script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pak Lah: Tindakan "Datuk Zaid Ibrahim" Keluar Parti Keadilan Rakyat Memang Sudah Di Jangka !

KEPALA BATAS 16 Nov [4.07 pm] - Tindakan bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim untuk keluar dari parti itu memang telah dijangka, kata bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (foto). "Saya tidak terkejut, dulupun masa dalam UMNO dan diberi peluang menjadi menteri tetapi tiba-tiba dia (Zaid) mengambil keputusan untuk meletak jawatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Aprisiasi Sekolah Menengah Sains Kepala Batas (SMSKB) di sini hari ini. Beliau berkata, penyertaan Zaid dalam PKR semata-mata untuk mengejar jawatan tinggi dan bukan bertujuan memimpin parti itu menjadi sebuah parti politik yang baik dan disegani. "Dia cuba hendak mencapai jawatan yang lebih tinggi, tetapi tidak dapat, kemudian melepaskan semua jawatan dan tinggal PKR, kalau dia suka PKR patutnya dia pimpin PKR tetapi nyata sekali dia tidak suka PKR,” katanya. Ketika ditanya mengtenai pandangannya sama ada UMNO akan membuka pintu semula kepada Zaid, Abdullah berkata, “Itu terpulang kepada UMNO”.

[Apa yang berlaku kepada Zaid Ibrahim ini memang sungguh mengejutkan sebenarnya. Malah, beliau mungkin dilihat lebih hebat daripada "Katak Lompat" Ibrahim Ali Perkasa itu sebenarnya. Soalnya, apakah perjuangan dan keluarnya Zaid ini akan dituruti oleh pemimpin lain termasuk penyokongnya?. Inilah yang menjadi perbualan hangat dikalangan rakyat sekarang ini. Jika ini berlaku, maka sudah pasti Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan hancur akhirnya. Masalahnya, adakah penyokong Zaid tergamak mengikut jejak langkah pemimpin itu terutamanya bagi mereka yang sudah berjuang dalam PKR sejak zaman reformasi 98 lagi?. Apapun, sama-sama kita tunggu dan lihat apa akan terjadi dalam masa terdekat ini. Siapakah pemimpin PKR yang berani dan akan mengikuti jejak langkah Datuk Zaid itu agaknya].

Share:

10 ulasan:

  1. Tuan Blog,,,
    Rasional la sikit..tak kan lah ramai sangat kah yg nak keluar PKR mengikut Zaid sehingga ayat tuan yg PKR akan lingkup. Sorry bro yea....kalau ada yg mengikut zaid pun segelintir sahaja, secolek itupun yang kecewa sesangat selepas mempertahankan zaid kow-kow. Tak adalah...kurang dari 1000 la yg akan kuar ngikut zaid...
    Rasional la bro....jgn la kata pkr akan lingkup jika zaid dan pengikutnya keluar.


    UtuhRingan

    BalasPadam
  2. TAAB.dia pun dulu lompat S46.sama je katak.

    BalasPadam
  3. selepas selesai pemilihan, pkr perlu menyusun semula saf kepimpinan.
    hanya pemimpin yang taat setia dengan parti dikekalkan.
    mereka yang nak habuan dan jawatan harus diketepikan.
    biar ahli sikit tapi berkaliber dan berkebolehan.
    kalau ramai menyusahkan buat apa.
    pkr sebenarnya mempunyai pemimpin yang boleh ke depan.
    selain anwar, wan azizah terdapat juga azmin, khalid, jui meng, saifuddin, jeffrey, nurul izzah dan ramai lagi.
    kepada yang nak keluar pkr biarkan mereka pergi.
    yang mengada-ngada dan tak berdisplin jangan bagi warning pecat terus.
    tak usah biarkan mereka jadi duri dalam daging atau api dalam sekam.
    anwar masih ramai penyokong.
    bukan saja dalam pkr tapi juga luar pkr termasuk umno.
    tiada sebab beliau bersara.
    zaid dan zul nordin tak ada hak minta anwar bersara.
    kau orang dah pergi sudahlah.
    jangan kacau pkr lagi.
    lawan tetap lawan.

    BalasPadam
  4. Dari satu topik bertukar kepada topik yang lain sehingga kita dilupakan apa yang dibangkitkan oleh Zaid Ibrahim dalam parti PKR.

    Kenapa kita cenderong pada cerita Zaid Ibrahim keluar parti tanpa kita merungkai apa yang dibangkitkan oleh Zaid berkaitan dengan cara pengundian satu ahli satu undi yang di kelolakan oleh JPP...?

    Saifuddin Nasution Ismail mengatakan kononnya tindakan Zaid berundur daripada PKR tidak akan memberikan impak negatif kepada parti itu. Anggota akan terus berjuang dengan PKR.

    Tidakkah dia sedar bahawa ramai ahli diperingkat akar umbi sedang bertelagah sesama sendiri kerana punca ketidakadilan JPP menguruskan pilihanraya parti peringkat cabang diseluruh negara...?

    Telah menjadi budaya berpolitik ada ahli parti datang dan pergi. Sama ada Zaid dalam parti PKR atau telah keluar parti bukan masaalah yang perlu kita bangkitkan.


    Tapi pekara yang diadukan itu perlu dilihat, diberi perhatian dan tindakan. Jika dengan ketiadaan Zaid dalam parti PKR dan Azmin Ali telah menjadi timbalan presiden parti maka segala-galanya perlu bertenang tak perlu ungkit cerita JPP lagi....?

    Ahli parti PKR perlu ingat bahawa JPP adalah badan yang bertanggongjawab menguruskan pilihanraya parti. Jika kecurangan nya ketika ini tidak dibicarakan maka pemilihan parti yang akan datang akan berlaku lagi krisis seperti ini.

    Ada kemungkinan selepas ini Azmin Ali boleh menang jawatan presiden parti secara percuma tak perlu bertanding.

    Relakan ahli parti mencalonkan diri sebagai pemimpin tetapi diuruskan jawatankuasa pemilihan pusat yang bersubahat melakukan penipuan dan berat sebelah..?

    Peduli apa dengan Zaid keluar parti... fokas kita ialah JPP bila nak dibersihkan..?

    BalasPadam
  5. aik,TAAB pun boleh komen macam ni,ini tentu ada benda yg lebih berat yg dia tahu pasal Zaid semasa Zaid jadi menteri dulu.Zaid jadi menteri atas ehsan TAAB.Biasanya kalau pemimpin atau bekas pemimpin Umno yg komen,misti dia hentam PKR juga ,tapi ini tidak ,TAAB kenen perangai buruk Zaid yg suka kejar pangkat je.Faham-faham je lah 'hebat' ke tidak nya Zaid ni.

    BalasPadam
  6. yg nak salahkan zaid tu nape lantak dia la nak keluar ke x...fokus skrg ni pimpinan tertinggi ni lansung xnak turun pandang tengok rakyat ...percaya atau tidak pru 13 ni lingkup la pkr..org sekarang berparti lebih pentingkan kuasa je..kumpul harta banyak2..kesian dsai...org atas ingat ramai sgt la penyokong pkr ni tp realitinya hampeh...on paper boleh la ckp ramai...bila org bawah kata jgn adakan lg pemilihan ni tp pimpinan atasan langsung xnak amik berat pandangan org bawah...nak demokrasi konon bila org tegur salahkan pulak org tu..memang xkan maju la parti selagi ada firaun-firaun kecil ni...kalo da xboleh nak terima kritikan dan pandangan org lain baik xpayah jd pemimpin...Ingat ckit RAKYAT yg berkuasa menentukan corak pentadbiran kerajaan..kalo parti baru menang ckit tp huru-hara mcm mana nak perintah negara...lu pikir la sendiri...setakat penyokong azmin tu ala tengok la realiti ckit setakat 1 cabang xsmpai 200 org yg kuar ngundi...ni la yg sepatutnya kita lihat kalo ahli sayangkan parti nape xnak kuar ngundi...print out kertas ngundi bukan main banyak tp yg dtg ngundi ciput je...membazirkan duit rakyat je...buangla sikap ego tu wahai pimpinan atasan...dengar-dengar la rintihan org bawahan ni...

    BalasPadam
  7. Jelas sangat bahawa para pengampu tegar Azmin/Anwar ni memang tak nak dengar apa lagi. Pada mereka, Azmin/Anwar mesti menang atau harus 'dimenangkan' walau dengan apa cara sekalipun.

    Sebanrnya tidak berapa penting siapa yang akan mengikut jejak Zaid, atau apa yang bakal dilakukan oleh Zaid selepas ini. Yang pasti, tindakan Zaid telah semakin menjelaskan 'hati budi' para pemimpin atasan PKR. Kredibiliti PKR kini semakin merudum di mata rakyat. Siapa beranbi nafikan??

    BalasPadam
  8. yang pasti pkr itu sendiri akan hilang jika sabit kesalahan kepalnya nanti...

    BalasPadam
  9. bila DSAI masuk penjara, PKR masuk kubur laa....

    BalasPadam
  10. sokong anon 8:37
    sokong anon 10:31

    soalan tambahan.Kemana arah PKR andai DSAI tiada?

    a)Azmin ambil alih
    b)Timbalan lebih berkuasa
    c)PKR dibubarkan

    rupanya PRU 2004 tak pernah jadi pengajaran pada diorang ni.Terpaksa benarkan kata Zul Noordin,firaun kecil ini sangat merbahaya.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Inkues Zara Qairina: Pegawai Perubatan Dakwa Tidak Hubungi Polis, Keutamaan Tumpu Untuk Stabilkan Pesakit

KOTA KINABALU: Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Janefer Voo, memberitahu Mahkamah Koron...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.