script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Hentikan Penguatkuasaan SOP Layanan ‘Dua Darjat’ Di Negara Ini, Gesa Pemuda PAS !

 

PUTRAJAYA - Pemuda PAS menyeru agar layanan ‘dua darjat’ dalam penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Covid-19 di negara ini dihentikan segera.

Layanan ‘dua darjat’ seperti itu sepatutnya tidak berlaku kerana kerajaan telah menggariskan SOP yang lengkap sebagai rujukan rakyat, kata Ketua Pemuda PAS Khairil Nizam Khirudin dalam kenyataan hari ini.

“Tetapi di mana silapnya? Ada ruang untuk agensi penguatkuasaaan kita tersalah tafsir?” soal beliau.

“Justeru (kami) memohon agar semua pemegang taruh yang bertanggungjawab menggariskan SOP ini dapat duduk bersama dan membincangkan dengan serius masalah ini.”

Khairil Nizam menggesa semua agensi penguatkuasaan bertindak dengan tegas dan telus serta menggunakan budi bicara yang penuh hikmah kepada semua pesalah, tanpa mengira darjat.

“(Ini) terutama pada mereka yang sengaja melanggar SOP,” tambah beliau.

Awal hari ini, usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa dan suaminya, Haris Ismail yang juga dikenali sebagai PU Riz, masing-masing dilaporkan dikompaun RM20,000 dan RM10,000 atas kesalahan melanggar SOP perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Selain itu, 20 anggota keluarga Neelofa akan dikompaun RM1,500 seorang kerana gagal mematuhi peraturan penjarakan fizikal ketika menghadiri majlis akad nikah pasangan itu.

Ini setelah sebulan siasatan dijalankan pihak berkuasa terhadap dakwaan pelanggaran SOP di majlis yang diadakan pada 27 Mac itu.

Kelmarin, masing-masing seorang peniaga burger dan peniaga colek dikompaun RM50,000 kerana beroperasi melebihi masa dalam tempoh pelaksanaan PKP di gerai masing-masing di Kelantan.

Ini menimbulkan rasa tidak puas hati warganet kerana dianggap wujud layanan tidak setara.

Kata Khairil Nizam dalam kenyataan hari ini, beliau yakin rakyat bersedia mematuhi SOP semaksimum mungkin, namun rakyat tidak boleh menerima ‘layanan terpilih’.

“Dalam pertarungan kita membendung Covid-19, kepercayaan dan sokongan rakyat adalah amat penting dan kritikal.

“Saya yakin kerajaan hari ini telah melaksanakan pelbagai strategi dan inisiatif untuk memutuskan rantaian Covid-19.

“Tetapi jika kita terus membiarkan isu ‘SOP dua darjat’ serta ketidakadilan ini berterusan, kita mungkin akan menemui titik kegagalan,” katanya. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.