PEKAN, 22 Dis - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Pahang (UMP) menggesa supaya krisis air di kampus UMP Pekan ditangani dengan segera. Yang dipertuanya, Muhamad Fazli Abdul Halim berkata, krisis gangguan air semakin meruncing dan sudah berlarutan ke minggu kedua. Bagaimanapun, katanya, tidak nampak sebarang tanda-tanda yang krisis tersebut akan berakhir. Menurutnya, krisis ganguan air ini dikatakan berpunca daripada tekanan air yang rendah akibat UMP Kampus Pekan mempunyai kapasiti pelajar sekitar 2,000 orang dan terpaksa berkongsi sumber air dari tangki di Kuala Pahang yang turut sama disalurkan kepada masyarakat sekitarnya. "Situasi ini cukup menyeksa dan menyukarkan urusan harian mahasiswa yang dalam masa yang sama ditambah dengan tekanan peperiksaan akhir semesta yang bakal berkunjung tiba. "Krisis ini juga turut menjejaskan pihak pengusaha kafeteria yang secara langsung menggangu pengoperasian dan urusniaga mereka dan menambah kesengsaraan mahasiswa dalam mendapatkan makanan," katanya dalam satu kenyataan. Menurut Fazli, masalah ganguan air itu bukanlah perkara yang baru, tetapi turut berlaku dua tiga tahun lepas di Kampus Gambang. Katanya, tindakan segera amat diperlukan terutamanya oleh Jabatan Bekalan Air Pahang bagi mengatasi masalah yang dihadapi mahasiswa bagi memudahkan urusan pembelajaran mereka di universiti itu. Sehubungan itu, kata Fazli, mereka memohon agar kebajikan pelajar di situ diberi perhatian dan tumpuan yang sewajarnya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Katanya, ia bertepatan dengan hasrat perdana menteri yang berazam untuk terus membangunkan Pekan, kawasan parlimennya, serta masyarakatnya dalam apa jua keadaan sepertimana ucapannya semasa Himpunan Anak-Anak Pekan Bersama Perdana Menteri di PWTC pada 19 Disember lepas. Selain itu, sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat mahasiswa yang dikenali sebagai Gerakan Mahasiswa Penggesa Air Kampus (GEMPAK) UMP. Ia dianggotai Majlis Perwakilan Pelajar, persatuan fakulti dan perwakilan kolej kediaman serta beberapa wakil mahasiswa yang terpilih, untuk menuntut penyelesaian segera krisis air di UMP Pekan oleh pihak yang berkaitan dan patut bertanggungjawab.PM Najib ketika melihat model Projek Green Tech UMP Pekan awal tahun ini
kini beliau harus datang lagi untuk lihat sendiri masalah air yang berlaku






JBA pahang? ptuih.. ptuih.. ptuih...
BalasPadamMB Tok Nan janganlah tamak nak eksport air ke SELANGOR dan BN lepas ni jangan asyik fikir projek LANGAT II untuk menghentam kerajaan negeri Selangor.
BalasPadamKALAU air di PEKAN pun tak terurus, janganlah berangan nak tunjuk pandai menghentam kerajaan Selangor yang kononnya tak pandai mengurus air !
KALAU spender sendiripun berlubang, jangan nak komen spender orang lain !!!Itulah kalau berMBkan bekas cikgu yang tak ada wawasan dan cuma nak memperkayakan diri,keluarga dan kroni!!!!!
Pekan??? Kwsan Najib tu kan? Jgn mimpi le nak elok aku ni pun duduk dlm kws Najib.... nak masuk talipon rumah pun tak leh pasal takde tiang...lampu jln lak tak de.. So mimpi le mahasisiwa nak dpt air psl mahasiswa nak kena ludah kena peMUDE umNOBRAIN... Najib sibuk jaga kws org lain je...
BalasPadamTinjauan rambang dilakukan, ramai kanak2 di Pekan mengalami gigi rosak akibat mandi dan meminum air paip di Pahang.
BalasPadammalunya aku sg. pahang yg begitu banyak air tuk tuk kat UMT tak ade air .... aku ingatkan pelajar UMT tu panggil Edisi Siasat TV3 baru cepat ada air macam kat Felda Bera dulu ...
BalasPadamSokong lagi UMNO/BN. Negara maju konon tahun 2020. Air asas keperluan rakyat pun gagal disediakan dengan baik. Binasa kau UMNO dengan semua komponen BN sekali.
BalasPadamKomponen BN lain wajar menyingkirkan UMNO. UMNO akan jadikan kamu semua alas kuburnya.
Beli beg tangan mahal boleh....beli cincin berlian mahal boleh....belanja untuk bagi air pada rakyat takboleh.....wei orang UMNO Pekan JANGANLAH JADI BODOH SAMPAI MASUK KUBUR !
BalasPadamNajib cakap "Alaa air Sg. Pahang tu kan ada"
BalasPadamaik main delete komen saya lak...nape YB mcm x suka je nak ke Pekan...
BalasPadamPara pelajar UMP dan staffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffnya..! Ayuh...demontrasi di bandar Pekan! jangan lepaskan peluang ini....air penting untuk basuh berak kita semua....jika tak selesai...kita berak tengah jalan sampai masuk bandar Pekan...!
BalasPadamhangpa xyah susah2..DEMOTRASI.PDO akan settlekan isu ini...kan dia nak bertanding kat sini...Hang bila nak mai sini PDO???? nak jugak saya joint minum Teh O sama2...MCMANA ISU AIR NI X SETTEL LAGI . HANG DAH PI TEMPAT NEGERI LAIN BERUCAP WAT PE...
BalasPadam