PULAU PINANG - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati, wujud bukti kukuh yang menunjukkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyalahgunakan kuasanya dalam isu penyelenggaraan kereta dan pembelian lembu korban. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan (foto) berkata, pihaknya mendapati terdapat bukti bahawa Khalid telah menyalahgunakan kuasanya dalam penyelenggaraan kereta peribadinya dan pembelian 46 ekor lembu korban bernilai RM110,400 untuk sambutan Aidiladha pada Disember tahun lalu di kawasan Parlimen beliau di Bandar Tun Razak. Katanya, perkara itu akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan susulan. "Kita akan cadangkan tindakan undang-undang dan sebagainya diambil memandangkan kita mempunyai bukti yang kukuh terdapat penyalahgunaan kuasa bagi kedua-dua kes tersebut. "Walaupun kita boleh membuat keputusan untuk membuat dakwaan tetapi suruhanjaya merasakan, adalah lebih baik jika Jabatan Peguam Negara yang membuat keputusan. "Memandangkan ia melibatkan orang kenamaan, adalah lebih baik jika kes ini diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara kerana mungkin ada pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan penyiasatan yang dijalankan oleh suruhanjaya," katanya selepas majlis pecah tanah pembinaan rumah kakitangan SPRM, di sini.
[Nampaknya semakin hari semakin bercelaru undang-undang di Malaysia. Laporan yang dibuat oleh pemimpin pembangkang kepada SPRM terhadap pemimpin UMNO dan Barisan Nasional senhingga ke hari ini masih belum disiasat. Kini SPRM mendabik dada kononnya ingin menjadi juara untuk mendakwa pula MB Selangor. Ternyata SPRM kini bukan lagi telus, malahan telah menjadi "proksi" kepada Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Mana hilangnya laporan yang dibuat terhadap MB Terengganu serta lain-lain pemimpin UMNO yang rasuah dulu. Kini segalanya seolah-olah ditutup rapat-rapat untuk menjaga imej UMNO yang bakal mengadakan pemilihan Mac depan. Dulu ketika Dato' Fauzi masih ADUN BN dan report pasal Khalil Yaakob Rasuah, apa cerita? Mana pegi fail tu? Bahkan BPR ketika itu pula pergi menyiasat beliau. Ini semua adalah "lawak bangang puak-puak SPRM" untuk menunjukkan kononnya pemimpin Pakatan Rakyat rasuah. Padahal wabak itu adalah "darah daging" UMNO sebenarnya. Berhubung dengan isu "lembu Aidil Adha" di Selangor, itu adalah amalan normal mana-mana syarikat korporat untuk membuat kebajikan kepada rakyat. Di samping itu juga sumbangan tersebut boleh memebrsihkan hasil syarikat berkenaan di samping bebas dari cukai. Sumbangan korporat ini adalah amalan biasa dalam pentadbiran UMNO dan kerajaan sebenarnya. Banyak "tokey-tokey balak" dan "tokey judi Genting Highlands" yang telah banyak menyumbang kepada Kerajaan Negeri Pahang termasuk membayar gaji kakitangan awam sendiri. Maknanya ini juga boleh dianggap sebagai "rasuah" dan bukan "tanggungjawab sosial" sebenarnya. Semua kakitangan awam di negeri Pahang tahu hal ini. Bahkan banyak lagi syarikat besar yang memberi peruntukan untuk kebajikan rakyat di negeri ini sebenarnya. Kenapa di negeri BN, SPRM pejam mata, tapi beriya-iya benar di Selangor? Jika beginilah cara SPRM bekerja, eloklah badan itu dibubarkan sahaja!!].






Ini baru Keadilan yang sebenar!
BalasPadamtak kira PR atau BN kalau buat salah terberak lah dalam jel babi!
sedap makan duit rakyat yerrr
BalasPadamhaaah nak rasakn azab yg sedikit dari api neraka!
.....sekukoh hujjah mufti perak dan sokongan mufti wilayah..kah...kah...
BalasPadamlaknatullah bg mrk yg khianat dgn amanah. jijik koi mendengarnya. parti komponen terkini BeEnd ialah SPRM atau nama manjanya SPeRMa
BalasPadamKalau SPRM nak tunjukkan dia buat kerja, biarkan .
BalasPadamCerita seperti ini mesti disebarkan pada semua rakyat agar mereka faham apakah motif sebenar mereka, dan mengapa SPRM buat penyiasatan hanya pada Pakatan Rakyat.
Biarkan polis buat tangkapan kerana menyebarkan cerita sebenar sedang berlaku dalam negara.
kenapa raja raja tak nak masuk campur? kan mana mana suruhanjaya adalah dibidang kuasa agong..dengan politik masakini tak hairan jika berlaku rusuhan yg besar.jika berlaku nampak gaya raja raja boleh ucapkan selamat tinggal.
BalasPadamelok kita beri nama sprm umno firaun.
BalasPadamentahlah, banyak lagi kes begini, paling dekat eps la...
BalasPadam