KUANTAN, 12 Nov [10.20 pm] - Blogger panas Cucumatkilau (foto) semalam sempat mengadakan satu sidang medianya berhubung dengan kemelut yang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) mutakhir ini. Beliau yang khabarnya tersenarai sebagai individu ke-45 dalam sebuah blog pro-umno yang bakal meninggalkan PKR bagaimana pun masih tidak menyatakan pendiriannya untuk terus kekal atau undur diri dari parti itu. Malah beliau lebih banyak menegur kepimpinan PKR terutamanya dalam isu-isu berkaitan perjuangan dan agenda perubahan parti itu. Beliau juga menyatakan akan menghantar satu memorandum kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bertujuan membantah pemilihan PKR sehingga prosesnya lebih bersih dan telus. Memorandum yang dipersetujui kira-kira 100 blogger pro PKR itu akan dihantar secepat mungkin bagi mendapatkan persetujuan semua pihak berhubung proses pemilihan parti berkenaan. CMK yang mendakwa memperjuangkan PKR sejak 11 tahun lalu kecewa kerana masalah dalaman parti menjejaskan pemilihan itu. “Sebagai pemerhati bebas dalam pilihan raya itu, ada pemimpin dalam parti itu yang sudah terbabit dalam politik wang, lobi melobi dan bergaduh untuk merebut jawatan penting,” katanya. Beliau berkata, pemilihan itu mesti ditangguhkan supaya tidak berhadapan dengan masalah besar membabitkan dua orang kuat parti itu iaitu Anwar dan Naib Presiden parti itu, Azmin Ali. “Sememangnya PKR wajar menangguhkan pemilihan dalam parti itu bagi mengelakkan tsunami yang boleh mencemarkan parti itu “Saya lihat apa yang dituduh kepada Barisan Nasional sebelum ini sudah berlaku dalam Pemilihan 2010 PKR dan saya berpendapat proses itu juga gagal,” katanya. Beliau turut menyarankan supaya Anwar lebih neutral apabila berlaku krisis dan tidak memihak kepada Azmin semata-mata. Sebelum ini, katanya, Datuk Zaid Ibrahim sudah membuat teguran mengenai isu pemilihan itu sebelum pemilihan. “Anwar tidak boleh menuduh Zaid dihantar oleh UMNO untuk menyiasat parti,” katanya. Katanya, dalam tempoh bersama parti itu, CMK mendakwa dia berjuang atas dasar percaya kepada pemimpin namun keadaan pemimpinnya yang masing-masing mempunyai impian memegang jawatan. “Itu adalah kesilapan Anwar sendiri yang menguar-uarkan mahu menakluki Putrajaya menyebabkan masing-masing bermimpi mahu memegang jawatan dalam parti ini,” katanya. Beliau juga amat berharap agar pemilihan PKR ditangguhkan segera jika tidak mahu tsunami yang lebih dasyat yang akan melanda parti itu dalam masa terdekat ini sebenarnya. sinarpahang[Ramai yang marah atas kenyataan ini, kerana mereka menganggap cucumatkilau berpihak kepada calon-calon tertentu. Malah, amat memalukan bila para penyokong Azmin Ali terutamanya dari Pahang begitu ghairah menghentam CMK malah menaruh harapan besar agar beliau meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mutakhir ini. Sedangkan kenyatan yang dibuat oleh CMK ini mungkin ada kebenarannya. Jika Anwar gagal bersikap neutral maka harapan besar untuk melihat parti itu musnah dipukul gelombang akan terserlah jua akhirnya. Malah, ada juga kedengaran beberapa pimpinan PKR akan mengadakan demontrasi untuk mendesak supaya pemilihan ditangguhkan dan jalan penyesaiaan yang lebih adil dapat dicari untuk menyelamatkan parti yang kononnya memperjuangkan agenda perubahan itu. Jika Zaid menegur Anwar dianggap orang yang kecewa, kenapa bila ada individu bebas yang turut menegur serta mengkritik dianggap sebagai orang kecewa?. Apakah semua yang berlaku ini harus dilihat sebagai permainan politik semata-mata dan dibiarkan berleluasa. Jika inilah keadaannya, maka kemungkinan besar lama kelamaan ahli PKR sendiri akan meninggalkan parti itu dalam masa terdekat ini. Wajarlah apa yang berlaku ditangani dengan seadil-adilnya].






CMK beria2 sgt suruh tangguhkan pasai nama dia xtersenarai sbg calon, kesilapan teknikal katanya.. biasa la, mula2 ikhlas, sekarang minta dibalas.. xdpt ugut kluar parti, inikah perjuangan??? kah..kah..kah..
BalasPadamlaaaaa..kata dah kuar parti, apahal menyibuk lagi...blah je la. suka2 hati je nak kuar masuk.
BalasPadamElok lah CMK keluar dari PKR sebab PKR dah rosak sangat. Imej PKR dah terang2 jadi PAA (Parti Anuar- Azmin) bukan parti rakyat.Apa dah butakah mata orang2 PKR yang tak nampak PKR parti keluarga Anuar dan Azmin. Satu Malaysia dah gelakkan PKR parti gay tapi pemimpin2 kanannya taksub menyokong juga. PAS bantah filem 'gay' tapi menyokong pemimpin gay dalam PKR... apa dah jadi dengan parti islam kita ni ooii.kahkahkah!!!!
BalasPadamLaaa..ada lagi awok yer. Ingt kan da berambus. Tk pyah la sibuk2 sokong Zaid tu. Ko tanya Zaid tu ader tak dia kena air asid n belantan FRU. Ko tanya dia lagi ader tak dia turun dpn sogo dan kt kg baru. Ko tanya ade tak dia kt dpn masjid negara n istna negara. Hahah npk mcm ada pluang jdi PM terus masuk PKR. Yg kamu ni bodoh percya kt Zaid tu apasal? terjun la awok ngn labu2 nyer. So apa lagi CMK...berambusssss
BalasPadamPerjuangan yang betul-betul ikhlas tidak untuk dibalas selain olehNYA.Bila sampai masa yg Dia kehendaki, laluan insyaallah akan dibuka olehNYA.Tapi CMK, apa hal saudara? Ikhlaskan nawaitu, lillahitaala sebagaimna anda ikrarkan dalam solat.
BalasPadamAnwar Ibrahim adalah pencipta gelombang perubahan politik Malayia dlm PRU12.Dia adalah musuh dan faktor pengancam utama BN bagi PRU 13. Justru dia mesti dijahanamkan spaya BN tidak jahanam.Inilah yg perlu difahami oleh semua ahli PKR kerana UMNO memiliki segala kelicikan!
Sebab itu kami katakan mesti ikhlas dalam perjuangan demi agama,bangsa dan negara.
CMK,
BalasPadamhang kena tengok budaya zaid bawa-- ape yg dia kata - dan segala tindakan dia--- jelas masalah besar sbenar adalah zaid-- betul parti ade kelamhan -sama gak dgn anwar ke azmin ke atau yg lain-- tp masalah besar sekrg adalah zaid yg degil dan tak dgr kata---ikut suka dia aje... dan ade blogger dah terpengaruh dgn zaid.. dan memperbesarkan issu yg bukan besar sgt pon.. tp dan jadi teruk sebab hasutan zaid..
ORG MACAM NIE MEMANG PATUH DIHUMBAN KE SUNGAI KELANG DARI MENYIBUK DLM PKR.ESOK JIKA DITAKDIRKAN PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH....CMK (CUCU MANGKUK KUALI) MINTA JAWATAN MENTERI BILA TAK DIBERI PASTI LOMPAT KE UMNO.....??? JAHANAM!!! LA CUCU MAT KILAU.....
BalasPadamHIDUP DAP. KITA JADI PM PULA. BIARKAN MEREKA BERGADUH
BalasPadampada pendapat saya apa yang berlaku dalam pkr adalah perancangan musuh yang ingin menghancurkan ds anuar dan pkr.lebih baik pemimpin2 pkr duduk semeja bincang dan muhasabah diri..setiap masaalah pasti ade jalan penyelesaian..amin..
BalasPadamZaid harapan CMK,bila Zaid tarik diri dia terduduk,hilang harap utk mendapat tempat bila Azmin jadi TP.Geng Azmin dah cukup korum,lagi pun Azmin dah tahu sangat kemana arah CMK,tak kan le Azmin nak bagi dia tempat lagi.DF pun akan hanyut,mana le CMK nak mengadu nasib.Aku percaya CMk akan melompat nanti,seperti yg di war-warkan sebelum ini.Kalau jadi, aku ucapkan selamat jalan dan selamat maju jaya,sertailah Parti Keadilan Baru tajaan Zaid.(Nama parti pun nak tiru,mana le ideanya si Zaid ni).Sebenarnya aku tak percaya langsung orang macam Zaid sanggup struggle menubuhkan parti baru,strugle bertandi TP pun hanyut.Zaid ni 2X 5 Ketua cabang T'loh,bapak ce*i,kalau tak ada sponser dari SCW,jangan nak merasa le.
BalasPadamZaid harapan CMK,bila Zaid tarik diri dia terduduk,hilang harap utk mendapat tempat bila Azmin jadi TP.Geng Azmin dah cukup korum,lagi pun Azmin dah tahu sangat kemana arah CMK,tak kan le Azmin nak bagi dia tempat lagi.DF pun akan hanyut,mana le CMK nak mengadu nasib.Aku percaya CMk akan melompat nanti,seperti yg di war-warkan sebelum ini.Kalau jadi, aku ucapkan selamat jalan dan selamat maju jaya,sertailah Parti Keadilan Baru tajaan Zaid.(Nama parti pun nak tiru,mana le ideanya si Zaid ni).Sebenarnya aku tak percaya langsung orang macam Zaid sanggup struggle menubuhkan parti baru,strugle bertandi TP pun hanyut.Zaid ni 2X 5 Ketua cabang T'loh,bapak ce*i,kalau tak ada sponser dari SCW,jangan nak merasa le.
BalasPadamSekarang tak usahlah nak tuding jari kepada sesiapa.Jika ada pihak yang membuat teguran,eloklah difikirkan bersama bagi memastikan parti sentiasa berada dalam keadaan segar dan diterima ramai.
BalasPadamSekarang hanya seorang ahli yang cuba menegur, dah jadi kalut habis.Apa salahnya apa yang dikomenkan itu diterima dahulu dan cubalah cari sama ada ada benarnya atau sebaliknya.Jangan sekali-kali cepat melatah dan kehilangan punca.Sebabnya setiap bakal pemimpin perlulah kuat semangat, mantap dan berwibawa.Gunakan pertimbangan akal yang waras bagi menjana sesuatu yang lebih positif dan dapat diterima ramai terutamanya para pengikut setia. Jangan biarkan mereka mentafsir perkara ini secara sendirian, kelak parti juga akan kerugian.
Saya ingin cadangkan di sini agar semua pihak dapat berfikir secara rasional dan jangan sekali-kali mendahulukan emosi dalam membuat sebarang komen dan mentafsir sesuatu yang kita belum pasti dan sahih akan kebenarannya.Kita tunggu dan lihat kenyataan daripada pimpinan tertinggi parti membuat kenyataan atau mengajak pihak-pihak yang tidak berpuas hati duduk semeja berbincang secara terbuka dan rasional bagi memastikan apakah apa yang disuarakan oleh pihak-pihak yang tidak berpuas hati itu samada ada benarnya atau sebaliknya.
Tidak ada perkara yang tidak boleh diselesaikan dalam urusan yang berkaitan manusia ini jika kita semua dapat berfikir secara rasional, islamik dan disertai niat ingin mencari jalan penyelesaian demi kebenaran kerana Allah SWT.
Wallahua'lam.
Priyan,
BalasPadamYang menegur tak rasional,macam mana yg di tegur nak rasional.Bapa menegur anak pun nak kena secara baik,ini kan pula orang yg baru masuk rumah kita nak halau ketua keluarga kita yg bersusah payah untuk kita selama ni.Hanya orang bodoh,bacul dan korup saja yg sanggup bersingkongkol dgn orang macam tu.Buruk-buruk Anwar dah banyak jasa dia aku tengok,sejak beliau zaman pelajra lagi.Si Zaid tu aku tak nampak satu habuk pun.Kalau kau nak berlagak jadi orang tengah itu kau punya pasal,tapi aku sorry le semangat refomasi tetap ada dalam diri aku,bukan semangat korupsi.
PDO ni mmg cucu mat kilau pun, gaya dah macam seorang pemimpin. teringat kawan kat rahim bakar, dia jugak bolih dikata macam anak mat kilau, yang lain jadi mat pacak je la..
BalasPadamHIDUP DAP. BILA JADI PM. KITA BUAT SERUPA PENANG
BalasPadamJangan hanya kerana Anwar lebih lama dalam PKR maka kita menangkan dia. Zaid sendiri sanggup tinggalkan kedudukan dalam kerajaan (BN) untuk sama-sama berjuang dalam PKR. Masalahnya ialah Anwar mengganggap PKR itu sebagai milik keluarganya dan boleh buat sesuka hati untuk memastikan kesinambungan kepimpinan PKR terus berada dalam genggaman orang-orang yang disukainya. Kenapa kita boleh menjadi terlalu bacul dan terlalu bodoh untuk gagal menilai dan sedikit melihat kembali apa yang pernah Anwar lakukan kepada Allahyarhan Tun Ghafar Baba dulu? Sifat dan gaya kepimpinan kuku besi Anwarlah yang sebenarnya menjadi punca utama kekalutan yang melanda PKR kini. Siapa boleh nafikan?
BalasPadamIroninya Anwar tidak pernah dan tidak akan pernah mengakui kesilapan dan kelemahannya. Bagi Anwar, hanya drinya yang terbaik dan berhak menentukan segala halatuju PKR.
Kekalutan dalam PKR adalah satu malapetaka bagi PR. Kalau dulu orang melihat Anwar sebagai seorang insan yang teraniaya, lalu dia mendapat sokongan atas dasar simpati dan bukan semata-mata kerana ketokohannya. Namun kian hari orang boleh menilai siapa sebenarnya Anwar. Keputusan beberapa PRK yang lepas jelas membuktikannya. Kita tidak hairan sekiranya PR bakal berputih mata dalam PRU13 nanti.
BalasPadamPDO...
BalasPadamElok jangan la bekawan lagi dgn PKR. Link pun keluar lah. Baru ada class kalu PDO join link Gomo ke, Babu kari ke, Kedah Times....glamer you. Jgn la pemilihan semula...kalu dlm 1000 setakat 100 kata tak ok tak ada halnya. Anggapla yg 100 tu mat kecewa. Bukan soal lama tapi zaid tu dalam umno tak berguna dalam pkr lg tak guna. Nak pangkat ajer. Kalu ikhlas bertanding aje ajk atau naib presiden....apa class..sebab itu zaid patut pencen politik atau pakat-pakat dgn blogger yg pro dia tubuh parti baru. Nama "Parti Kecewa Bersama" atau "Parti Dengki"....
oleh Murengan
Baik Zaid atau Anwar, ada sejarah (Tawarikh) tersendiri. Persoalannya bukan sama ada Zaid berguna atau tidak berguna dalam UMNO/PKR. Bukan juga soal sama ada Zaid dipecat atau memang prinsip dan harga diri yang menmbuatnya keluar, terkeluar atau dikeluarkan daripada UMNO kemudian masuk PKR. Tapi kalau cakap soal pangkat, rasanya kedudukan (pangkat) Zaid dalam UMNO sudah lebih baik. Lalu 'pangkat' apa sebenarnya dalam PKR yang mahu Zaid kejar? Fikirlah sendiri...
BalasPadamSoal Zaid tidak berguna dalam PKR hanya timbul bilamana Zaid mengkritik gaya kepimpinan Anwar. Siapa sebenarnya yang paling tidak berguna? Dalam beberapa kes di Sabah, jelas-jelas yang mengundi tidakpun melebihi angka 100, tapi mengapa Azmin boleh diisyhtihar menang dengan majoriti ratusan undi? Hanya kerana teramat taksub dan sayangkan Anwar, bolehkah orang yang berprinsip menerima itu semua? Bukan juga persoalan 'ditelan mati bapa, diluah mati emak'. Tapi antara kelangsungan politik anwar sekeluarga dan masa depan dan kredibiliti PKR sendiri, mana satu yang lebih wajar diutamakan?
PKR sekarang dalam tahap kritikal dan perlukan pembersihan segera kalau masih mahu terus releven dalam kancah politik Malaysia. Sikap hipokrit Anwar bakal menghakis terus keyakinan rakyat terhadap PKR.
BalasPadamPKR hanya akan kembali kuat jika Zaid dan kuncu-kuncu nya pergi meninggalkan PKR.2004 PKR tinggal satu kerusi,Zaid tersenyum je dalam kelambu Umno,2008 PKR menang besar,p.raya kecil demi p.raya kecil,Umno bungkus,Zaid mula menempel dalam PKR dan 8 bulan kemudian mula nak kejar tempat no 2dlm PKR,walau pun kononnya tak mahu kejar jawatan.Kemudian bila kemenangan nampak tidak memihak pada beliau ,Zaid mula cari alasan nak lari,BN pun dah mula nampak nak menang balik Galas dan BSapi BN menang.Macam ni semua pun kau orang tak boleh nampak,betulah otak beku.Hanya orang bodoh je yg tak faham sikap Zaid sebenarnya.Tapi dah telanjur bodoh,teruskan lah jadi bodoh,ikut le si Zaid tu.Nak tunggu dalm PKR pun kau orng tidak akan di hurmati lagi,baik ikut Zaid je.Macam mana org PKR nak hurmati kau orang,bila selepas Zaid halau Anwar pun kau orang masih menegakan benang basah Zaid ertinya kau orng pun sama mhu halau Anwar,jadi elok sangat le kau orang keluar dari PKR.
BalasPadamAnon 10:40,
BalasPadamCakap biar beralasan dan jangan 'mengkhinzir buta'. Sila baca post ini..
Baik Zaid atau Anwar, ada sejarah (Tawarikh) tersendiri. Persoalannya bukan sama ada Zaid berguna atau tidak berguna dalam UMNO/PKR. Bukan juga soal sama ada Zaid dipecat atau memang prinsip dan harga diri yang menmbuatnya keluar, terkeluar atau dikeluarkan daripada UMNO kemudian masuk PKR. Tapi kalau cakap soal pangkat, rasanya kedudukan (pangkat) Zaid dalam UMNO sudah lebih baik. Lalu 'pangkat' apa sebenarnya dalam PKR yang mahu Zaid kejar? Fikirlah sendiri...
Soal Zaid tidak berguna dalam PKR hanya timbul bilamana Zaid mengkritik gaya kepimpinan Anwar. Siapa sebenarnya yang paling tidak berguna? Dalam beberapa kes di Sabah, jelas-jelas yang mengundi tidakpun melebihi angka 100, tapi mengapa Azmin boleh diisyhtihar menang dengan majoriti ratusan undi? Hanya kerana teramat taksub dan sayangkan Anwar, bolehkah orang yang berprinsip menerima itu semua? Bukan juga persoalan 'ditelan mati bapa, diluah mati emak'. Tapi antara kelangsungan politik anwar sekeluarga dan masa depan dan kredibiliti PKR sendiri, mana satu yang lebih wajar diutamakan?
Sunday, November 14, 2010 10:37:00 AM
Lagi perkembangan terbaru, baca dengan teliti, jangan guna 'kaca mata hitam'.
Hentikan pemilihan MPP PKR
PETALING JAYA 13 Nov. - Satu demi satu dakwaan mengenai ketidakadilan dalam proses pemilihan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus dilontarkan oleh ahli-ahli parti itu.
Hari ini, sekumpulan 300 orang yang mendakwa ahli parti itu mengadakan demonstrasi di hadapan Pejabat PKR Pusat di sini bagi mendesak supaya pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu yang sedang berlangsung dihentikan.
Rata-rata daripada mereka mendakwa pemilihan PKR yang sedang berlangsung tidak dilakukan dengan adil, sebaliknya hanya mementingkan individu tertentu.
Dalam demonstrasi aman itu, kumpulan berkenaan turut membawa beberapa kain rentang yang mengutuk pemimpin tertinggi PKR selain mahu pemilihan parti diadakan semula.
Kumpulan berkenaan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan lapisan umur hadir menaiki tiga bas serta beberapa van sejak pukul 10 pagi.
Difahamkan kumpulan itu merupakan ahli PKR dari Selayang, Hulu Selangor, Tanjung Malim, Subang dan Batu Kawan (Pulau Pinang).
Perhimpunan itu bagaimanapun selesai pada pukul 12 tengah hari.
Turut kelihatan ialah Bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR, P.S. Jenapala; Bekas Bendahari PKR Selangor, S. Kottapan dan Bekas Timbalan Ketua Cabang PKR Selayang, Datuk Mazlan Hassan.
Seorang daripada wakil kumpulan itu yang juga bekas calon Ketua Cabang PKR Selayang, B. Rajendran ketika ditemui pemberita berkata, demonstrasi tersebut diadakan bagi mendesak pemilihan MPP dihentikan serta-merta.
"Sebagai ahli PKR, kami tidak boleh menerima sekiranya pemilihan MPP tetap dijalankan kerana ia tidak dilakukan dengan telus.
"Pemimpin atasan PKR perlu menyelesaikan dahulu penggantungan beberapa cabang serta masalah lain sebelum meneruskan pemilihan MPP," dakwanya yang merupakan Ketua Komuniti Kaum India Parlimen Selayang.
Seorang lagi ahli PKR, Abdul Razak Mohd. Jalil berkata, pemimpin tertinggi PKR seharusnya memandang serius demonstrasi yang diadakan itu.
Ini kerana, katanya, demonstrasi itu merupakan suara akar umbi yang mahukan keadilan dan ketelusan dalam pemilihan pemimpin parti.
"Sebagai wakil dari Selayang, kami mendesak supaya pemilihan MPP dihentikan sementara pemilihan cabang dilakukan semula dengan lebih adil.
"Sekarang rakan-rakan lain telah mula hilang keyakinan dengan PKR, namun mereka masih menunggu jika pemimpin tertinggi dapat melakukan sesuatu. Sekiranya tiada sebarang perubahan, mungkin mereka tidak akan bersama PKR lagi," jelasnya.
Kita nak tanya anon10:40, kalau ini juga disebabkan oleh Zaid (pada kacamata anon 10:40) sila komen balik.
anon11;09;00,
BalasPadamNampak sangat kau ni tak tahu apa-apa,aku boleh jawap YA!!.Kau tak tahu baca apa y di lapurkan oleh Msikini ke.Aku tahu dari A to Z cerita ZI+SCW+DS+EZ+RH yg mahu menjatuhkan Anwar.
anon 0;45,
BalasPadamsyabas dan TAHNIAH kerana kau serba tahu dari A to Z. Tapi TAKZIAH kerna kau tidak tahu apa-apa tentang 01 to 010. Saya amat bersimpati, kau ni bukan saja mangsa penyelewengan fakta tapi juga mengsa penyelewengan fatwa.
Nak belajar berenang pergilah ke kolam, jangan asyik hafal teori renang dalam kepala saja. Nanti sekali ke kolam PLOP! gaya batu...takut nanti tak timbul-timbul lagi.
yg aku tahu kalau fatwaa ni berkaitan dengan ugama.issu di sini issu Zaid dan pkr.looo apa punya mangkuk kau ni.
BalasPadamAnon 1:21,
BalasPadamPerdalamkanlah barang sedikit ilmu bahasa, tiada siapa yang rugi. Namun sebaiknya ukurlah dulu panjang pendek kail sebelum menduga dalam dangkalnya lubuk. Sekadar sekelumit contoh, mari hayati sejenak lirik lagu FATWA PUJANGGA, lalu cari di mana cacat celanya. Lepas itu sila sila saman pihak-pihak yang terlibat mencipta lirik lagu itu.
Anon 1:21,
BalasPadamFATWA hanya berkaitan dengan ugama? Ok tak mengapa kalau hanya itu yang kau tahu. Tapi jangan sampai kau membuat fatwa bahawa bahawa ugama itu hanya terbatas dalam pagar mesjid. OK?
LAGI BAGUS DAP MEMERINTAH BANYAK PERUBAHAN DAP BUAT UTK MEMBANTU ORG MELAYU. UMNO 53 TAHUN MEMERINTAH MALAYSIA...MELAYU PULAU PINANG HANCUR. SEKARANG MELAKA, JOHOR BAHRU...PUN DAH JADI MACAM PULAU PINANG MASA UMNO BERKUASA. ESOK BILA PAKATAN MEMERINTAH AHLI UMNO BAWAHAHN DIPERBODOHKAN DGN MENUDING JARI PADA DAP KONONNYA BUAT MELAYU MELARAT??? AHLI UMNO TOLOL PERNAH BERKATA "AKU RISAU PULAU PINANG JADI MACAM SINGAPORE"...NAK TANYA MASA SINGAPORE DULU PAKATAN RAKYAT KE YG MEMERINTAH...BUKAN UMNO KE MASA TU BERKUASA??? KESIAN...AHLI UMNO BAWAHAN TERUS DIPERBODOHKAN OLEH PEMIMPIN UMNO ATASAN???
BalasPadamanon 3;19;00
BalasPadamKah,kah,kah merepek sungguh kau ni mana ada aku kata ugama setakat lingkungan pagar mesjid saja,kau yg nak letak perkataan tu pada mulut aku.aku ni bukanlah jahil sangat mamat oii,entah-entah aku lebih alim dari pada kamu,walau pun aku tak masuk sekolah ugama tapi ,aku ni jenis orang yg cari ilmu kau tahu tak, aku mendengar membaca melihat,sebab tu aku ni susah nak kena tipu.kalau nak uji aku boleh bagi satu topik ugama mari kita berhujah,nak dalm internet ni bolhe nak berdepan pun bolhe. kau ni hanya nak cari salah orang bila tak ada kau meraba-raba benda yg tak ada. Begitu ke orang tahu ugama?.Poraaah.
anon 5:35,
BalasPadamsyabas dan TAHNIAH kerana kau serba tahu dari A to Z. Tapi TAKZIAH kerna kau tidak tahu apa-apa tentang 01 to 010. Saya amat bersimpati, kau ni bukan saja mangsa penyelewengan fakta tapi juga mengsa penyelewengan fatwa.
Nak belajar berenang turunlah ke kolam, jangan asyik hafal teori renang dalam kepala saja. Nanti sekali ke kolam PLOP! gaya batu...takut nanti tak timbul-timbul lagi.