script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kontroversi: Kes ADUN PKR Keluar Parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim Tetap Yakin Kerajaan Negeri Perak Masih Stabil Dan Dapat Dipertahankan !!

BUKIT MERTAJAM [10.49 pm] - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan Pakatan Rakyat di Perak masih stabil walaupun terdapat dakwaan beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada gabungan parti itu mungkin menyertai Barisan Nasional (BN). Beliau berkata wakil rakyat Pakatan Rakyat sudah memberi pengakuan kepada Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam pertemuan pagi ini bahawa mereka berdiri teguh mempertahankan kerajaan itu. "Setakat ini, kita dapati kerajaan Perak masih stabil dan kita akan pertahankan kedudukan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan Menteri Besarnya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan dengan enam wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Perak termasuk Datuk Nasarudin Hashim yang baru menyertai parti itu di Yayasan Aman, di sini. Anwar berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Kuala Lumpur hari ini yang tidak menolak kemungkinan terdapat ADUN Pakatan Rakyat di Perak yang akan menyertai BN. Menurut penasihat PKR itu, beliau terkejut dengan kenyataan Abdullah kerana selama ini Perdana Menteri dan Timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak serta pemimpin Umno menganggap perbuatan melompat parti itu sebagai sesuatu yang tidak bermoral dan tidak mengikut peraturan.

Ditanya mengenai kehadiran ADUN PKR hari ini, beliau berkata enam daripada lapan orang sahaja hadir manakala dua lagi iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan badan-badan Bukan Kerajaan Perak, Kapt(B) Mohd Osman Jailu dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Jamaluddin Mohd Radzi dilaporkan "hilang". "Yang dua tu hilang tak dapat dihubungi, yang lain itu ada," katanya. Anwar berkata pihaknya masih belum mendapat maklumat mengenai kedua-dua Exco itu yang dikatakan "hilang" sejak mpat atau lima hari lalu. Sementara itu di Georgetown, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata mana-mana ADUN DAP di Perak yang gagal dihubungi melebihi tempoh 24 jam akan dianggap mempunyai hasrat meletakkan jawatan mereka sebagai wakil rakyat di negeri itu. "Dalam perkembangan di Perak, saya menegaskan mana-mana ADUN DAP di negeri itu yang tidak dapat dihubungi lebih daripada 24 jam akan dianggap berniat untuk meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat," katanya kepada pemberita di sini. Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak terdiri daripada 18 wakil rakyat DAP manakala PKR (lapan) dan PAS enam orang.

[Sokong Blog Ini, Sila Sign Buku Pelawat Kami]

[Memang inilah harapan rakyat atas apa yang berlaku di Perak sekarang ini. Kita mengharapkan agar Kerajaan Negeri tetap dapat dipertahankan demi kesejahteraan dan keluhuran perlembagaan yang perlu ditegakkan untuk sekalian hamba rakyat. Apa yang dilihat sekarang ini jelas sekali membuktikan kepada kita bahawa politik UMNO sudah semakin bercelaru dan haru biru. Naiknya Najib sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri yang baru menggantikan Tajol Rosli sebenarnya merupakan satu agenda jahat dalam usaha menjatuhkan kerajaan Negeri Perak secara beransur-ansur. Justeru itu, sama-samalah kita doakan agar kerajaan negeri akan tetap utuh dan stabil biar dalam apa jua keadaan sekali pun].

Share:

3 ulasan:

  1. Permainan politik licik UMNO.Jamaluddin kata dia tak ada masalah dengan pengundi-pengundi di Behrang tetapi mempunyai masalah dengan pemimpin PKR.ia hanya ingin meletakkan jawatannya di dalam PKR dan bukannya sebagai DUN Behrang.

    Inilah kacang lupakan kulit.dulu masa korang berdua kena cekup,rakan-rakanlah yang mempertahankan korang daripada pertuduhan rasuah.Kalau korang tak ada jawatan dalam PKR,korang ingat korang boleh bertanding tak dalam PRU12.

    Tok nak cadangkan kalau kes ini dibawa ke mahkamah,Pakatan Rakyat kena tengok siapa hakimnya.Kalau pro UMNO,eloklah kita bubarkan DUN Perak dan adakan pilihanraya semula.

    Biar najib berabih duit kat Perak sampai terberak-berak bila diumumkan BN kalah teruk.

    setahu toklah kalau dah tandatangan,apa juga alasan korang,kena paksa ke tak laku.kita kena ada black and white.SPR eloklah jalankan amanah dan isytiharkan PRK untuk DUN Behrang dan Changkat Jering.

    Tok tak sabar nak berkempen kat sana....kengkawan semua mohlah kita ke Perak

    BalasPadam
  2. http://pkrpasdap.blogspot.com

    jangan bubar pilihanraya..bazir duit rakyat jea...

    BalasPadam
  3. Mengumumkan peletakan jawatan 2 DUN PR tsbt adalah langkah terbaik menjolok mereka keluar dr sarang persembunyian. Kalau betul2 ikhlas dalam perjuangan, nyatakan pendirian dan paksi perjuangan. Adalah lebih baik kerajaan PR Perak mempertaruhkan kerusi DUN tsbt pada tangan rakyat daripada bergantung pada ahli DUN yang takut menghadapi kenyataan.

    YB Behrang dan YB Changkat...., jika nakkan duit dan jawatan dari BeEnd silakan buat pengumuman. Apa yang anda lakukan tidak langsung menggambarkan sikap professional seorang ahli DUN yang berkhidmat mewakili rakyat…. anda sememangnya layak mewakili penyokong BeEnd yang tak mampu berfikir dan mabuk dengan habuan kain pelikat dan RM100 - RM 300 bagi setiap penggal pemerintahan. SILAKAN…. jika ingin kekal bersama-sama perjuangan PR pun, rasanya dah terlambat… kami dah muak dan jelak dengan sikap bacul dan tidak professional anda.

    Aku benci dengan orang yg tiada pendirian...!

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Negeri Pahang Akan Terus Membantu Pengurusan Masjid-Masjid Di Negeri Ini Dalam Usaha Mewujudkan Koperasi

KUANTAN : Kerajaan Negeri Pahang akan terus membantu pengurusan masjid-masjid di negeri ini dalam usaha mewujudkan koperasi bagi meningkatka...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.