KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Guru, Kuantan, Pahang akan ditamatkan esok berbanding tarikh yang dijadualkan pada 9 April ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia susulan ujian saringan ke atas 481 individu mendapati sebanyak 89 kes direkodkan setakat ini.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan baki kes aktif di lokaliti ini adalah terkawal serta tiada lagi sampel saringan yang sedang menunggu keputusan.
“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Taman Guru, Kuantan, Pahang pada 5 April ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. #sumber







Tiada ulasan:
Catat Ulasan