script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Edisi Pahang: Pendedahan Anwar Isu Israel Di Parlimen, Pemuda Pakatan Rakyat Buat Laporan Polis Di IPD Kuantan Jam 2.30 Petang Semalam !!

KUANTAN, 15 April [9.30 am] - Susulan pendedahan kontroversi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang ada unsur-unsur penglibatan sebuah syarikat Israel (APCO) dalam sistem maklumat strategik negara di parlimen baru-baru ini, maka satu laporan polis telah dibuat oleh Pemuda Pakatan Rakyat Pahang di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan petang semalam. Laporan telah dibuat oleh Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Said dan disertai oleh kira-kira 50 orang pemuda pakatan dari PAS dan PKR. Turut kelihatan hadir ialah Ustaz Fadli Ibrahim (Ketua Dewan Pemuda PAS Kuantan) dan Kamarul Hatta Ali (Timbalan Ketua AMK Pahang). Menurut Suhaimi, beliau membuat laporan polis itu berdasarkan kenyataan dan ucapan Anwar di parlimen baru-baru ini. "Sebagaimana yang disebut oleh Datuk Seri Anwar, bahawa surat daripada Datuk Mahsuri Zainal (Pengarah Jabatan Logistik PDRM) yang menyebut bahawa dia ada menulis surat kepada Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan surat itu dibawah klausa tajuk cadangan penamatan kontrak projek Police Reporting System (PRS), dan dia memberi maklumat secara detail. Dihujung surat itu beliau mencadang penamatan kontrak tersebut kerana siasatan polis cawangan khas bahawa ada dua orang Israel yang terlibat dengan syarikat terbabit" katanya. Maka itu, beliau meminta satu siasatan yang telus dan terperinci dilakukan oleh pihak polis, kerana perkara ini jelas sekali boleh mengancam keselamatan negara.


[Difahamkan laporan polis terhadap isu ini juga telah dilakukan oleh pemuda pakatan di negeri lain. Soalnya sekarang, mana pergi pemimpin Pemuda UMNO, Perkasa dan lain-lain NGO yang menyokong kerajaan selama ini?. Kenapa mereka diam membisu dengan satu isu besar yang jelas sekali bakal mengancam keselematan negara untuk jangkamasa tempoh yang lama. Jika perkara seperti ini pun mereka tidak mampu untuk bersuara, maka apalah guna mereka beriya-iya benar memperjuangkan Melayu seperti yang dilakukan oleh Ibrahim Ali Al-Kataki selama ini. Bukankah, isu penglibatan Israel dengan kerajaan Malaysia ini adalah satu perkara serius yang tidak wajar untuk dipermainkan. Makanya, menjadi tanggungjawab mereka bertindak dan mendesak kerajaan supaya tidak menjual maruah dan rahsia negara. Sebab itulah kita tidak hairan, banyak harta benda negara terjual ke tangan asing selama ini. Rupanya, memang sudah ada agen-agen perisik mereka yang menyelinap masuk dalam agensi berkaitan. Apakah rakyat harus berdiam diri melihat senario yang berlaku ini?. Negara akan dijajah semula dan rakyat akan merana akhirnya jika dibiarkan kerajaan UMNO BN terus berkuasa. Ayuh! bangkitlah dan lakukan perubahan dalam PRU-13, demi masa depan generasi akan datang].
Share:

9 ulasan:

  1. Hai kata Sistem Perundangan dan Polis Malaysia tidak relevan lagi buat haram jadah apa yang sibuk-sibuk buat laporan Polis...pergilah buat laporan kepada Mahkamah Antarabangsa di The Hague ker, baru betul...memang lah dasar manusia munafik macam itu, hisap balik kahak sendiri pun sanggup.

    BalasPadam
  2. itu bermakna, pakatan rakyat ikut peraturan. Masih hormat kepada undang-undang... bukan hisap balik kahak brader..mcm brader jugak..tolak islam kann., tapi time org solat jumaat, solat raya dan berhari raya brader ikut jugak kan... maknanya jila ludah ker..tp dlm masa yang sama tolak hukum Islam ditegakkan atas muka bumi ini.. itu lagi munafik namanya...

    BalasPadam
  3. Ikut peraturan kepada Perundangan yang tidak Islamik???...Ustaz kata nak ikut undang-undang Islam saja, yang ini bukan undang-undang Islam Ustaz, bukan kah tidak wajib diikuti? Malah wajib diperangi, ini lagi munafik Ustaz! Saya bersetuju dengan TGNA agar perkara ini diselesaikan dengan cara buat demonstrasi jalanan sbb fadhilat demonstrasi ini sama saja dengan fadhilat solat katanya..

    BalasPadam
  4. sape agaknya yg nak jual malaysia ke israel? sapa2 blh jwb.

    BalasPadam
  5. Tunggulah saya jadi PM, nanti saya jual ke Israel dengan engkau2 sekali..

    BalasPadam
  6. Mana ustazrock tu ya..terus membisu, pening kot? yalah sbb dia terpaksa sedut kahak dia sendiri balik..hehe.

    BalasPadam
  7. Salam Semua,
    Disinilah masanya kita bersama-sama penduduk Islam Palestin mencabar keangkuhan Yahudi kepada semua bangsa. Pastikan kita bersama-sama dengan perjuangan ini dengan membuat sedikit sumbangan yang termampu.
    Lawat http://www.lifeline4gaza.org/
    Jangan dok cakap saja.

    Kepada Tuan Tapak Pahang Daily pohon promo dilaman ini.tk.

    BalasPadam
  8. ye tak ye..eloknya kita tanya rakyat Gaza ni, dema orang PR ke BN? Saya pasti jawaban mereka "Saya orang lapar".

    BalasPadam
  9. ini semua kerja si anuar ibrahim kitul tabur fitnah,,,,,,PKR licik tabur fitnah,,,,

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Maran Tahan Penjawat Awam Gara-Gara Merakam Video Seorang Lelaki Dalam Tandas Sebuah Pasaraya Di Bandar Jengka

MARAN : Seorang penjawat awam ditahan kerana disyaki disyaki merakam video seorang lelaki di dalam tandas sebuah pasar raya di Bandar Jengka...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.