script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Parti Warisan Sabah (Warisan) Mungkin Akan Bertanding Di Semenanjung Pada PRU-15 Ini !

 

KOTA KINABALU - Parti Warisan Sabah (Warisan) berkemungkinan akan bertanding di Malaysia Barat pada pilihan raya umum akan datang.

Jaujan Sambakong, salah seorang daripada tiga Naib Presiden Warisan, berkata partinya boleh bertanding di Semenanjung kerana Warisan telah mengesahkan cadangan untuk melebarkan sayapnya merentas Laut China Selatan pada mesyuarat agung tahunannya tahun lalu.

Tanpa menyatakan siapa yang dimaksudkan, bekas timbalan ketua menteri Sabah itu juga mendakwa, ada wakil rakyat dari Semenanjung telah menyatakan niat mereka untuk menyertai Warisan.

Kata beliau, masih belum ada tarikh rasmi ditetapkan berkenaan langkah ini, tetapi niat mereka jelas.

“Kenapa tidak (bertanding di Semenanjung) jika ada kesempatan? Hakikatnya adalah kami ingin mengambil bahagian dalam pilihan raya, bukan hanya di Sabah tetapi juga di negeri-negeri di Semenanjung,” kata beliau.

Jaujan, yang juga ADUN Sulabayan, berkata usaha sedang dilakukan untuk mengenal pasti kawasan sesuai untuk ditandingi dan juga calon berpotensi.

“Setakat ini, kami aktif di Johor, Selangor dan Kuala Lumpur, di mana kami melihat parti diterima dengan baik dalam kalangan pemimpin dan rakyat. Kebetulan sahaja ramai orang Sabah di lokasi-lokasi ini,” kata beliau.

Tetapi, kata Jaujan, Warisan tidak hanya menyasarkan lokasi-lokasi di mana terdapat ramai orang Sabah.

“Tak mustahil kami juga boleh bertapak di Kelantan, Pahang, Terengganu, dan Kedah, jika ada permintaan,” kata beliau.

Disember lalu, Presiden Warisan Shafie Apdal berkata, parti itu akan berkembang ke seluruh Malaysia, sambil menambah, perlembagaan parti tidak menghalangnya berbuat sedemikian.

Bekas ketua menteri itu berkata, parti itu akan mula menubuhkan bahagian dan cawangannya di Johor dan Selangor, di mana terdapat ramai penduduk Sabah.

Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden Warisan, Junz Wong, berkata masih terlalu awal untuk membincangkan wakil rakyat mana yang akan menyertai parti itu.

“Kita ke sana dulu, baru lah boleh berbincang (tentang hal ini),” kata beliau.

“Tetapi kami sedang melihat-lihat negeri untuk kami bertanding; kami hanya perlu menyelesaikan beberapa perkara. Agenda kami sudah ada kami terbuka untuk semua rakyat Malaysia, sesiapa pun yang mendukung perjuangan ‘Perpaduan’ kami.

“Apa-apa pun boleh berlaku dalam politik tetapi kami mungkin akan mengembangkan sayap ke sana demi kepentingan rakyat Sabah dan Malaysia secara umum,” kata Wong, yang juga ADUN Tanjung Aru. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.