script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Peneroka Berdemo 'Menyokong' Pengarah Besar Felda Serta Mendesak Isa Samad Berundur

KUALA LUMPUR, 13 Dis - Kira-kira 50 wakil peneroka Felda daripada beberapa negeri hari ini menyerahkan memorandum menyokong Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahab di Ibu Pejabat Felda, Jalan Gurney, dekat sini. Memorandum sokongan itu ekoran tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Dzulkifli bercuti dan mengikuti Kursus Pengurusan Lanjutan bagi meningkatkan prestasi untuk melakukan transformasi Felda. Ia merupakan cadangan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad melalui surat yang dihantar kepada Najib bertarikh 21 November. Arahan bercuti dikeluarkan melalui surat yang diikeluarkan Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri 25 November lalu. Difahamkan, Dzulkifli mula bercuti 25 November lalu dan telah berlepas ke London minggu lalu. Memorandum yang diserahkan kepada wakil Felda, Muhamad Ibrahim antaranya menuntut Perdana Menteri menarik balik arahan bercuti itu dan menggugurkan Isa daripada jawatannya. Mereka diketuai Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, Mazlan Aliman berarak kira-kira satu kilometer menuju ke bangunan Felda dengan diawasi kira-kira 30 anggota polis beruniform termasuk polis cawangan khas. Mereka melaungkan "undur Isa Samad", "hidup rakyat" sambil membawa sepanduk bertulis "kami sayang Dzul, benci Isa". Bercakap kepada media selepas penyerahan memorandum, Mazlan berkata, pihaknya amat kesal dengan tindakan yang dilakukan terhadap Zulkifli yang dianggap sebagai seorang yang sangat amanah dan berdedikasi dalam tugasnya. "Kami yakin tindakan ini sebenaranya penyingkiran kepada Datuk Dzul. "Ia tidak beretika dan biadap terhadap Ketua Eksekutif Kumpulan yang mempunyai 23 kakitangan," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat. Menurut Mazlan, Isa tidak senang dengan Dzulkifli kerana menganggap Dzulkifli menghalang usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia. "Dalam mesyuarat lembaga pengarah, Datuk Dzul pernah mempersoal di mana Felda nak cari duit untuk bayar gaji kakitangan Felda RM1.5 bilion bila FGVH melabur dalam Bursa Malaysia. Isa tidak senang kerana mengganggu usahanya untuk penyenaraian terbabit," jelas Mazlan Aliman lagi.



[Amat tidak wajar tindakan Isa Samad mengarahkan Datuk Dzulkifli bercuti semata-mata mahu melempiaskan hawa nafsunya untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia. Ini kerja jahat dan sungguh memalukan sebenarnya. Malah, ia adalah satu strategi licik untuk beliau merompak hasil khazanah Felda itu sendiri. Apakah rasional orang yang sudah terpalit dengan rasuah seperti beliau ini diangkat sebagai Pengerusi Felda dan dalam masa yang sama Kerajaan UMNO BN berbangga kononnya mereka mahu membenteras rasuah. Inilah namanya "cakap tak serupa bikin" dan peneroka seluruh negara wajar menolak Isa Samad sebelum beliau terus menggunakan kuasanya untuk menipu mereka. Pastikan kawasan Felda tumbang pada Pilihanraya Umum ke-13 ini nanti, jika tidak mahu nasib dan masa depan mereka diperlakukan sedemikian rupa. Fikirkanlah, Ayuh bangkitlah pertahankan hak anda].
Share:

4 ulasan:

  1. Kalau itu soalan beliau memang patut pun beliau dihantar berkursus,bagi menambah ilmu.

    BalasPadam
  2. bantut tu boDOH meLAYU

    BalasPadam
  3. Dalam kes ini pasti beribu peneroka genarasi pertama dan kedua tidak faham apa sebenarnya sedang berlaku dalam felda.

    Prinsip peneroka, asalkan dapat duit tidak kira berapa jumlahnya dan cukup makan anak beranak dikira sudah memadai.Tidak perlu ambil tahu hal seperti Felda Global Ventures Holdings (FGVH) yang akan disenaraikan di Bursa Malaysia.

    Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa felda adalah kubu kuat UMNO BN kerana UMNO Baru memang membela ahli yang bodoh demi mengekal kuasa memerintah.

    Perangai sambil lewa dan bangang dalam hal semasa seperti itu memang menjadi kesukaan pemimpin UMNO Baru kerana memudahkan mereka merompak harta rakyat secara terang-terangan tanpa halangan.

    Sebagai contoh, ekuiti bumiputera bernilai RM52 bilion lesap tanpa dapat dikesan. Siapa yang menipu, mencuri dan merompak ekuiti tersebut.

    Apakah DAP, PAS, PKR atau orang UMNO yang diberi kuasa seperti Mohd. Najib, Isa samad yang nmelakukannya ?

    Walau pun tidak dinafikan peneroka genarasi pertama kedua dan ketiga ada perasaan merah kerana ditip tapi malang nya kemarahan peneroka itu mudah dilentur dengan sedikit rasuah.

    Hanya sekampit beras dengan beberapa tin sardin dan susu mereka sanggup memberi sokongan dan undi kepada orang seperti Isa Samad walau pun mereka sedar mereka menyokong seorang lanun darat yang akan mencuri duit mereka. Ada sesiapa yang nak menafikannya ?

    Jika pewaris peneroka tidak bersatu dengan orang yang ingin membantu menjaga hak dan kepentingan mereka, jangan salahkan orang lain jika mereka menjadi hamba orang ditanah sendiri.

    BalasPadam
  4. anak2 felda sekarang dh pandai2 belaka, jadi org yg menipu pun kena pandai jugak, hihihihhiiii

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Isu Tanah Babitkan Orang Asli Semelai Tasek Bera Perlulah Ditangani Dengan Baik Kerana Bahang PRU-16 Kini Semakin Menghampiri

TEMERLOH : Isu berkaitan tanah  yang membabitkan masyarakat orang asli Semelai Tasek Bera perlu ditangani dengan baik oleh Kerajaan Pahang, ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.