PETALING JAYA 20 Dis - PKR menemui bukti baru berhubung penyelewengan yang dipercayai dari wang peruntukan dari Projek Fitlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarga Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (foto). Bukti tersebut berhubung bukti-bukti pembelian sebuah kondominium mewah beralamat 7 Anthony Road, #14-24, Orchard Scotts, Singapore 229955 oleh keluarga Shahrizat pada 27 Januari 2010. Kondominium tersebut dibeli pada harga S$4,107,600 yang berkeluasan 2,282 kaki persegi, iaitu salah satu unit yang terbesar di bangunan kondominium mewah di tengah-tengah kota Singapura itu. Dalam sidang media semalam, Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata nilai pembelian tersebut dianggarkan bersamaan dengan RM9.9 juta pada kadar tukaran wang semasa urusniaga berlaku. Menurut Saifuddin, Carian rasmi menunjukkan ia didaftarkan secara bersama di atas nama Dato' Seri Mohamad Salleh Ismail (suami Shahrizat) dan dua anak mereka, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh. "Pendedahan ini melengkapkan dakwaan PKR sebelum ini bahawa dana dari NFC yang sepatutnya digunakan untuk membina industri daging negara telah disalurkan kepada syarikat-syarikat peribadi milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil seperti NMLC dan RFC. "Lebih teruk lagi, wang dari syarikat-syarikat seperti NMLC dan RFC kemudiannya disalurkan pula ke syarikat-syarikat milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil di Singapura iaitu Meatworks (Singapore) Pte Ltd dan Global Biofuture Pte Ltd yang jalankan operasi perniagaan tidak ada kena mengena dengan tujuan bantuan dana kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC." kata Saifuddin Nasution kepada pihak media pagi semalam.
Meatworks (Singapore) Pte Ltd dilaporkan menjalankan perniagaan restoran mewah di Singapura, sementara Global Biofuture Pte Ltd pula menjalankan perniagaan perdagangan minyak dan ternakan. Sebelum ini, PKR membongkar pembelian dua kondo mewah di One Menerung yang didaftarkan di atas nama syarikat National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd iaitu syarikat yang juga dimiliki oleh keluarga Shahrizat. Selain itu turut dibongkar berhubung dana berjumlah RM 3,363,507 telah disalurkan melalui National Meat and Livestocks Corporations Sdn Bhd (NMLC) oleh NFC untuk membeli dua bidang tanah di Presint 10, Putrajaya di tapak PT 1886 dan PT 1887. Dalam sidang media tersebut PKR menyeru supaya PM Najib Razak ambil tindakan segera bekukan kesemua akaun bank dan perbelanjaan NFC serta syarikat berkaitan yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat, sementara siasatan yang lebih telus dan serius dijalankan. Sidang media itu turut dihadiri oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dan juga Ketua Wanita PKR iaitu Zuraidah Kamaruddin.

Bukti kukuh, dokumen yang menunjukkan ahli keluarga Syarizat Jalil
terlibat secara langsung projek NFC yang dipengeruskan ayahnya
[Sungguh menghairankan, bilamana bukti lengkap seperti ini sekali pun masih ramai ahli UMNO yang tidak percaya malah masih mengganggap Sharizat Jalil seorang ketua yang berwibawa. Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya, sedangkan semua pihak tau bahawa syarikat yang diamanahkan untuk menjalankan projek NFC itu telah jauh menyeleweng. Malah, tergamak melantik sebuah syarikat yang mana semua anak-anaknya menjadi Pengarah. Mana mungkin Sharizat boleh kata di tidak terlibat dengan isu tersebut kerana NFC diuruskan oleh suaminya. Orang lain mungkin Sharizat boleh perbudak-budakkan, namun kini beliau harus sedar bahawa gelombang kebangkitan, kewangan bukan ditentukan oleh calon tersebut tetapi rakyat yang menentukanya. Banyak lago pembongkaran akan dilakukan dalam masa terdekat ini. Semoga semua rakyat dapat menyedarkan rakyat tentang betapa teruknya Sharizat Jalil].

Bukti kukuh, dokumen yang menunjukkan ahli keluarga Syarizat Jalil
terlibat secara langsung projek NFC yang dipengeruskan ayahnya
[Sungguh menghairankan, bilamana bukti lengkap seperti ini sekali pun masih ramai ahli UMNO yang tidak percaya malah masih mengganggap Sharizat Jalil seorang ketua yang berwibawa. Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya, sedangkan semua pihak tau bahawa syarikat yang diamanahkan untuk menjalankan projek NFC itu telah jauh menyeleweng. Malah, tergamak melantik sebuah syarikat yang mana semua anak-anaknya menjadi Pengarah. Mana mungkin Sharizat boleh kata di tidak terlibat dengan isu tersebut kerana NFC diuruskan oleh suaminya. Orang lain mungkin Sharizat boleh perbudak-budakkan, namun kini beliau harus sedar bahawa gelombang kebangkitan, kewangan bukan ditentukan oleh calon tersebut tetapi rakyat yang menentukanya. Banyak lago pembongkaran akan dilakukan dalam masa terdekat ini. Semoga semua rakyat dapat menyedarkan rakyat tentang betapa teruknya Sharizat Jalil].






INILAH satu lagi bukti bagaimana pemimpin umno yang kononnya berjuang demi rakyat. Pemimpin memperlembukan politik untuk kekayaan diri dan keluarga.
BalasPadamRAKYAT yang menyokong turut diperlembukan yang kononnya pemimpin UMNO begitu telus berpolitik demi agama, bangsaa dan negara.
LEBIH TRAGIS apabila rakyat tidak tahu sebenarnya pemimpin UMNO selama ini berpolitik untuk memenuhkan kantung masing2. Orang2 kampung dan FELDA yang rata2 tidak berpendidikan tinggi sekali lagi diperbodohkan dengan perjuangan pemimpin UMNO yang kononnya 'hanya untuk kesejahteraan rakyat'.
KENAPA pemimpin UMNO yang lain tidak berani mendedahkan salahlaku Sharizat ini ?
JAWAPANNYA UMUM tahu para pemimpin umno lain juga mempunyai projek tak kurang besarnya berbanding Sharizat.
INILAH jadinya bila rakyat terus memberi undi kepada 'perompak2' yang antara mereka bersekongkol membaham kekayaan negara.
PRU13 NANTI, rakyat akan bangun mencampakkan para perompak yang tak amanah ini ke lembah yang paling bawah. JANGAN ingat rakyat sentiasa mudah DIPERLEMBUKAN...
LIHAT SAHAJA bagaimana TAIB MAHMUD memperkosa kekayaan bumi Sarawak semahu-mahunya. Perhatikan bagaimana ADNAN YAACOB membahagi-bahagikan kekayaan negeri kepada diri.keluarga dan kroni...
RAKYAT mahu PAKATAN RAKYAT memerintah dengan dasar mesra rakyat dan tidak menjadikan politik sebagai LEMBU TONGGANGAN untuk merogol dan memperkosa hak rakyat...
Penganut UMNO memang jenis bahalul. Mudah diperbodohkan oleh pemimpin sendiri. Mereka dapat kuah pemimpin dapat lauk.
BalasPadamPM sokong XPM = Penyamun sokong penyamun.
BalasPadamKekayaan yang sebeginilah yang sangat di diperjuangkan olih pemimpin pemimpin Umno,setiap mereka ada habuan dari sang pemerintah, inilah masanya untuk mengumpul harta dan kekayaan dari hasil titik peloh rakyat dan pembayar cukai. Kita humbankan puak puak ini dalam PRU13.
BalasPadamEzam tak payahlah nak berkokok lebih2. Yang engkau dulu semasa bersama PKR kata ada simpan 10 kotak rahsia kebobrokan kerajaan apa macam? Mana kotak2 tu.Engkau pernah bersumpah di hadapan hadirin yang aku turut ikuti,berjanji tidak akan keluar dari PKR !Apa hal?????
BalasPadamUmum tahu engkau keluar kerana masalah kewangan yang menghimpit!!! Memang UMNO berjaya jinakkan engkau dengan duit dan title 'SEKOTOR'.
Soal sumpah2 tu elok engkau tanya ustaz apa hukumnya bersumpah laknat? Bila dibenarkan mengikut Islam, bukan mengikut Nalakurapan atau Soi Lek !!!
Kalau semua permasalahan negara cukup hanya bersumpah, tak perlu lagi mahkamah. Pemimpin UMNO/BN berduyun-duyunlah bersumpah TAK CURI BALAK HAK RAKYAT, bersumpah tak ambil komesyen kapal selam,Taib Mahmud bersumpah tak baham kekayaan Sarawak untuk diri dan keluarga! Adnan Yaakub bersumpah tak curi balak dan hasil perlombongan di Pahang.......SENANGKAN.... Lepas mencuri, bersumpah tak buat !!!!
Jangan TERKANTOI macam sumpah Najib semasa kempen PRK Permatang Pauh yang dia bersumpah tak pernah jumpa dan kenal Altantuya sudahlah... Akhirnya di Mahkamah Prancis, sepupu Altantuya tunjukkan gambar NAJIB semeja dengan ALTANTUYA........
siapa yang malu ????? Rakyat Malaysia SATU Malaysia juga yang tumpang malu....
"Saya hanya isteri kepada Pengerusi NFC" tiada kena mengena dgn NFC .......hahahahaha...lawak...lawak...!!
BalasPadamCelaka sungguh rakyat Malaysia kalau masih sokong BN...
BalasPadamBERBIBAWA LAH TUUUUUUUU..............
BalasPadamBoleh dan mampu mengambil peluang...
Boleh dan mampu mengawal otak lembu2 peliharaan...
Boleh dan mampo mengelak dari diambil apa2 tindakan...
Boleh dan mampu...aah...macam2...
Cekap putar alam...
Tak BERBIBAWA lagi ke??????????????