IPOH [5.03 pm] - Keadaan tegang ekoran arahan Sultan Perak supaya MB letak jawatan segera itu, anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah dikerah untuk mengambil alih bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri. Sebaik sahaja Sultan Azlan Shah mengarahkan Menteri Besar dan kesemua Exco Kerajaan Negeri meletakkan jawatan, Setiausaha Kerajaan Negeri telah menghantar surat kepada mereka agar menyerahkan barang-barang milik kerajaan seperti kereta dan kunci pejabat. Malah, beliau juga telah meminta Exco dan pembantu-pembantu peribadi mereka agar meninggalkan bangunan tersebut dengan segera. Perkembangan itu dilihat sebagai satu lagi langkah yang membawa Barisan Nasional (BN) untuk membentuk semula kerajaan negeri di Perak.
[4.49 pm] Sebentar tadi Pengerusi DAP Lim Kit Siang, Presiden PAS Hj Hadi Awang Dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sultan sepatutnya ikut apa yang dinasihatkan oleh Menteri Besar, untuk bubarkan Dewan Undangan Negeri.
[3.34 pm] Maklumat terkini diterima dari Ipoh, mengatakan selepas perundingan Sultan Perak akhirnya setuju membubarkan 4 Dewan Undangan Negeri. Namun dengan syarat Menteri Besar Perak perlu meletakkan jawatan beliau segera!. Perundingan masih berjalan sekarang ini, suasana tegang berlaku dan keadaan sungguh mendebarkan. Apa pun sama-sama kita doakan yang terbaik jua!.
[3.00 pm] Sultan Perak, Sultan Azlan Shah hari ini akhirnya tidak berkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak, menurut kenyataan Pejabat Sultan Perak hari ini. Sebaliknya, baginda telah menitahkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak berkuatkuasa serta merta dan jika tidak, jawatan itu dianggap dikosongkan.
Pejabat Sultan dalam satu kenyataan hari ini berkata, baginda setelah menemui kesemua 28 anggota dewan daripada BN dan juga tiga anggota Bebas, baginda yakin bahawa Mohammad Nizar telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada kalangan anggota dewan.
Nizar, Anwar Temui Wartawan Jam 3 Petang
IPOH [1.56 pm] - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (foto) akan mengadakan sidang media khas di kediaman rasmi beliau di sini petang ini selepas mengadap Sultan Perak sebentar tadi. Nizar berada di Istana Kinta selama 20 minit daripada pukul 12.45 tengah hari ini. Sidang media itu dijangka berlangsung pukul 3 petang. ini, akan turut disertai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sambil menyifatkan pertemuan itu sebagai "OK", Nizar berkata, beliau akan menemui wartawan kemudian. Semalam, Nizar berkata, beliau yakin sebarang keputusan yang perkenankan oleh Sultan Perak dalam menangani kemelut politik di negeri ini dibuat dengan adil. "Saya yakin keputusan yang dibuat nanti cukup adil kepada rakyat di negeri Perak dan adil kepada parti-parti politik, dan kita tidak akan meragui sebarang keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak," katanya kepada pemberita malam tadi. Nizar juga telah mengadap Sultan Perak di Istana Kinta petang semalam.
[Alhamdulillah. Ia petanda baik,” kata Menteri Besar Perak, Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin]
Semua Pihak Tunggu Keputusan Tuanku Sultan
IPOH [12.45 pm] - Barisan Nasional (BN) kini menunggu keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berhubung peluang bagi perikatan itu untuk menubuhkan kerajaan negeri yang baru. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin juga diminta mengadap Sultan Perak selepas baginda menerima kunjungan Najib. Nizar tiba di Istana Kinta pukul 12.45 tengah hari tadi. Perkembangan ini berlaku sehari selepas empat ADUN menyatakan sokongan kepada BN. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata, Sultan Perak akan memberikan keputusan tersebut bila-bila masa dari sekarang selepas kesemua 31 ADUN termasuk tiga wakil Bebas menghadap Sultan Perak pagi tadi. Najib mengumumkan demikian pada sidang media di Bangunan Umno di Ipoh sebentar tadi. Sidang media 10 minit itu diadakan susulan dua kunjungan Najib ke Istana Kinta untuk mengadap Sultan Perak. Najib tiba di Istana Kinta pada pukul 9.55 pagi dan kali kedua pukul 10.55 pagi.
[Sokong Blog Ini, Sila Sign Buku Pelawat Kami]
[Nampaknya debaran semakin kencang kian terasa, bukan sahaja kepada seluruh rakyat Perak malah mereka yang berada di seluruh negara bahkan dunia. Kini satu sejarah baru bakal tercipta di Malaysia apabila sebuah lagi kerajaan negeri di rampas kuasa oleh mereka yang kemaruk untuk berkuasa. Jika di Sabah, perkara sebegini dianggap tidak luar biasa, namun di Perak ianya dilihat sebagai begitu "menggemparkan" tatkala UMNO dan BN sebenarnya telah ditolak rakyat kini mereka pula mendapat manda. Najib sebenarnya ingin membalas dendam kepada apa yang berlaku di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. BN membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membeli hati rakyat, namun semua itu dipersetankan ! Nah, sekarang Najib tidak lagi membeli rakyat, tetapi beralih kepada Wakil Rakyat pula. Inilah dia politik baru ciptaan Najib Anak Tun Razak].
[PLAT KENDERAAN UNTUK DIJUAL]
YB ADUN BOTA: TERHARU MENDENGAR UCAPAN MU INI !!






soltan ooo soltan ngapa tuanku buat gini? dah gulap gulita. Jiwa terseksa....
BalasPadamAmpun Tuanku, Sembah Patik harap diampun,
BalasPadamKalau Tuanku tak nak sakit kepala, baik perkenan aje apa yang dipersembahkan oleh DS MB tu, biarkan rakyat sakit kepala memilih YB baru. Tuanku tak payak susah-susah.
Tapi kalau tuankua menerima BN bentukm kerajaan, sedangkan kedudukan ADUN sekarang masih seri 28 VS 28, tak kira yang bebas 3 ekoq tu. Kalau yang bebas masuk Bn, sumpah taklik akan menyebabkan mereka gugur,
Untuk lebih adil Tuanku, bubar aje lah
Biarlah rakyat yang tentukan.... itu yang seeloknyer..... amim.....
BalasPadamAlamak Pak Sheikh... Hang ni tak habih-habih nak buat kacau lagi. Kali ni nak buat perhimpunan 100,000 oghang pulak.
BalasPadamMacam mana hang boleh tak pueh hati pula? Apa yang hangpa dapat la ni, oghang putih kata ; 'getting a dose of your own medicine.'
Bukan ka hangpa ya beriya-iya sangat nak suruh MP BN lompat ke PR, tapi sampai masa 16 Sept tak jadi.
Yang jadi la ni, lompat di Perak tapi yang lompat, bukan dari BN ke PR tapi sebaliknya. Jadi, rasa la...
Analoginya : Hangpa yang dulu ajak BN lawan pakai senapang. La ni, bila BN lawan pakai senapang, hangpa pula juga yang kata BN tak ace sebab pakai senapang. Lagu mana tu Pak Sheikh oii...
LAGU TU LA...
CUKUP2 LAH BUAT KECOH, RAKYAT DAH JELAK DIPERGUNAKAN DAN DIPSERMAINKAN. BIARKAN NEGARA KEMBALI AMAN SEPERTI DAHULU, SEMASA TUN DR. MAHATHIR.
BalasPadamDARI ARTILEK DIATAS: 3.34 pm] Maklumat terkini diterima dari Ipoh, mengatakan selepas perundingan Sultan Perak akhirnya setuju membubarkan 4 Dewan Undangan Negeri. Namun dengan syarat Menteri Besar Perak perlu meletakkan jawatan beliau segera!. Perundingan masih berjalan sekarang ini, suasana tegang berlaku dan keadaan sungguh mendebarkan. Apa pun sama-sama kita doakan yang terbaik jua!.
BalasPadamKalau gitu,nampaknya MB PAS ni bersikap ganas dan tunjuk derhaka kepada sultan sehingga jadi suasana tegang. Tak kan pulan sultan ujudkan suasa tegang dengan MB nizar. Sah, mb kasar dan bertindak ganas, apakah ioni dasar parti PAS dan PKR? sendiri mau ingatlah. PERUSUH!
Nampak sgt kita ikut perasaan, siltan pun kita salahkan kerana setia membabi buta kepada parti. MEM -BABI - BUTA.
BalasPadamBenar ke Datuk Fauzi, Pengerusi PKR Pahang akan kemabali semula ke pangkuan UMNO?.
BalasPadamSeperti dijangkakan keputusan Sultan Perak memihak kepada Najib dan Nizar telah dititahkan meletakkan jawatannya sebagai MB.
BalasPadamTok tak pertikaikan keputusan baginda Sultan Perak tetapi rata-rata rakyat Malaysia yang menjunjung prinsip Demokrasi tidak berpuas hati dan menganggap ini sebagai satu sejarah hitam dalam amalan Demokrasi di Malaysia.
Bagi Tok,Nizar masih boleh pertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dengan tidak meletakkan jawatannya sebagai MB Perak.Kerajaan Pakatan Rakyat Perak masih ada waktu untuk berbuat sesuatu sehingga Dewan Undangan Negeri Perak bersidang dan usul tidak percaya ditujukan kepada Nizar dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.
Ketika itu,Dewan Undangan Negeri Perak terpaksa dibubarkan dan satu pilihanraya terpaksa dijalankan.
Tok tak faham kenapa Sultan Perak boleh mengarahkan MB Perak letak jawatan dan kosongkan pejabatnya.MB dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak dipilih rakyat Perak dan bukannya oleh SPR,Mahkamah dan Sultan Perak.
Kepada semua penyokong Pakatan rakyat,marilah kita bersama-sama ke kediaman MB Perak dan solat hajat perdana di Stadium Ipoh malam ini.Kuasa rakyat lebih jitu daripada kuasa Raja Monarki Berpelembagaan.
Tok bimbang kelak rakyat Malaysia semakin hilang rasa hormat terhadap Raja-Raja Melayu yang seolah-olah membiarkan dikuasai Kerajaan Pusat UMNO-BN.
Dunia sedang memerhatikan lagak kerajaan UMNO-BN yang tidak menghormati perjalanan sistem demokrasi.
Polis perlu bersikap neutral dan jangan provokasi rakyat kerana tindakan sebegini tidak menguntungkan sesiapa dan dibimbangi berlaku darurat.
Baginda Tuanku Sultan Perak wajar memikirkan perkara ini semasak-masaknya dan perlu mengambilkira kepentingan rakyat Perak dalam hal ini.
Nizar perlu tegas untuk tidak meletakkan jawatannya dan membubarkan DUN Perak walaupun Sultan Perak bersetuju bubar 4 DUN itu.
Syabas.bukanlah kita menderhaka tetapi mempertahankan mandat yang diberikan rakyat Perak untuk menjadi kerajaan negeri.
BalasPadamTidak timbul soal menderhaka kerana Malaysia bukannya diperintah oleh Raja berkuasa mutlak dan kekebalan raja-raja Melayu ketika ini sudah hilang dan boleh disaman di mahkamah seperti tindakan seorang rakyat Singapura pernah menyaman Sultan Pahang di mahkamah.
Kita mempertahankan hak rakyat dan sudah sampai masanya kita bertegas kerana selama ini apabila kita berlembut kerajaan UMNO-BN melakukan apa sahaja termasuk memperalatkan polis,media,SPR,mahkamah hatta Raja-Raja Melayu berani diperkudakan untuk kepentingan peribadinya.
Nizar perlu tegas untuk tidak meletakkan jawatannya sebagai MB dan tetap membubarkan DUN Perak walaupun Sultan Perak bersetuju membubarkan 4 DUN tersebut.
Satu sejarah hitam dalam sistem demokrasi di Malaysia dan dibimbangi kelak Melayu hilang hormat kepada institusi raja-raja Melayu.
Nizar perlu tegas untuk tidak meletakkan jawatannya dan membubarkan DUN Perak walaupun Sultan Perak bersetuju bubar 4 DUN itu.
Najib sekali lagi membawa nama buruk kepada malaysia di mata dunia setelah tun Mahathir pernah melakukannya ketika berkuasa dulu
Demokrasi adalah hak rakyat. Sekiranya demokrasi dinafikan oleh pihak istana dan dicemari dengan rasuah ahli politik yang korup seperti Dato' N, SPR yang tak tahu bidang kuasamaka musnahlah demokrasi. Tiadalah gunanya demokrasi. Mungkin kena buat sistem sms atau pengadilan juri,. Macam pertandingan lagu popular. Kita boleh guna semua alasan demi kepentingan Melayu dan perpaduan kaum.
BalasPadamHANTARLH SMS KE 666.
SILENT PROTEST. Esok JANGAN AMINKAN doa kpd Seltan semasa solat Jumaat. Jangan hadir pd sambutan jubli perak, biar lenggang tiap kali sambutan. Di sisi Allah semua sama saja tak kira siapa. Kita psyco sikit puak2 ni biaq depa semua sedaq.
BalasPadambabi punya melayu yang tak hormat sultan semoga korang mati berasap dalm kubor...
BalasPadamseburuk-buruk sultan dia tetap AMIRUL MUKMININ yang ditulis dalm AL QURAN kita dilarang menderhaka!
ala bila ada orang tak dengor cakap sultan bukan main bising menyalak..
BalasPadamderhaka la, kubur berasap la, tak sedor diri la...
kepala ayah kamu!!
yg tak dengor firman2 Allah dalam Al Quran tu sekor pun tak bising..
takde pulak dicop derhaka, tak sedor diri..
sultan tu bukannya nabi, dia orang macam kita ni jugak..
makan nasi macam kita, bukan makan besi..
dan tak mustahil la apa jugak titah ke perintah ke yg dia buat tu tak adil dan wajar sangat disanggah!!!
apa yg nizar buat tu memang wajar la sebab nampak sangat tak adil!!!
takkan nak nunduk patuh je pada arahan yg tak adil yg datang dari orang yg makan nasi yg ditakdirkan barstatus sultan!!! bukannya tara nabi pun..
nak banding sultan dengan ulama, serius, aku lebih hormat pada ulama!!
sultan2 yg jahat, bodo, tak adil, for sure gi jahanam la sama korang !!!
Sejarah melompat ni dimulakan oleh BN yang membeli ADUN bermula diTerengganu, Sabah dan kini diPerak.
BalasPadamJika sebelum ini DSAI mewar-warkan akan mengambil alih tapuk pemerintahan, ia hanya akan dilakukan didlam dewan menggunakan undi tidak percaya yang termaktub dalam perlembagaan sebagai cara menggantikan kerajaan
Cara yang digunakan BN tidak beretika langsung. Yang melompat munkee 2 ekor tu bukan PKR lagi. Mereka telah keluar PKR dan jadi calon bebas.
Kalau BN nak mereka pun, boleh ambil free of charge… useless.. bak kata mahathir
7. Presiden UMNO berkata UMNO sedia untuk menerima siapa sahaja untuk menjadi ahli. Ini memanglah dasar parti. Tetapi kedua-dua ahli yang ingin keluar dari PKR ini mempunyai masalah. Mereka dituduh terlibat dengan rasuah seks.
8. Apakah UMNO begitu terdesak sehingga tidak dapat tunggu keputusan mahkamah berkenaan tuduhan terhadap mereka sebelum menerima mereka? Jika diterima sekarang dan kemudian mereka didapati tidak bersalah maka Kerajaan pimpinan UMNO (lebih kurang) akan dituduh mempengaruhi mahkamah. Benar tidak benar bukan soalnya. Pada pandangan masyarakat tuduhan ini tetap akan dipercayai. Ia akan punyai kesan dalam PRU13.
9. UMNO sudah dianggap bergelumang dengan rasuah, selalu mungkir janji, mengutamakan kroni Perdana Menteri di Terengganu. Jika kepada semua ini ditambah pula dengan penerimaan orang yang dituduh melakukan rasuah seks, imej UMNO akan jadi lebih buruk.
Pengajarannya, bila Anwar menggunakan taktik yang sama mengambil alih Malaysia nanti, saya doakan semua agen UMNO yang menyokong tindakan Najib ini keluar beramai-ramai menyokong Anwar… OK ke bro?