Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
061114 Sertai Bisnes100.com, Cepat..Projek Buat Duit Terhebat !! DISINI
Lazada Philippines
PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMBACA YANG TERUS MENYOKONG BLOG INI


November 27, 2012

Panas: "PKR Pahang Bergolak", Timbalan Ketua AMK Umum Perletakkan Jawatan Berkuatkuasa Hari Ini !

KUANTAN, 27 Nov - Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang, Aidil Haryman Mat Nor (foto)  mengumumkan perletakkan jawatan beliau berkuatkuasa serta merta hari ini. Menerusi posting terbaru di laman sembang sosial facebook beliau, Haryman atau lebih dikenali dengan gelaran Alang menyatakan perletakkan jawatan itu berkuatkuasa mulai jam 1.00 pagi ini (27 November). Tidak diketahui apakah punca beliau berbuat demikian, namun alasan utamanya ialah mahu menumpukan perhatian kepada parlimennya sahaja. Apapun, berdasarkan mesej-mesej panas yang terdapat di wall FB beliau ternyata adanya pergolakan dalaman sayap kanan parti itu di Pahang antara beliau dengan kepimpinan AMK negeri. "Aku dah letak semua jawatan di dalam AMK Pahang ... Sekarang aku tiada kena mengena lagi bersama AMK Pahang. Fokus aku hanya tempat sendiri, Parlimen Kuantan. Selama ini aku sangkakan, hanya cabang yang bermain politik seperti itu.... tetapi AMK juga dah mula mengikut jejak yang sama...Kalau dulu hanya seorang yang digelar TIMBANA, tetapi sekarang dah ramai yang mahu digelar TIMBANA", kata kenyataan di FB beliau itu. Sementara itu, dalam satu kenyataan ringkasnya Ketua AMK Pahang, Ahmad Sani Abd Ghani pula berkata tidak berlaku sebarang masalah antara beliau dengan kepimpinan AMK negeri, jika ada sekali pun beliau akan cuba berbincang untuk cari jalan penyelesaian terbaik.

[Apa yang berlaku ini sungguh mengejutkan kerana ia melibatkan pimpinan tertinggi AMK Pahang. Persoalan yang timbul ialah kewujudan AMK di Pahang dilihat kurang "menyengat" jika dibandingkan dengan Soladirati Anak Muda Malaysia (SAMM). Malah, ramai pihak termasuk PAS dan DAP sendiri yang bersama PKR dalam Pakatan Rakyat masih tidak mengenali siapakah pimpinan AMK Pahang sebenarnya. Begitu juga dengan rakyat. Banyak AMK Cabang gagal berfungsi dengan baik dan yang paling aktif hanyalah AMK Indera Mahkota dan AMK Kuantan. PDO akan cuba mendapatkan info lanjut daripada pihak berkenaan].

11 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

SYABAS ALANG...HIDUP PAKATAN RAKYAT!!!

GOOD LUCK ALANG...

Anonymous said...

apa la alang, jawatan besar tapi jiwa tak besar, ckit2 merajuk letak jawatan, cubalah bwak berbincang cari penyelesaian ni kan dah dkat pilihan raya..sebarang massalah ada penyelesaiannya. cuba u lihat ds anwar tu berapa punya penghinaan dan penderaan emosi yg dia telah lalui tapi masih bertahan, nasihat saya pada u alang jadilah pemimpin berjiwa besar.

Anonymous said...

sokong anon 11:35

SAUDARAKU ALANG...sekadar renungan

Banyak contoh pejuang terbilang. Mat Kilau..Tok Janggut..perjuangan mereka melangkaui nyawa. DSAI di hina di caci saban hari dlm tv, akhbar namun LAWAN TETAP LAWAN.

Persoalan. apa ada pada jawatan nama dan kedudukan dalam perjuangan memartabatkan bangsa agama dan negara.

Tok Janggut walau mayatnya digantung kaki ke atas oleh petualang penjajah namun matinya tetap dalam perjuangan menghambat penjajah.

Petikan dialog RAMBO : "LIVE FOR NOTHING OR DIE FOR SOMETHING"

Al-Fatihah buat arwah tok janggut. mat kilau, memali dan semua pejuang terbilang.

Anonymous said...

"pejuang" yg kurang perhatian nak dapatkan perhatian,kena guna taktik gini bohhhh... hentak hentak kaki sikittttt...

ahli pkr peringkat bawahan said...

Eloklah, kalau rasa kewujudan kita hanya membebankan parti atau melemahkan parti, eloklah kita berundur secara terbilang. Lepas tu, masuklah keahlian umno kerana di situ mungkin saudara boleh menjadi ahli majlis tertinggi dan menjadi menteri dalam jangka masa yang pendek tanpa sedikitpun cabaran asal bijak memanipulasi keadaan.

Jawatan tersebut serahkanlah kepada mereka yang lebih berkeupayaan memimpin dan memajukan parti. Kita tidak mahu melihat mereka yang semangatnya hangat2 tahi ayam menerajui parti.

Anonymous said...

hentak hentak kaki guling guling atas lantai itu kanak2 ribena.

berdiri teguh bercerai roboh, walau tsunami walau bapak katak dtg menggoda namun gunung ku daki ku daki jua. pantang mundur walau setapak.

come on ALANG... i know u...u can do it

Anonymous said...

Biasa la tu alang....dulu puak tu bermusuh dgn puak2 samm pahang...dlm fb kerja puak2 ni perli org, sindir org...belasah kwn2 yg bjuang dlm parti yg sama..,.gelar org kaki ampu, bodek dan mcm2...mcm la puak mereka tu hebat dgt, tapi apa yg mereka buat? Skrg mungkin dia pun anggap alang kaki ampu yb fuziah, sbb alang kerja kuat dgn yb fuziah. Mereka yg kerja dok kutuk org dlm fb tu hebat sgt buat kerja? Aku respek bberapa org dlm amk yg buat kerja.,,tapi ketua mereka byk rosakkan budak2 amk..

Anonymous said...

Kembalilah ke pangkal jalan wahai Alang..Kalau itu jalan yang terbaik.Pikir sedalam dalamnye sebelum melangkah supaya x akan berulang lagi kesilapan..Keluarga diutamakan dalam apa apa hal bukan PARTI

Anonymous said...

walaupun aku sokong pr tapi aku sbnrnya aku tkg pkr kerana ia adlh serpihan umno baru.. hanya cari peluang yg xnk kzyzkznsendiri.. tggu je la

Anonymous said...

Berpolitik untuk apa bro ?

Lu ingat lu sebagai ahli parti.... lu dah hebat sangat ? Gua pun ahli parti, gua pun ada cita-cita nak jadi pemimpin. Gua pun nak rasa jadi yang berhormat. Kalau lu bodoh dalam hal pentadbiran ranting, apakah gua nak bagi laluan mudah pada lu sedangkan gua lebih bagus dari lu ? Sendiri mahu ingat bro..... bagi gua bila lu belah.... alhamdulilah senang sikit laluan gua.

Berpolitik perlukan sokongan dalam kumpulan, kalau ahli kumpulan sokong orang bodoh jadi pemimpin mereka maka jadilah sebagaimana UMNO Baru dengan presiden partinya. Takkan parti itu nak dijadikan contoh ?

Kalau setakat nak sedap untuk diri sendiri saja, lebih baik lu dafar pertubuhan sendiri, sendiri jadi presiden, sendiri jadi ahli, sendiri jadi pencacai.....

Tapi kalau lu berpolitik hanya kerana duit dan burit...... lu masuk parti UMNO Baru kerana telah terbukti semua ahli parti itu yang mewakili DUN atau parlimen sejak dulu kini dan selamanya hanya pakar pada pekara itu saja. Kalau tidak masakan ada akta baru melarang ahli dewan mengeluarkan kata-kata seksis.





Anonymous said...

Ikhlas untuk Alang,

Dalam keadaan kita yang serba kekurangan ni, ada baiknya kalau kita mengambil langkah berundur setapak-dua. Bukan bermakna kita mengalah. Tapi kita berundur bg memberi ruang untuk kita cermin diri kita, kekuatan kita, kekurangan kita sebelum kita kembali merencana perubahan dalam mencapai matlamat kejayaan.

Semoga Alang tabah menghadapi cabaran kali ini dan percayalah bhw ini akan menjadikan diri kita lebih berharga.


[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]

web page counter