
KUALALUMPUR, 22 Dis - Parti Islam SeMalaysia (PAS) hari ini memutuskan untuk memanggil bekas Pesuruhjaya Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip untuk memberikan penjelasan berhubung beberapa isu berbangkit mutakhir ini yang dilihat membazir masa parti. “Penjelasan ini mesti dilakukan, supaya parti tidak lagi perlu membazir masa melayan pertikaian yang timbul akibat kecil hati terhadap sesuatu kesilapan yang kecil, ego berlebihan dan keengganan sesetengah pihak menerima keputusan parti dan jamaah,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) dalam satu kenyataan hari ini. Melihat situasi pilihanraya umum yang semakin hampir, PAS kata Tuan Ibrahim tidak akan bertolak ansur dalam sebarang sabotaj sama ada dari dalam mahupun luar yang mengganggu persiapan akhir parti. “Semua ahli mesti memainkan peranan sebagai team player untuk memastikan jamaah bergerak dalam keadaan baik dan harmoni. Seluruh tumpuan kerja mesti difokus kepada persiapan akhir ini daripada melayan karenah-karenah segelintir pemimpin yang ada berbeza pandangan terhadap dasar parti yang dijamin arahnya oleh Majlis Syura,” tegas Pesuruhjaya PAS Pahang itu dipercayai membalas kenyataan Hasan yang mempertikai dasar-dasar parti yang diputuskan muktamar dan Majlis Syura. Menggunakan media lawan milik UMNO, Utusan Malaysia, Hasan, yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat mempertikaikan dasar "Membangun Negara Berkebajikan" yang menjadi tema PAS sekarang ini. Bagi Hasan, PAS sepatutnya kekal dengan dasar negara Islam yang jadi perjuangan asal Parti Islam SeMalaysia.
Membalas hujah Hasan, Tuan Ibrahim menerangkan bahawa PAS ialah sebuah parti jamaah yang berdemokrasi, segala keputusan bukanlah keputusan individu tapi keputusan jamaah. “Apabila keputusan telah dibuat, dan Majlis Syura telah mengesahkan bahawa keputusan tersebut selari dengan dasar Islam, setiap ahli PAS perlu bergerak pada arah yang sama untuk membawa parti mencapai matlamat yang disasarkan dan memenangkan Islam,” tegas beliau. Dalam kenyataannya itu, Tuan Ibrahim turut mengingatkan ahli-ahli PAS kepada ungkapan apa yang ada ialah hari ini, yang lepas tidak akan datang kembali, yang depan tidak menentu lagi. “Oleh itu, pendamkan dendam, buangkan kekecilan hati, ketepikan kepentingan individu dan kembalikan fokus dan bergerak ke depan untuk memenangkan parti,” nasihat beliau.
[Dalam hal ini, kami melihat tindakan beberapa pemimpin PAS terutamanya Saari Sungip selaku Ketua Penerangan PAS Selangor adalah tidak wajar dan jadi penyebab isu ini sebenarnya. Apa motif beliau boleh umumkan seorang tokoh berpengaruh seperti Dr.Hassan Ali tidak terpilih sebagai calon pilihanraya umum akan datang?. Kemudian kenyataan itu diulas pula oleh Mustafa Ali?. Bukankah ini satu tindakan yang jelas sekali bertentangan dengan prinsip musyawarah parti Islam itu sebenarnya. Shaari harus faham bahawa pemilihan terakhir adalah terletak di tangan Presiden dan kepimpinan tertinggi PAS. Maka itu, beliau tidak wajar keluarkan kenyataan nama-nama siapa yang termasuk senarai atau pun tidak. Ini isu sebenarnya, soal Hassan Ali melenting atau tidak ia tidak menjadi masalah kerana siapa yang memulakan adengan ini. Apakah wajar Ketua Penerangan PAS Selangor itu mengeluarkan kenyataan sedangkan ia belum dimuktamadkan lagi oleh pimpinan tertinggi parti?. Sepatutnya para pemimpin PAS lebih faham situasi ini dan tidak mencetuskan kontroversi murahan seperti ini pada masa akan datang. Media arus perdana pula, memang menanti peluang untuk melaga-lagakan pihak yang berkenaan. Lantaran itu, kita tidak hairan isu ini kini hangat diperkatakan oleh semua pihak. Bukankah ia akan merosakkan nama PAS di hati rakyat].






Mcm budak tadika bercakap, kalau nak masuk umno masuk je lah..
BalasPadamjangan jadi LANGAU BRO...
Apakah dosa Hassan Ali kepada PAS,sehingga budak hingusan yg tidak mempunyai apa jasa pun pada PAS seperti anon di atas sanggup mencemuh Dr.Hassan Ali?.Sebenarnya kesalahan Dr.Hassan Ali ialah,beliau tidak mahu mengikut telunjuk DAP sebagaimana geng Khalid Samad dan Mat Sapu.
BalasPadamKemasukan Hassan Ali kedalam Pas pada tahun 1999 telah memberi lonjakan besar kepada Pas.Dalam p.raya 1999 Dr.Hassan telah memenangi dun dan juga Parlimen.Beliau bertanding di kawasan yg sebelumnya tidak di menangi oleh Pas,bukan seperti Mat Sabu hanya menang bila di beri tempat di Kelanatan kubu kuat Pas,bila balik ketempat sendiri,Mat Sapu tak pernah menang pun.Itu lah beza Hassan Ali dgn org lain.
Sekira nya Dr.Hassan keluar dari Pas,dan menyerang Pas seperti yg di buat oleh mereka yg keluar dari PKR,alamatnya Pas terduduk,kerana tidak ada muka dalam Pas yg boleh berhujah dgn Hassan Ali.
Ni sorang lagi Anon ..apa kau merepek ni Umngok..betul la kata Dato Mahfuz kalau tak setuju dengan majlis syura ....angkat kaki la.
BalasPadam