PETALING JAYA: Selepas turun sebanyak 15 sen pada awal bulan ini - buat kali keempat, harga minyak dijangka diumumkan turun lagi pada hari ini oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Minggu lepas, Menterinya, Datuk Shahrir Abdul Samad menyatakan tentang harga minyak yang dijangka turun pada pertengahan bulan ini. Ini berikutan harga purata minyak yang berada di paras AS$70 setong pada masa ini. "Pada bulan Oktober lalu harga minyak berada di paras antara AS$74-AS$77 dan menurun kepada AS$70 semasa lapan hari terakhir bulan tersebut," kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad di Johor Bharu. Shahrir berkata, harga niaga hadapan minyak iaitu pada bulan Disember juga menunjukkan ia akan berada pada paras di bawah AS$70.
Trend harga minyak yang menurun itu, kata beliau, akan membolehkan harga minyak di pampam stesen minyak dikurangkan lagi pada harga yang berpatutan. Awal bulan ini, harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.30 seliter kepada RM2.15 seliter, petrol RON92 dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter dan diesel dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter. Ia merupakan kali keempat kerajaan menurunkan harga minyak selepas 23 Ogos, 24 September dan 15 Oktober. Sebelum ini, harga petrol RON97 turun dari RM2.70 seliter kepada RM2.55, RM2.45 dan RM2.30 manakala petrol RON92 dari RM2.62 seliter kepada RM2.40, RM2.30 dan RM2.20. Diesel pula turun dari RM2.58 seliter kepada RM2.50, RM2.40 dan RM2.20.
Mengenai kenaikan harga minyak pesawat ringan, Shahrir berkata, ia bukan bahan yang dikawal oleh kerajaan. Katanya, kenaikan harga minyak tersebut dari RM6.20 kepada RM9.53 seliter di Kuala Lumpur dan RM9.80 seliter di Langkawi adalah berikutan kekurangan bekalan bahan itu. Harga minyak yang diimport dari Amerika Syarikat, Australia dan Thailand itu ditentukan oleh penjualnya. Kenaikan itu, katanya, adalah sementara dan dijangka kembali normal tidak lama lagi. Katanya, kerajaan akan melihat kemungkinan membuka penjualan minyak ini kepada pihak lain selain Petronas. Beberapa sekolah penerbangan dan pemilik pesawat ringan peribadi dilaporkan merungut berikutan kenaikan harga minyak itu yang jauh berbeza dengan harga yang dijual di negara jiran Singapura pada S$2.61 (RM6) seliter.
[Sebenarnya, laporan media hari ini menyebut bahawa minyak global sudah menurun hingga AS$60 setong. Ini bermakna, kerajaan harus menurunkan harga minyak dibawah paras RM2.00 ataupun sama dengan harga asal RM1.92 dulu. Jika tidak, tiada maknanya kerajaan bermain dengan kata-kata kononnya minyak global turun maka minyak tempatan akan turun. Mereka begitu mudah naikkan harga minyak, tetapi begitu payah dan sulit untuk menurunkan harga minyak. Inilah yang menghairankan kita sebenarnya].






hari ini myk kasar dunia setong berada pada paras USD56.03 pada pkl 3.58pm. It should be below RM1.92 this time around. But pls don't be so optimistic so early. Stink Shahrir always has his reasons.
BalasPadamkerajaan yg prihatin seharusnya meringankan beban rakyat..bukan menipu dan menindas rakyat. nanti kamu terimalah akibatnya bila ajalmu sampai. doa orang yg dizalimi amat cepat dan mustajab di sisi Tuhan maka ingatlah wahai pemimpin yg telah diberi amanah!!
BalasPadamHari ini harga minyak sudah turun dibawah US60 se tong. Harga runcit sepatutnya sudah turun hingga kurang dari RM1.60. Apa hal masih tinggi? Kini rakyat yang sedang subsidi kerajaan Malaysia.
BalasPadamKerajaan ini bodoh betul!
Harga minyak sekarang US53.00 setong dan di jangka boleh kembali mencecah US30.00 setong.Rakyat Malaysia misti berhati-hati dgn putar belit kerajaan BN melalui Sharir yg mahu menetapkan harga minima minyak,kerana ianya bakal mengakibatkan rakyat pula terpaksa memberi subsidi kpd kerajaan BN,supaya mereka terus boleh berbelanja secara membazir.
BalasPadamKerajaan sedar, rakyat pun tahu yang susah untuk harga barang turun bersama penurunan harga minyak tetapi kerana tidak efisiennya pemerintahan, maka perkara-perkara ini tidak dapat dipantau dengan baik. Kerajaan terpaksa merayu kepada peniaga untuk turunkan harga. Ini semua tidak akan berlaku jika wujudnya akta atau undang-undang yang menghadkan kebebasan menaikkan harga tanpa kelulusan kerajaan. Mengapa Singapura tidak menghadapi masaalah ini? Fikir-fikirkan lah.
BalasPadamDato' Shahrir,
BalasPadamTerima kasihlah kpd kerajaan sbb harga dh turun arini kpd rm2.00/l tetapi harga ini sepatutnya patut boleh turun lagi..jgan lupa turunkan lagi selepas ini ye dato dan kabinet!
Namun demikian, harap dato' kenalah melawatlah ke lapangan..tak tahulah pula kalau dato nnt kata ini bidang tugas kementerian lain..bukan kementerian dato..susahlah kalau macam itu..satu lagi tlg jgan dengar lapuran sahaja..ambil contoh dato safie afdal dulu..beliau nampak perihatin dan rajin kelapangan..takkanlah lawatan dato tak diwar2kan kat media cetak dan eletronik kot..harga minyak saja turun sedangkan harga barang masih tak berubah apa ke jadahnya..cuba pergi kat pasar basah, macamana harganya..mungkin dato' tak pernah turun kepasar basah ataupun dato tak merasakan keperitan kami, maklumlah apa sgtlah harga tu pd dato..
Dato' nampaknya hanya berminat menunjukkan muka di tv menghebahkan hypermarket turunkan harga sahaja..golongan macam mana yg membeli belah kat hypermarket tu..tolonglah fikirkan sedikit golongan orang yg berpendapatan kecil macam kami ni...kami tak sanggup ke hypermarket..jauh..tak sanggup kami nak pergi..lagi pun faktor kos dan masa pun kami kena ambil kira juga..selain tu kami sendiri rasa malu nak ke hypermarket sbb org yg shopping kat situ beli barang bertroli2..kami pulak beli 3 atau 4 barang sahaja..nak beratur pula lagi kat kaunter..hoi, byk masaalahnya dato..
Jadi saya cadangkan lebih baiklah dato pergi adakan lawatan kekedai2 kat bandar dan juga kat pasar2 basah..jgan melawat sahaja..bak kata org negeri sembilan "menghabehkan bogheh jo" tp dato perlu ambil tindakan tegas kpd peniaga yg menghisap darah ni..satu perkara lg yg perlu kita ambil tahu ialah faktor org tengah..dgr ceritanya org inilah sebenarnya lintah darat terbesar yg cekap menghisap darah..maka besarlah harapan kami agar dato dapat menjalankan misi/tugas ini..kami doakan selamat berjaya.
aku setuju ngan zaizab.. pada aku malaysia ni ada undang2.. masalahnya.. korupsi agensi2 penguatkuasaan terlalu banyak.. memang patutla org luar labelkan kita negara yg banyak rasuah.. isu import kereta, isu bas tak lepas pemeriksaan, isu barang tak turun harga, isu babi berleluasa.. polis nak makan, JPJ nak makan, Kastam makan besar skit.. ape lagi?..
BalasPadameeish.. banyak sgt la.. itula harga yg perlu kita bayar untuk semua negara membangun macam Malaysia.
Kenapa harga minyak masih tinggi? Dulu harga minyak dinaikan sekaligus melambung tinggi.
BalasPadamHarga minyak mentah sekarang dah betul-betul rendah, tapi kenapa kita kena bayar denan RM2 per liter.
Nampaknya BN telah membangkerapkan Negara dan kini rakyat kena memberi subsidi kepada Negara!
apa nak dihairankan dengan harga minyak turun tapi rakyat kena bayar harga lebih?.. Bukankah itu matlamat setiap orang politik yang berkuasa untuk mengaut keuntungan dalam apa bentuk pun semasa berkuasa bagi memperkaya diri dan kroni2. melabur puluhan ribu malah mungkin cecah jutaan untuk melobi dapatkan jawatan, untuk bela RAKYAT KE?..BELA MELaYU KE?..PoooRAHHH.
BalasPadam