PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Sunday, October 5, 2008

Isu Pahang: Laman Blog, Masih Ramai Pemimpin Pakatan Rakyat Pandang Remeh !!

Biarpun keperluan menyampaikan maklumat yang tepat dan terkini adalah perkara penting dalam memberi info kepada rakyat, namun Pahang Daily masih gusar dengan keadaan yang berlaku di Pahang. Setakat ini, pihak kami hanya mendapati hanya PAS Pahang sahaja yang mengambil iniseatif ini. Pimpinan PAS Pahang dilihat terlebih "advanced" dalam mendekati rakyat di era siber ini, berbanding dengan pimpinan PKR dan DAP. Justeru itu, kami amat kecewa melihat keadaan ini. Sedangkan semua pemimpin terbabit tahu akan kekuatan Pakatan Rakyat mutakhir ini adalah bergantung kepada internet laman-laman "Blog". Bahkan ini diakui oleh pihak kerajaan dalam pilihanraya umum Mac lalu.

Lebih mengecewakan sekali, ada sesetengah pemimpin yang menganggap kekuatan mereka bukanlah bergantung kepada "blog" dan "internet". Kononnya, ia adalah hasil usaha dan kerja keras mereka sejak sekian lama. Inilah dia kenyataan "bangang" yang amat merugikan sekali. Sepatutnya mereka mengambil langkah awal untuk mendekati rakyat. Ini kerana "blog" bukan sahaja bertujuan untuk mereka menyampaikan amanat kepada rakyat. Tetapi ia juga adalah merupakan "Diari Online" yang boleh digunakan untuk memaparkan segala aktiviti berkaitan ceramah, program kebajikan dan sosial serta lain-lain yang melibatkan diri pemimpin terbabit. Disamping itu juga dengan blog mereka boleh memaparkan gambar-gambar penting segala aktiviti yang berkaitan. Ini secara langsung dapat memberi info yang berguna kepada rakyat bukan sahaja penyokong Pakatan Rakyat malahan juga BN sendiri.

Malahan, dengan adanya blog peribadi masing-masing, maka rakyat setempat lebih mudah untuk beriteraksi dengan pemimpin terbabit menerusi ruangan "borak siber" dan sebagainya. Bukankah ini memudahkan untuk mereka mendekati serta mendengar masalah dan rintihan rakyat. Jangan fikir dengan adanya blog ia hanya untuk "popular" semata-mata, lantaran itu bagi mereka populariti tidak diperlukan sebaliknya kerja yang penting. Itu semua adalah alasan yang tidak munasabah langsung. Sedangkan kini pemimpin UMNO/BN sibuk dengan blog masing-masing, tetapi masih ada pemimpin Pakatan Rakyat yang terlalu "jumud" berpolitik sehingga membelakangkan kepentingan dunia ICT seperti ini. Justeri itu, kami menyeru dan mempelawa kepada semua pemimpin Pakatan Rakyat yang belum mempunyai "blog peribadi" masing-masing agar membuat tindakan mulai sekarang. Bukan sahaja blog peribadi pemimpin terbabit, malahan mereka juga perlu mengadakan blog untuk bahagian atau pun cawangan sendiri. Mengapa memandang remeh keperluan ini, sedangakan ada pihak-pihak yang berminat untuk memberi tunjuk ajar perkara ini?.


Fuziah Salleh (Kuantan) dan Azan Ismail (Indera Mahkota)

Justeru itu dibawah ini dipaparkan statistik blog pemimpin yang ditemui dan tidak ditemui. Apatah lagi bagi pemimpin yang menjadi Ahli Parlimen, DUN, Ketua, Exco parti berkenaan. Bagi Ahli Parlimen Pahang, blog yang ditemui hanyalah YB Fuziah Salleh (Kuantan) dan blog yang tidak ditemui YB Azan Ismail (Indera Mahkota). Manakala bagi ADUN pula blog yang ditemui tiada, manakala blog yang tidak ditemui ialah kesemua ADUN berkenaan iaitu YB Leong Ngah Ngah (DAP Triang), YB Choong Siew Onn (DAP Tras), YB Tuan Syed Hamid Syed Mohamed (PAS Kuala Semantan), YB Tuan Syed Mohammed Tuan Lonik (PAS Beserah) dan YB Ho Yip Kap (BEBAS Tanah Rata).


Lima orang ADUN Pakatan Rakyat & Bebas di Dewan Undangan Neger Pahang

Sementara itu ramai juga pimpinan Pakatan Rakyat yang mempunyai jawatan penting dalam parti masih gagal mempunyai blog peribadi mahupun kawasan masing-masing. Jika adapun masih terdapat banyak yang tidak dikemaskini dari masa ke semasa. Kami mengucapkan tahniah kepada YB Fuziah Salleh kerana mempelopori pimpinan terawal yang mempunyai laman blog sendiri untuk parlimen dan juga PKR bahagian Kuantan. Hanya satu sahaja blog pemimpin PKR Pahanh yang ditemui iaitu Ketua Penerangan PKR Negeri, Hj.Suhaimi Said. Juga kepada pimpinan PAS Negeri seperti Ust. Nasharuddin, Ust.Suhaimi, Ust Rosli Jabbar, Ust Yusof Embong, Ust.Mokhtar Senik dan ramia lagi. Malahan PAS Pahang juga mendahului dalam pembinaan laman blog PAS itu sendiri, sama ada untuk negeri, bahagian mahupun cawangan. Antara blog-blog yang ditemui ialah Dewan Ulamak PAS Pahang, Dewan Pemuda, DPP Muadzam Shah, Jerantut, Indera Mahkota & Rompin. Manakala itu bagi MTD antara blog yang ditemui ialah Pulau Tawar, Peramu Jaya, Tg.Lumpur dan sebagainya. Semua penemuan blog-blog ini ada kami paparkan pada ruangan Blog Pemimpin Pahang dan Blog Orang Pahang pada menu kanan blog ini.

Susulan daripada itu, pihak kami amatlah berharap agar perkara ini dapat diatasi dengan kadar segera. Tidak semestinya blog itu harus diuruskan oleh pemimpin terbabit. Ianya boleh dilakukan oleh mana-mana ahli yang mempunyai pengalaman dalam bidang ICT itu sendiri. Jika pimpinan diperingkat pusat yang sudah dikenali pun masih mempunyai blog peribadi masing-masing, mengapakah pemimpin di peringkat negeri dan bahagian tidak mahu mengambil kesempatan ini. Bukankah segala informasi dapat disebarkan seantero dunia dan ini memberi peluang kepada seluruh rakyat membaca dan mengetahui perkembangan mereka sendiri. Pihak kami bersedian untuk memberikan kursus dan bimbingan tentang penyediaan blog secara mudah ini. Kepada mana-mana pemimpin yang berminat bolehlah menghantarkan email kepada pahangdaily@yahoo.com untuk maklumat lanjut tentang program ini. Pemimpin terbabit boleh mengumpulkan ahli-ahli muda dikawasan masing-masing untuk menyertai kursus ini nanti. Hanya terbuka kepada anda yang berminat sahaja dan tiada paksaan dalam perkara ini. Bukanlah niat kami untuk menangguk di air yang keruh. Sesudah memberi komen, tiba-tiba ingin mengadakan kursus pula. Tetapi itu adalah kewajipan dan kepakaran kami tentang perkara ini. Ingatlah, jangan sampai puak-puak UMNO karat pula mendahului kita semula dalam hal ICT seperti ini. Kini sudah wujud blog Mahathir, Khir Toyo, Mat Taib dan ramai lagi.

[Kami memohon maaf kerana terpaksa bercakap perkara yang benar demi masa depan Pakatan Rakyat. Jangan kita menjadi pemimpin yang sombong dan hipokrit seperti MB Pahang, Adnan Yaakob yang langsung tidak mahu mendengar pandangan orang. Mulakanlah dari sekarang]


2 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

benj said...

Salam Sejahtera:

Pada hemat saya, blog anda akan lebih kredible jika menerbitkan berita/isu yang sandarkan dengan fakta-fakta, yakni tidak semata-mata bersifat sensasi dan ada unsur-unsur fitnah...Independent Observer.

pahandaily said...

blogger tidak semestinya perlu bersandarkan pada fakta semata-mata. Terkadang, kita perlu mainkan sesuatu isu untuk tujuan yg asas iaitu bagi menumbangkan kerajaan yang sudah rosak dan punah seperti Barisan Nasional. Fakta semata-mata tapi kalau dipesongkan seperti Media Arus Perdana apalah gunanya?