
Apa sudah jadi dengan sikap pemandu bas di negara kita ini agaknya?. Biar pun sudah banyak kejadian kemalangan maut berlaku yang melibatkan kenderaan tersebut, namun masih ada pemandu yang mengambil sikap alpa dengan senario ini. Malah, dalam tempoh terdekat sahaj dua kejadiam kemalangan bas berlaku di negeri Pahang ini sebenarnya. Sebelum ini, kemalangan maut berlaku mengakibatkan beberapa orang ahli belia 4B dari Baling Kedah telah menjadi mangsa. Bas mereka terbalik selepas turun dari kawsan peranginan Genting Hihglands. Sebelum itu, kemalangan maut juga berlaku kepada sebuah bas ekspres berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat dekat Melaka. Kejadian tersebut sungguh menggemparkan semua pihak sebenarnya. Soalnya, kenapa ia terus berlaku sedangkan sudah banyak peraturan dan tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Makin diberi amaran, semakin menjadi-jadi pula kemalangan yang melibatkan bas ini berlaku. Seolah-olah pemandu kenderaan berkenaan langsung tidak mahu mengambil ikhtibar atas apa yang berlaku sebelum ini. Terbaru, seorang penumpang lelaki terbunuh manakala empat wanita cedera apabila bas ekspres Transnasional (foto), yang membawa 33 penumpang dari Johor Bahru ke Kuantan hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik memasuki tali air di Kilometer 20 Jalan Pekan-Nenasi, dekat Sungai Miang Pekan dua hari lalu. Dalam kejadian jam 8.15 malam itu, mangsa, Ismail Naqiuddin Hamdan, 25, dari Taman Cenderawasih, Kuantan, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat lemas. Menurut sumber, pemandu bas berkenaan dipercayai gagal emengawal kenderaannya dan merempuh penghadang dikiri jalan sebelum terbabas serta terbalik secara mengiring. Akibat rempuhan itu juga sebahagian daripada badan bas berkenaan berada dalam air. Inilah yang menyebabkan mangsa berkenaan terbunuh.
[Persoalannya sekarang, Transnasional adalah antara syarikat bas yang paling berwibawa dan mengambil sikap tegas terhadap dispilin para pekerja mereka. Namun, akibat sikap kurang ajar beberapa orang pemandu ia jelas memburukkan imej syarikat berkenaan sebenarnya. Perjalanan dari Johor Bahru ke Kuantan melalui jalan terbabit memang amat berliku bagi sesiapa yang pernah mengalaminya. Memang benar, ada beberapa buat syarikat bas ekspres yang menggunakan laluan tersebut tidak memantau pergerakan pemandu mereka. Akibatnya ada pemandu yang membawa bas membabi buta, laju serta tidak bertimbang rasa di jalanraya. Mereka malah gemar berlumba-lumba, tambahan pula jalan berkenaan kurang dilalui oleh kenderaan terutamanya pada waktu malam. Inilah yang memungkin bas berkenaan terbabas akibat kealpaan pemandu berkenaan sendiri sebenarnya. Justeru, syarikat bas perlu memastikan pemandu mereka mendapat rehat yang secukupnya dan lebih berdisplin ketika bertugas selepas ini. Had pemanduan berhemah perlu ditetapkan oleh kerajaan bagi mengawal kejadian kemalangan maut melibatkan bas itu terus berlaku].






Asayik salahkan pemandu. Kalau begitu jangan buat jalan. Kalau tak de jalan bas pun tak de. Langsung tak de kemalanagn bas. Cubalah jadi pemandu nak tengok berapa lama boleh tahan.
BalasPadamSetuju 100% dengan Anonymous Saturday, November 06, 2010 3:31:00 PM.
BalasPadamKenapa asyik salahkan pemandu?
Masalah utama terletak pada majikan. Majikanlah harus dipersalahkan terlebih dahulu.
Transnasional dikatakan syarikat bus paling berwibawa dan mengambil sikap tegas terhadap displin pemandunya.Penulisan yg karot..
BalasPadamFactor:
BalasPadam1) Salah pemandu. kalu dia ikut peraturan had laju, insyaallah selamat.melainkan dh memg ditakdirkan kemalangn.
2) Jalan. jalan skang semakin teruk.lubang sana sini.berombak.
3) bus. Tidak diselenggara.Majikan save cost.
Conclusion: tak guna kalau sibuk petisyen mintak kerajaan naikkan harga tambang bus kalau keselamatan penumpang semakin bahaya..my_ket@yahoo.co.uk
jangan nak salahkan sesiapa dah takdir mcm tu, nak buat buat mcm mana?????
BalasPadamBenar takdir memang tak dapat dielakkan. Namun ada kemalangan yang sepatutnya boleh dan dapat dielakkan. Keadaan fizikal/teknikal bas dan pemandu sangat berkait rapat. Seorang pemandu yang baik dan berhemah bukan saja memandu untuk bergaji, tetapi juga mengambil kira keselamatan dan keselesaan penumpang. Pemandu yang baik sebenarnya sudah boleh mengesan kemampuan sesebuah bas yang dipandunya pada peringkat awal lagi, yakni sejauh mana kemampuan bas itu boleh membawa penumpang dengan selesa dan apakah bas itu mampu untuk dipandu dalam keadaan fizikal jalan yang dilalui. Seorang pemandu yang jujur dan mahir dan berpengalaman kadang kala lebih berkesan berbanding pemeriksaan PUSPAKOM.
BalasPadamMajikan tidak memantau keadaan pemandu serta memeriksa keadaannya sebelum bas berlepas.
BalasPadamASYIK PEMANDU BAS AJE YANG SALAH. MAJIKAN PUN PATUT DISALAHKAN.
BalasPadamADA KAH BAS DIBUAT PEMERIKSAAN BERKALA SELEPAS CUKUP MASA DIGUNAKAN
CONTOH SELEPAS 10,000KM PERJALANAN DIBUAT PEMERIKSAAAN MENYELURUH SEMUA BAHAGIAN TERMASUK INJIN DAN BADAN BAS.
MAJIKAN TAHU NAK UNTONG AJE
KEBAJIKAN PEMANDU TIDAK DIAMBIL BERAT.
GAJI TAK SEPADAN DENGAN TUGA YANG DILAKSANAKAN.
sama2 salah...sepatutnya kedua2 nya kena bertanggungjawab.... ikut aturan yg betul... ingatlah tugas membawa penumpang yg membayar dengan harga yg mahal ni adalah tanggungjawab... so jadilah pemandu dan majikan utk syarikat yg bertanggungjawab utk semua nyawa... jika dah berhati2 tapi masih ada kemalangan itu adalah takdir...
BalasPadamAda benarnya. majikan nak untung maksima, tapi pemandu mendapat gaji minima. Ini harus diperbetulkan. menuding jari ke pihak lain tanpa disusuli satu tindakan yang konkrit tidak akan membawa ke mana.
BalasPadamSelain dari kecuaian pemandu perkara yang mesti diteliti ialah rekabentuk jalan (road design ) yang setengahnya sangat merbahaya . Keadaan selekoh, " super elvation" ,"vertical clearance" ,dll. (Orang JKR dan Kontractor mesti tau)
BalasPadamSelainnya penyelengraan jalan termasuk mengadakan "sign borad" yang cukup.
Pihak yang berwajib kena peka.Jang tunggu berlaku kemalangan besar berlaku baru nak bertindak.
Pemandu tak bersalah, jalan pun tak bersalah, yang salah brek, tayar, stering, lampu, cermin belakang, cermin sisi, rakyat malaysia dah fening kapala.
BalasPadamyang salah adalah penumpang, sebab apa naik bas, patut naik sampan je.
Sape kata bas tranasional paling bagus, bohong.Saya pernah naik bas tran dari ktn ke kota bharus selama 4 tahun, pemandu bas trans suka borak sambil memandu dan bercakap menggunakan hp.Lari bas macam nak giler... sebab pemandu trans semuanya giler.
BalasPadamKERAJAAN TAKUT KAT PERSATUAN KAFIR HARBI. TAKUT X UNDI DEPA. CUBA KUAT KUASA TETAPKAN HAD LAJU 90 KM D PEDAL MINYAK MCM NEGARA JEPUN BUAT. TEKAN MINYAK MCM MANA PUN LAJUNYA 90KM JUGA.
BalasPadamaku sokong anon 10.14,7 nov....
BalasPadamMemang salah pemandu!! cuba bawak bas tu 20km sejam. Konfirm takde kemalangan. Betul tak?
BalasPadamApa? bila nak sampai? jangan naik bas.
Poooorah PDO! Sapa kata pemandu bas transnasional berdisiplin. Kalau kat lebuhraya, yg bawa bas macam pelesit salah satunya ialah bas2 transnasional. Paling kurang ditekannya 120km sejam. Kadang tu sampai 160km sejam pun ada, kalah pug aku!
BalasPadam