script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Lynas: "Kerajaan Negeri Selangor" Anjur Kempen Kutip Dana Sokongan Bantahan Projek Tersebut !

SHAH ALAM, 22 Dis - Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan majlis makan malam bulan depan bagi mengutip dana untuk kempen menghalang pelaksanaan projek Loji Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) yang beroperasi di Pahang. Majlis pada 7 Januari itu di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) merupakan inisiatif permulaan di Selangor yang bakal mengumpulkan pihak prihatin terhadap isu projek loji Lynas di Kuantan. Difahamkan dana yang dikumpul bakal digunakan bagi menbiayai usaha membawa syarikat Lynas ke mahkamah. Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong Keat Ping (foto) berkata kempen yang dikenali sebagai 'Anti-Lynas' ini turut mendapat kerjasama daripada barisan pimpinan Exco Selangor lain dan dijangka akan dilaksanakan secara berperingkat oleh negeri-negeri lain. "Kerajaan Selangor menganjurkan kempen ini sebagai salah satu usaha padu untuk menyokong kempen ini secara berterusan. Saya juga difahamkan majlis makan malam ini akan bergerak ke negeri lain. Antara pemimpin yang akan menyertai majlis itu adalah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dan beberapa pemimpin lain," katanya. Projek LAMP yang dijadual beroperasi sepenuhnya September tahun ini mendapat bantahan orang ramai di Kuantan dan seluruh negara kerana apabila ia beroperasi kelak ia akan menghasilkan sisa radioaktif thorium yang merbahaya kepada penduduk sekitar. Pelbagai usaha dilakukan untuk menghalang pembinaan loji itu namun ia sehingga kini tidak diberikan perhatian serius oleh kerajaan negeri. Loji itu kini dihentikan sementara menantikan penilaian satu panel pro-nuklear yang dilantik Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTI). Difahamkan, sekiranya projek itu diluluskan barisan panel tersebut, loji yang dikendalikan Lynas Corporation itu akan menghasilkan sisa radioaktif Thorium itu.


Bantahan Lynas terus bergema biar pun dihalang dengan berbagai cara

Bukan saja orang Cina bantah, tapi kaum Melayu juga turut menolaknya
Sementara itu, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, pihaknya menolak sekeras-kerasnya projek loji berkenaan disebabkan ia tidak selari dengan pembangunan lestari di negeri itu. Beliau berkata, Akademi Sains semalam memaklumkan kepadanya bahawa negeri itu akan mendapat pelaburan teknologi hijau berkuasa tinggi hasil daripada pemprosesan nadir bumi yang dilaksanakan. Tambahnya, pihak Akademi mendakwa ia adalah peluang terbaik bagi Malaysia untuk menyertai projek perhiliran berbekalkan teknologi canggih yang pernah dihasilkan. "Saya ingin menyangkal kenyataan tersebut kerana hakikatnya Malaysia tidak mempunyai nadir bumi yang mencukupi. Malaysia hanya memiliki 0.03 peratus nadir bumi di dunia ini. Maksudnya, nadir bumi yang digunakan itu bukannya datang dari Malaysia, sebaliknya dari Australia dan negara lain. Justeru, kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Akademi berhubung perkara berkenaan adalah tidak relevan sama sekali,"kata Elizabeth Wong.



Sehubungan itu, dana yang diperoleh daripada kempen itu nanti akan digunakan bagi membawa kes tersebut ke mahkamah. Dalam pada itu, Pengerusi Lajnah Alam Sekitar Malaysia, Zulkefly Mohamad Omar menjelaskan, pembinaan projek loji LAMP bukan sahaja merugikan rakyat, bahkan akan meninggalkan kesan buruk kepada alam sekitar untuk jangka masa panjang. Ia merujuk kepada pengurusan sisa pepejal dan cecair yang mengandungi elemen radioaktif yang akan menjejaskan kesihatan penduduk di kawasan berhampiran ekoran daripada pencemaran alam sekitar yang serius. "Bagi kita khususnya dari kalangan pemimpin Pakatan Rakyat, kita melihat bahawa isu alam sekitar dan nyawa rakyat merupakan isu terpenting berbanding isu lain kerana ia melibatkan kehidupan. Dengan berjayanya projek itu di Pahang, tidak mustahil mereka akan bina projek yang sama di negeri-negeri lain memandangkan keuntungan yang bakal diperolehi adalah itu besar", katanya.

[Nampaknya, Kerajaan Negeri Selangor lebih prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat Pahang daripada kerajaan negeri itu sendiri. Terdapat banyak bukti bahawa memang ada satu permainan "trick" yang dilakukan oleh pihak yang berkenaan untuk mengaburi mata rakyat agar menerima ketentuan bahawa projek Lynas tidak berbahaya kepada rakyat. Sedangkan rakyat lebih tahu risiko yang bakal dihadapi oleh mereka sebenarnya. Oleh itu, sokongan daripada pihak luar seperti ini dijangka akan menyemarakkan lagi bantahan rakyat terhadap projek Lynas ini. Soalnya, apakah kerajaan mahu mendengar atau mahu mereka ditolak pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Ramai yang meramalkan, UMNO BN akan runtuh di kerusi-kerusi dalam bandar yang majoritinya adalah pengundi kaum Cina atau Melayu yang mendapat banyak maklumat daripada media baru dan sedia untuk berubah. UMNO BN di Pahang hanya boleh bergantung harap kepada saluran satu terutamanya para peneroka dan masyarakt orang asli. Jika tidak, sudah pasti kita akan melihat Pakatan Rakyat mendiami Wisma Sri Pahang selepas Pilihanraya Umum Ke-13 ini].
Share:

2 ulasan:

  1. boring ar..
    dengan isu lynas ni ni..
    member pun ramai keje kat sana..
    Tumpukan dengan PRU 13 lg baik..
    Tegakkan negara islam..

    BalasPadam
  2. With no lawyers, nothing filed in court and no approval of LAMP I do not trust anyone asking for money based on a court action that does not exist.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Seru Rakyat Negeri Sembilan Beri Mandat Kepada BN, Untuk Kestabilan Politik Dan Kemajuan Ekonomi Negeri

BAHAU : Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyeru rakyat Negeri Sembilan agar memberikan mandat kepada Barisan Nasional (BN...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.