripada pihak Singapura dan Amerika Syarikat yang diperlukan bagi menguatkan rayuan Najib.

Menurut Shafee, tindakan perundangan mereka di mahkamah New York bagi mendapatkan testimoni Goldman Sachs dan bekas pegawainya, Tim Leissner.

Katanya, bukti tersebut antara lain melibatkan dakwaan yang dibayar kepada pegawai 1MDB.

Katanya lagi, bukti di Singapura pula relevan kerana ia melibatkan dakwaan berkaitan 1MDB melibatkan keluarga bekas gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Namun Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaran meyuarakan bantahan terhadap permohonan itu.

Dia berkata, pasukan pembelaan Najib perlu menfailkan permohonan bertulis terlebih dahulu memandangkan bukti yang dituntut, seperti disebut Shafee, berada di Amerika Syarikat dan Singapura. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.