script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Protes "Saman Parking MPK" Tidak Capai Sasaran Tetapi Memorandum Rakyat Berjaya Di Serahkan!

KUANTAN, 30 Dis - People's Justice Voice (PJV) berjaya juga menyerahkan memorandum kepada Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) biar pun Perhimpunan Protes Rakyat "Isu Saman Parking MPK" tidak mencapai sasaranya berikutan hujan turun dengan lebat dan gangguan lalu lintas yang agak teruk sekitar bandar Kuantan petang tadi. Menurut Pengerusinya, Mohd Shukri Mohd Ramli (Blogger Cucumatkilau), beliau tidak kecewa walau pun orang ramai gagal hadir seperti jadual yang telah ditetapkan. Tambahan pula katanya, berlaku perubahan tempat di saat akhir untuk majlis dialog yang sepatutnya diadakan di Dewan Ibu Pejabat MPK ke Dewan Tabika Perpaduan, Tanah Putih Baru yang terletak kira-kira lima kilometer dari lokasi berkenaan. "Perubahan tempat disaat akhir menyebakan orang ramai keliru. Ramai yang menghubungi saya mengatakan mereka mungkin tidak sempat sampai pada masa yang ditetapkan, akibat hujan lebat dan jalan jem. Perubahan tempat hanya dimakluma sekitar jam 11.30 pagi dan ia menyebabkan saya sendiri sudah menjangkakan ia menyukarkan orang ramai untuk hadir. Malah ada yang menghubungi saya berkali-kali untuk bertanya lokasi sebenar majlis dialog yang akan diadakan itu", kata Shukri. Walau bagaimana pun beliau berbangga kerana berjaya menyerahkan memorandum terbabit di Pejabat Yang DiPertua MPK melalui Pegawai Khas beliau sekitar jam 4 petang tadi.

MPK Perlu Amalkan Budaya Mesra Dan Berhemah

Dalam memorandum tersebut beliau berharap Yang Dipertua MPK, Dato' Hj.Zulkifli Haji Yaacob (foto), dapat mengkaji dan mengambil tindakan atas perkara ini, jika tidak mahu rakyat terus bangkit memberontak. Jangan ingat rakyat berdiam diri dan terus membiarkan MPK melakukan tindakan sesuka hati. Kini, sudah tiba masanya MPK mendengar suara rakyat, kerana mereka adalah pembayar cukai yang memberi hasil kepada kewangan MPK setiap tahun. MPK boleh laksanakan undang-undang tetapi biarlah berpada-pada dan mengikut masa serta kesesuaiannya. Tidak perlu bertindak membabi buta sehingga menyusahkan dan menyakitkan hati rakyat Kuantan khasnya dan rakyat Malaysia amnya. "Amalkan budaya kerja yang lebih bertimbang rasa, berhemah dan mesra rakyat dalam menguatkuasakan undang-undang yang telah ditetapkan. Janganlah emosi dengan rakyat terutamanya dalam bab-bab menyaman. Kami memberi tempoh sebulan sehingga penghujung Januari ini untuk MPK membuat perubahan ke arah kebaikan. Jika tidak, bantahan yang lebih besar serta kempen-kempen akan diadakan bagi menyedarkan orang ramai tentang isu ini. Usah jadikan rakyat sebagai bahan untuk ujikakaji dan sebagainya. Kami menentang sebarang bentuk penindasan walau pun atas nama peraturan dan undang-undang. Kami bersedia berbincang dengan pihak MPK dalam usaha memperbaiki mutu perkhidmatan ini", kata beliau.


Blogger Cucumatkilau sempat bergambar bersama Razali Alias (MAP) dan
Ram Ponnusamy (AMANAH) dihadapan lobi Pejabat MPK petang tadi

[Difahamkan, pihak terbabit memberi tempoh dua minggu kepada MPK untuk melakukan perubahan terhadap sistem yang jelas menindas rakyat ini. Sekiranya tiada tindakan yang dibuat, maka kempen "Bandar Saman, Boikot Parking MPK" akan diadakan. Jika ini berlaku, ia akan memberikan gambaran yang lebih buruk dimata rakyat tentang majlis tempatan terbabit pada masa akan datang. Ia pasti akan mengakibatkan ekonomi penduduk terjejas apabila pelancong dari luar takut untuk datang ke Kuantan. Tambahan pula, Kuantan bakal menjadi tuan rumah Sukan Malaysia yang dijadualkan pada bulan Julai 2012 nanti. Rakyat bukan tidak mahu disaman jika mereka gagal patuhi undang-undang, tapi MPK juga harus mengajar pegawainya lebih mesra rakyat dan bertimbang rasa semasa menjalankan tugas masing-masing. Jangan jadikan rakyat sebagai "mangsa" sebaliknya didik mereka supaya faham setiap kesalahan yang dilakukan. Jika ia terus diulangi barulah tindakan saman boleh dikenakan. Tidak wajar saman dijadikan alat untuk menambah sumber hasil kewangan setiap tahun. Sedangkan rakyat yang tidak berdosa dipaksa mengikut undang-undang ciptaan mereka. Bukankah manusia yang menciptanya, kenapa tidak boleh diubah jika ia terbukti menindas rakyat!].
Share:

15 ulasan:

  1. OK DAH TU...
    IT'S 1st.TIME, KUANTAN BUAT DEMO KPD. KERAJAAN TEMPATAN..
    TAKPE..LEPAS NIE BOLEH BUAT LEBIH BESAR LAGI..
    IKUTLAH CARA..BERSIH 2.0, BARU BERKESAN.
    TAHNIAH PDO-CMK...bravo,bravo,bravo...

    BalasPadam
  2. Demo tu tak betul...alhamdulillah rakyat kuantan cerdik cerdik belaka...buatlah cara lebih berpelajaran dan ikut undang tanpa menyusahkan org lain yg tak menyokong cara demo demo ni.sy pun marah kat mpk juga..tp still ikut channel yg betul!jgn asyik nak ugut org je!!!
    MELAYU MELAYU..bilalah nak berubah.MPK pun satu hal...pertingkatkan mutu perkhidmatan..bukan tingkatkan lagi saman..buat ler paking banyak sikit!

    BalasPadam
  3. Saya setuju untuk buat parking banyak. Tapi perangai rakyat Malaysia kalau boleh nak parkingmbetul2 depan premis yang hendak berurusan. Sebagai contoh kalau nak pergi mydin berapa ramai yang sanggup nak parking kat Kuantan plaza (tempat parkson lama). Sanggup parking ditempatkan yang tidak dibenarkan Dan bila kena saman marahkan mpk. Saya jugampernah kena saman tapi terima sears ya disebabkan kesalahan yang dah ketahui Ali at ya jika parking ditempatkan tidak dibenarkan. Saya pernah kena saman parking di pbt lain tapi di Kuantan paling fleksibel Dan murah. Kita duduk dibandar Dan kena terima hakikat. Nak buat tempat parking betting at mahal DNA perlu kos tinggi agar-agaknya orang yg berdemo sanggup keluarga kos untuk buat tempt parking tak? Kalau sanggup boleh lah buat cadangan di tapak antara Pejabat umno Dan Pejabat pos Dan kenakan caj murah barulah betul2 suara untuk rakyat ? Fikir2 kan

    BalasPadam
  4. bro, ini bukan pasal saman saje....cuba renungkan. kadar saman hanya 45 sen je sejam.....tapi kalau lu org parking lima minit je...sekadar nak beli pampers anak kt nirwana pn kena, itu dh melampau saman pulak 5 ringgit. brp kali ganda tuh...aku rasa balik semula sistem tiket dulu...x delh rakyat protes...atau pun sistem mesinyg masuk duit syiling

    BalasPadam
  5. Aku pun pelik asyik melayu je kena protes. Kalu bangsa lain yg buat takde pulak melayu melayu ni nak protes.

    BalasPadam
  6. Melayu sama melayu je berani.

    BalasPadam
  7. sbnrnya dua tiga org je kecoh sebab kena saman..walhal sokongan nak protes hari jumaat tu x smpai 10 org pun..nmpk sgt x brapa nak berjuang sbb tau mendanya nk dijuang x betul..bro..klu kena samanbkat Kl starting price 50 oo..ni baru 5 hinggit dh kecoh..cukup2 lh buat fitnah..asyik2 5 minit ler dua minit ler..ko x sedar ko prking brsepah membuat org lain lagi marah nk jalan pun susah..apa dah cari ah isu lain..buat malu je

    BalasPadam
  8. Iyerler tuu dua tiga orang marah... lawak2 betul budak2 MPK nii... satu Kuantan dah tau.. MPK bagi KAD KUASA kepada semua kakitangan untuk menyaman ... ingat tuu

    BalasPadam
  9. melayu protes sebab duit tak berapa masyuk..cina protes LYNAS sebab ade sesuatu yang di cari..kalo nak bahaya kilang arak kat selangor dah nampak bahaya dan haramnya..apasal tak protes..

    BalasPadam
  10. Alasan kilang arak kat selangor tu buat masa umno. Senang je jwbnya. Pub, disko, kelab malam, rumah urut boleh bukak janji jangan bagi orang melayu tak boleh masuk dan kerja kat sana. Apa kejadahnya semua ni...

    BalasPadam
  11. Alasan kilang arak kat selangor tu buat masa umno. Senang je jwbnya. Pub, disko, kelab malam, rumah urut boleh bukak janji orang melayu tak boleh masuk dan kerja kat sana. Apa kejadahnya semua ni...

    BalasPadam
  12. Cuba tengok kat Melaka Bandar Bersejarah. Dah berzaman kupon parking 60 sen sejam sampai Sabtu, Ahad dan Kelepasan Am pun dikira. Kat Kuantan kira Alhamdulillah la Sabtu, Ahad dan Kelepasan Am tak kena parking. Takkan kita nak mundur balik guna meter atau tiket. Parking Kuantan Parade yang dah naik sampai RM 2.50 tu korang suka pulak parking kat situ. Parking pun paling lama ada la 2 jam tu pun kalau tengok wayang. Pasal saman tu korang letak tak ikut undang-undang, memang la kena saman lepas tu menyusahkan orang ramai. Korang parking seminit ke dua minit ke mana diorang tau.... Korang ada bagitau ke sebelum parking? MPK je ke ada kuasa saman? Polis trafik tu korang tak bising pulak?.

    BalasPadam
  13. Kalau tak nak kena saman parking gunalah kenderaan awam bodoh, tak pon tumpanglah jiran ke kawan ke bodoh, barulah ikatan tu mkin erat. dah tau tempat tu tak banyak parking jangan la nak serabutkan lagi kawasan tu. sape yang bodoh

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kenaikan Mendadak Harga Diesel Sehingga Lebih 100 Peratus Dalam Tempoh Dua Minggu Disifatkan Sesuatu Yang Tidak Pernah Berlaku

TEMERLOH: Bekas Setiausaha Agung Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia, Datuk Mohd  Rofaie Hamdan mendakwa kenaikan mendadak harga die...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.