script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kontroversi: Kes Liwat II, Anwar Terus Dinafikan Hak Untuk Keadilan, Biar Pun Mat Saiful Kini Di Makan Sumpah Laknat Akibat Cinta Romantisnya

Keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada mendapatkan nota-nota perubatan dari tiga doktor Hospital Kuala Lumpur yang merawat Saiful Bukhari Azlan memang sudah dijangka. Ternyata keputusan tersebut cukup kontroversi untuk dinilai oleh rakyat, tambahan pula kini kes liwat II dilhat semakin rapuh dan longgar akibat "sumpah laknat" mula menghantui diri si Saiful. Apa tidaknya, ketika kes tersebut semakin panas dan memuncak Saiful tiba-tiba mencetuskan kontroversi terbaru bila sanggup mengadakan hubungan "cinta romantis" dengan Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif. Susulan adengan misteri itu maka akhirnya darah Azlina digugurkan daripada pasukan pendakwaan. Malah, beliau juga telah ditendang daripada Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara atas faktor yang sama. Kes yang beraku ini, bukankah cukup mengejutkan kita semua bahkan ia juga menunjukkan bahawa Saiful kini telah terkena badi sumpah lakna yang dilakukan di Masjid Wilayah dua tahun lalu. Namun, apa yang mengejutkan kita pihak pendakwa masih berminat untuk meneruskan kes ini biar pun terdapat bukti jelas Saiful berjaya "aksess" kepada berbagai dokumen dan keterangan saksi dalam prosiding yang berjalan sebelum ini. Jika kejadian ini berlaku di mana-mana mahkamah seluruh dunia, sudah pasti bukan sahaja individu terbabit dikenakan tindakan, malah kes berkenaan juga akan digugurkan sebenarnya. Namun itulah hakikat dan realitinya di Malaysia. Semua boleh jadi atas kemahuan dan kehendak pihak tertentu. Anwar sebenarnya yang bakal menjadi mangsa "kezaliman undang-undang" dalam kes ini. Desas-desus ada mengatakan yang Anwar bakal terpenjara pada bulan Ogos ini. Namun, apakah mereka tergamak menghumbankan mantan TPM itu ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa?. Maka, ini bermakna, kemungkinan besar keputusan tersebut akan ditangguhkan selepas Aidil Fitri nanti.

[Inilah hakikatnya negara kita Malaysia yang tercinta ini. Undang-undang terus diperkotak-katikkan oleh manusia atas kepentingan politik. Banyak kepincangan yang berlaku dalam kes Anwar ini terus dipandang sepi oleh mereka. Kononnya demi keadilan untuk Saiful yang menjadi mangsa liwat, walhal Mat Saiful itu kini bermewah-mewah selepas mengaku dia menjadi mangsa Anwar itu. Apakah satu lagi tragedi akan berlaku menjelangnya pilihanraya umum akan datang jika Anwar dipenjara?. Semua ini bakal memastikan UMNO BN lebih cepat tumbang daripada apa yang kita jangkakan. Usahlah lagi berharap agar satu keadilan belaku dalam kes liwat II ini. Kini ternyata kerajaan Malaysia pimpinan Najib Razak terus memekakkan telinga dan menolak pandangan antarabangsa atas kes tersebut. Sedangkan kes yang lebih jelas dan menjurus ke arah jenayah yang sebenarnya ditutup dan diiarkan begitu sahaja. Kes jenayah yang longgar seperti kes Anwar ini begitu berselera untuk mereka bicarakan secara adil dan saksama. Apakah makna semuanya ini. Rakyat terus ditipu oleh satu episod malang dalam sistem keadilan dan undang-undang di negara kita hari ini. Oleh itu, langkah terbaik ialah benamkan sahaja UMNO BN dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang. Rakyat hakim negara !]
Share:

16 ulasan:

  1. itulah yg terbaik keadilan utk semua JIKA pas MENERAJUI NEGARA INI,InsyaAllah PRU ke 13 ni kita gunakan hak kita utk menegakkan keadilan...Allah swt tidak akan menyebelahi yg BATIL!..

    BalasPadam
  2. sokong anon 6:47.
    PAS berada di tahap terbaik untuk menarujui Negara sekarang

    BalasPadam
  3. Siapa yang dikatakan termakan sumpah?. Tidakkah tuan-tuan dapat berfikir dengan waras?, Baca Bismillah dulu, kemudian tengok kebelakang balik, kemana menghilangnya semua lawyer-lawyer Anwar?, Sulaiman Abdullah?, tak sanggup, lari kata sakit!, Kemudian Raja Aziz Adrucce yang termashur itu, kenapa duduk kat belakang saja, Kemana pergi Zainur Zakaria? Sekarang Karpal Sink ditimpa sakit....

    Ingatlah, kalimah dan Keberkatan Allah bukan hak eksklusif PAS sahaja. 53 tahun Allah memilih orang UMNO sebagai pemerintah bukankah keredaan Allah jua?

    Bukankah PAs itu dari serpihan UMNO, sejak keluar dari UMNO, Allah belum lagi memilih PAS untuk memerintah negara!. Sadarlah kita kepada ketentuan Allah. Janganlah terlalu angkuh untuk 'membenamkan' orang lain kerana orang lain itu, bahkan nyamuk atau lalat pun adalah makhluk Allah juga!

    Wallah hu Alam.

    BalasPadam
  4. ooo..kalau begitu, camne plak yg mati dulu tu? Peguam negara Mokhtar dugung koma, Dr Qistina Majid mati jatuh katil, Isteri Azizan yg fitnah Anwar tu pun mati sama anaknya dan Azizan kena tangkap khalwat, Umi Hafilda sampai mak ayah tak ngaku anak, penulis buku fitnah 1o dalil mengapa anwar tidak boleh jadi PM juga mati mengejut...semua tu bukan sakit, tapi mati.

    Allah redha Umno pasal tu Umno berkuasa lama? Kalau begitu Allah redha lah Israel Yahudi yg jajah Baitul Muqaddis dan Pelastine tu ye? Lagi lama dari Umno....bodoh punya otak Umno nihh...

    BalasPadam
  5. hahaha..sama -sama bodoh...sama sama tak sedar diri...sama-sama cakap macam tak beragama...

    sama sama tu lah melayu yang kata islam...

    tahniah

    BalasPadam
  6. mcm ni ke attitude pengikut pas?menjijikkan..mudah membodohkan org laen padahal xsedar kebodohan sendiri.cmne nk jdkan pas sbgai tonggak kepimpinan utama negara kalau pengikutnye sebegini rupa.bercakap xmngikut rasionaliti.

    BalasPadam
  7. mcm ni ke attitude pengikut pas?menjijikkan..mudah membodohkan org laen padahal xsedar kebodohan sendiri.cmne nk jdkan pas sbgai tonggak kepimpinan utama negara kalau pengikutnye sebegini rupa.bercakap xmngikut rasionaliti.

    BalasPadam
  8. mcm ni ke attitude pengikut pas?menjijikkan..mudah membodohkan org laen padahal xsedar kebodohan sendiri.cmne nk jdkan pas sbgai tonggak kepimpinan utama negara kalau pengikutnye sebegini rupa.bercakap xmngikut rasionaliti.

    BalasPadam
  9. wahai org umno bila kami katakan kamu bodoh kamu melenting. bila kami kata kamu bangang kamu marah...bila Allah kata buat baik tinggal yg mungkar kamu kata nanti dulu...

    kerana kami belum puas mengumpul harta kekayaan dlm negara, kami ingin buat sesuka hati kami(umno)hatta mengebom tubuh tantunya sekalipun masih dikira halal oleh undang undang negara malaysia...tiada dalang tiada suspek. mungkin arwah bom diri sendiri.

    rasuah betina sundal mahram main bini laki orang adalah hobi puak puak sapa(umno) tidak kah kamu gentar pada hukum allah...nah lihat saja tsunami kiamat kecil meratah ribuan nyawa akibat kelalaian manusia keangkuhan manusia...kesetanan manusia yg mengaku islam pada nama tp pada hati telah lama murtad...

    masakan tidak kamu murtad jika di ambil kira cara hidup kelakuan kamu cth mudah...kata kata pemimpin kamu " HANYA BN YANG MAMPU MEMBERI KAMU KEMAJUAN PEMBANGUNAN" Apa kuasa yg lebih besar dari kuasa BN adalah Allah tuan yg mencipta kamu...

    kemenangan dan kuasa BN selama ini tidak mungkin akan kekal selamanya.
    rakyat ramai lebih mengetahui dan merasai apa yg telah BN beri utk mereka selama ini...terutama sekali manusia yg tinggal di sabah sarawak. krn masih ada manusia si sana yg blm kenal apa itu minyak tar..air paip letrik dan sekolah yg lebih elok dari sekolah yg seolah olah kandang kambing.

    mengertilah tidak selamanya manusia manusia ini akan terus dibodohkan sama seperti seekor kambing dalam kandang

    BalasPadam
  10. Lihat sendiri kebodohan org umnohendak melemparkan komen pun bangang sampai 4 kali send ayat sama...

    bila aku kata dia bodoh bangang dia hot....

    apa ke bangang lg bodoh jadah haram ko ni org umno..barua

    BalasPadam
  11. Hahaha.. Memang penjilat UMNO bangang, hahaha..

    BalasPadam
  12. Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. saya anak serawak yang lahir di Kapit. Kalau mana-mana wakil parti politik nak tahu orang disinun masih bodoh dan boleh diperbodohkan sila email aljefri_2@yahoo.com.sg. kita boleh adakan pentas debat dimana-mana rumah panjang ditempat saya.

    BalasPadam
  13. umeeno beeend mrk dah byk sgt mengtekedarah duit rasuah sbb tu pinti hati mrk dah berkarat tertutup dari disinari Nur Hidayah Allah sbb tu bg mrk yg buruk nmpak baik dan yg baik nampak buruk, Hidayah Allah x leh nak masuk pada hati yg penuh dgn nafsu amarah penuh dgn sifat2 Mazmumah...InsyaAllah PRU 13 ni cahaya Islam akan menerangi bumi malausia..kita betulkan semula yg pincang terutama badan penguatkuasanya..

    BalasPadam
  14. pelikkan ..bile kite pegi klinik mesti kita nak tahu doktor cek ape kat kite...takkan xboleh nak tengok rekod pesakit..pulak2 yang sakit kiter...hairan2..nak tengok medical chech-up sendiri pun xboleh...heran2

    BalasPadam
  15. tk perlu hairan....selagi kita semua rakyat malaysia menyokong sebuah kerajaan yg bersih cekap amanah kerajaan barisan nasional kita tetap akan di sajikan dengan hidangan yana aneh aneh yg pelik pelik tk mampu di fikir oleh otak kamu.

    teruskan hidup anda semua dalam dunia aneh bangang dan bodoh sehingga ke akhir usia...

    undilah parti barisan nasional dulu kini selamanya...

    insyallah jika sempat blm kiamat kita akan dapat saksikan cerita terbaru arahan pengarah filem no1 negara bertajuk keliwatan III

    Cerita berkisar kpd kisah kehidupan seorang anak muda yg penuh onak dan duri kerana diburu dosa keliwatan terjadi atas dirinya tanpa prejudis tanpa keraguan munasabah dan tanpa koyakan pada lubang anus nya

    BalasPadam
  16. Esok dah posa, malam ni dok maki hamun, gi semayang terawik dulu, penuhkan semejid-semejid, lepas tu moreh makan semekut.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Isu Tanah Babitkan Orang Asli Semelai Tasek Bera Perlulah Ditangani Dengan Baik Kerana Bahang PRU-16 Kini Semakin Menghampiri

TEMERLOH : Isu berkaitan tanah  yang membabitkan masyarakat orang asli Semelai Tasek Bera perlu ditangani dengan baik oleh Kerajaan Pahang, ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.