script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Berpuasa Di Bulan Ramadan Al-Mubarak Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Sensasi: Kekal Pendakwah Bebas, UMNO Ternyata Kempunan Bila Dr.Asri Sahkan Tidak Akan Sertai Mana-Mana Parti Politik Tanahair Buat Masa Ini !

PETALING JAYA, 27 Jun - Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin (foto) yang diwar-war akan menyerahkan borang sebagai ahli UMNO malam tadi menegaskan beliau tidak menyertai mana-mana parti buat masa ini. katanya. Pada masa yang sama, kata ulama muda itu, beliau menghormati mana-mana pihak untuk melakukan dakwah khususnya dalam parti politik. "Ingin saya tegaskan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa saya sehingga kini tidak menyertai mana-mana parti politik. "Sokongan saya adalah kepada kebenaran dan fakta tanpa mengira batasan parti, kaum atau agama. Itulah prinsip Islam yang adil untuk semua,""Saya tidak berhasrat untuk membuat kenyataan yang panjang lebar dalam hal ini demi menjaga perasaan sahabat-sahabat saya dan pihak-pihak lain. "Apa yang penting ialah saya tidak menyertai mana-mana parti politik dan tidak bercadang untuk memilih jalan itu buat masa ini," tegas beliau. Malam kelmarin gembar-gembur bekas Mufti Perlis itu akan menyertai UMNO tidak menjadi kenyataan apabila beliau tidak muncul pada majlis penyerahan borang keahlian malam semalam sejurus sebelum berlangsungnya mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO (MT) di ibu pejabat parti itu di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra.

[Dengan keputusan ini maka ianya membuatkan puak-puak UMNO "kempunan" untuk mendapatkan Dr.Asri yang telah digembar-gemburkan pada awalnya. Malah kenyataan awal mereka bahawa beliau dan 100 orang ulamak bakal sertai UMNO langsung tidak menjadi kenyataa. Hanya yang ada ialah "40 Ular Dalam Semak" yang telah dibelit ekornya untuk memperhambakan diri kepada UMNO. Ulamak inilah yang akan menyokong segala kebobrokan yang dilakukan oleh UMNO tidak lama lagi. Mereka dimasukkan kerana ketika isu "Judi Bola" dihebohkan sebulan yang lalu, tidak ada seorang pun ulamak UMNO yang membantah keputusan kerajaan mahu mengeluarkan lesen judi kepada Ascort Sport Sdn Bhd. Nyata, mana-mana ulamak yang menyertai UMNO bakal mendapat title "syaitan bisu" sebenarnya. Tahniahlah kepada Dr.Asri Zainul Abidin yang akhirnya berani keluar dari gelaran itu].
Share:

6 ulasan:

  1. salam persahabatan

    http://lagendakebayan.wordpress.com/

    BalasPadam
  2. Salah satu tugas utama UMANO (Ulama Masuk UMNO) ni adalah memastikan Rosmah Suami Najib menutup aurat mengikut cara Islam. Berat tanggungjawab tu... tertanggung ke... atau tertangguh je macam judi bola dulu!

    BalasPadam
  3. Awat seronok sangat maza tak masuk amno?
    tak ingat ka bekas mb perlis tu habaQ, next fasa masuk pun tak pa.
    Orang PR kena buang sikap cepat melatah dalam sesuatu isu. Kaji dulu nak cakap apa pun.
    Jangan baru dengar guruh di langit, air setempayan d curah ke longkang.

    SabaQ tengok dulu depa ni semua sibuk masuk pasai apa?. Awat Dulu hingaQ ketua depa kununnya nak masuk sekali. Laa ni tak jadi laa pulak. Pasai apa??
    Cuba pikiaQ dulu.

    BalasPadam
  4. DAP pun kempunan gak...

    BalasPadam
  5. ekoklah masuk umno tu lagi pun umno mmg ketandusan ulama..

    BalasPadam
  6. Salam.. saya dah hidup 70tahun dan nak hidup berjuta tahun lagi... kalau buku kecil undang2 memperjuangkan Islam... la la ni aku join sampai kiamat...kalau tak universal takat global saja mmm tak payah laaah.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tukang Masak Kenduri Selama Lebih 40 Tahun Kini Terlantar Strok, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang Hulur Bantuan

JERANTUT: Seorang tukang masak yang menjadi tulang belakang setiap majlis kenduri di Kota Gelanggi 4 di sini selama lebih 40 tahun, kini ter...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.