SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAF ZAHIR BATIN DARIPADA KREW PENERBITAN PAHANG DAILY ONLINE

Panas: "Azan Ismail" Tidak Perlu Melenting Andai Desas-Desus Dia Tidak Tersenarai Jadi Kenyataan

Panas dibuatnya apabila desas desus nama Ahli Parlimen Indera Mahkota, YB Azan Ismail (foto) tidak tersenarai sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak lama lagi. Sebenarnya "khabar angin" berkenaan isu ini bukanlah provokasi yang sengaja ditimbulkan oleh mana-mana pihak sebenarnya. Memang nama Azan Ismail agak merudum selepas beliau meninggalkan jawatannya sebagai Ketua Cabang PKR Indera Mahkota untuk menjadi Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Terengganu. Biar pun, mungkin tindakan itu adalah atas arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR sendiri. Namun ramai pihak yang berpendapat, Azan sepatutnya tidak berpindah ke Terengganu. Soalnya, kenapa beliau rela kembali ke negeri asalnya, sedangkan dia sepatutnya kekal di kawasannya (Indera Mahkota). Akibatnya, kini ramai yang mengatakan kerusi parlimen Azan itu mungkin boleh dirampas semula oleh BN kerana rakyat di kawasan terbabit kecewa dengan tindakan beliau yang jarang "turun padang" sejak beralih ke Terengganu. PKR kemudiannya melantik bekas Pengerusi PKR Pahang, Zakaria Abd Hamid sebagai Penyelaras Parlimen Indera Mahkota. Sementara itu Naib Ketua PKR Cabang Indera Mahkota, Lee Chean Chung pula dilantik sebagai Pemangku Ketua Cabang menggantikan Azan. Pemergian Azan jelas sekali mengecewakan sebahagian besar rakyat terutamanna pengundi beliau pada PRU-12 lalu. Mereka kecewa kerana Azan tinggalkan Indera Mahkota dalam keadaan khidmatnya masih diperlukan. Kelibatnya jarang sekali dilihat dalam apa jua program anjuran PKR hatta ceramah umum sekali pun, melainkan jika ada program yang melibatkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Paling parah, Azan jarang-jarang dilihat turun bersama rakyat membantah projek kilang "kontroversi" Lynas walau pun ia terletak di kawasan parlimennya.

Azan Tidak Perlu Terkejut Andai Tidak Jadi Calon


Nama Azan di Trengganu juga sedikit tercemar akibat krisis dalaman dengan pimpinan PAS. Tindakan Azan yang mangugut dan mahukan kerusi lebih dari apa yang ditawarkan oleh PAS jelas sekali mengecewakan pimpinan PAS di Terengganu. Malah, ia lebih mengejut lagi apabila Azan mendakwa PKR umpama peminta sedekah dalam urusan mahukan kerusi yang lebih di negeri tersebut. Nama Azan semakin panas apabila dia secara terbuka mengumumkan sedia bertanding atas tiket DAP dalam satu majlis anjuran parti itu di Kuantan baru-baru ini. Tindakan tersebut mengecewakan Anwar dan yang lainnya. Azan seolah-olah merasakan namanya akan terpinggir lantaran itulah membuat pengumuman yang cukup memalukan dihadapan Pengerusi DAP sendiri iatu Lim Kit Siang. Maka itulah, nama Azan dikatakan bakal digugurkan dari senarai calon akibat keceluparan dirinya sendiri. Krisis antara beliau dengan Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang) pun masih tidak selesai hingga ke hari ini. Lantaran itulah, desas desus mengatakan namanya tiada dalam senarai bukanlah omongan kosong sebenarnya. Namun anehnya, Azan dalam satu kenyataan yang disiarkan di akhbar Sinar Harian hari ini mengatakan dia tidak terkejut dengan khabar angin berkenaan dan menganggap ada pihak yang cuba mencari publisiti murahan. Menurutnya, dia tidak pasti apa tujuan sebenar desas-desus itu dikeluarkan dan tidak berasa tergugat dengan berita tidak benar itu. “Senarai nama calon belum ditentukan dan berita itu sengaja direka-reka serta perkara ini timbul disebabkan mereka yang tidak mempunyai kredibiliti. Saya tidak terkejut, sebaliknya gembira apabila ada yang memberi tumpuan kepada pemilihan calon dalam parti,” katanya bagi mengulas berita dikeluarkan oleh sebuah akhbar yang mendakwa pihak kepimpinan akan menggugurkan beliau untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

[Apa yang pasti, PKR kini menghadapi masalah untuk menentukan siapakah calon yang berpotensi untuk menggantikan Azan di Parlimen Indera Mahkota sekarang. Awalnya, nama Penyelarasan parlimen tersebut, Zakaria Abd Hamid (Zek) meniti dibibir penyokong PKR. Malah beliau juga telah dipercayai telah mula membuat gerak kerja turun padang bertemu rakyat di kawasan terbabit. Namun, selepas ini nama anak perempuan pemimpin wanita PKR Shamsiah Ismail (Murni) pula dicanangkan. Kini, desas-desus panas mengatakan kerusi yang ditinggalkan oleh Azan itu akan menjadi rebutan antara Lee Chean Chung (Pemangku Ketua Cabang) dengan Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi Negeri). Jika jalan penyelesaian tidak dapat dicapai maka amatlah dikhuatiri kerusi Parlimen Indera Mahkota akhirnya jatuh semula ke tangan BN pada PRU-13 ini. Difahamkan, Lee Chean Chung menjadi pilihan Azmin sementara itu Dato' Fauzi pula Anwar sendiri. Soalnya, siapakah yang bakal terpilih?. Kini segalanya terletak di atas kebijaksanaan pimpinan tertinggi PKR untuk menentukannya. Senario ini pastinya memberi kelebihan kepada UMNO BN. Jika percaturan soal calon mereka mengena, maka PKR bakal berputih mata akibat kehilangan kerusi tersebut. Apapun, rakyat yang menentukan].

8 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

PKR memang parti kian runtuh, kian mereput!

Anonymous said...

PKR TEGUH,PKR MAJU, PKR SEBUAH PARTI BERBAGAI KAUM, KINI BERJAYA DI PERSADA MATA RAKYAT. HANYA UMPORNO YG TAK PANDAI MENILAI KELEBIHAN ORANG. SELAMA LEBIH 50 TAHUN BERNAFAS DAN KINI UMNOTUYA DAN MEREPUT DAN TIDAK MENGHASILKAN ORANG CERDIK DALAM PARTI . kATA KATA DARI MUR SHIT UL, AM MAHATHER. HIDUP PKR, PAS DAN DAP. PASTI RAKYAT TERUS MENGUNDI PR. MEREPUT LAH umporno. kesian dia.

Anonymous said...

Teramatlah meLUCUkan, meMUAKkan, memBOSANkan dan MENYEDIHKAN untuk melihat pembangkang meLATAH, meRACAU, meRAPU mengajuk, merapik dan mengulang hanya satu ayat yang sama.. 'BN TIDAK BAGUS DAN YANG BAGUS ADALAH PEMBANGKANG DALAM SEMUA DAN SEGENAP HAL' selama lebih 50 tahun. Namun fakta dan hakikatnya BN terus mendapat sokongan padu rakyat sepertimana dalam siri PRK Hulu Selangor, Tenang, Kerdau, Merlimau, Batu Sapi, Galas dan PRN10 Sarawak lepas.

Hanya satu KEJAYAAN BESAR pembangkang yang boleh 'dibanggakan' adalah meracuni, menghasut, memperTIKUS dan memperLEMBUkan minda orang-orang seperti anon Saturday, June 16, 2012 5:18:00 PM. Kita cuma berharap semoga makhluk seperti anon Saturday, June 16, 2012 5:18:00 PM ini menjadi BODOH dan BACUL bukan kerana dia dilahirkan dan dididik oleh seorang ibu/bapa yang juga sama terencat akalnya.

Anonymous said...

sedara puashati kah bila kita memperbodoh dan membaculkan orang dgn membabitkan ibu bapa, bagaimana kalau membabitkan ibu bapa anda, mereka tidak berdosa dan tidak terbabit dlam membincangkan dan hujjah dlm ruangan ini, jadi lah seorang yang berlapang dada, guna lah ayat secara berhikmah, memang anon ke2, melepaskan geram tapi tidak menyentuh kewibawaan ibu bapa anda, mungkin bapa anda yg terbaik adalah mahathir, jaga dan ampulah sepuas tapi saya seorg yg selalu dan sering membaca perdebatan anon anon di ruangan ini sudah mengenali tulisan anda yang kaki Ampu dan bodek Tanpa menyusuri Fakta, kesian ANON 5.18pm. sabar lah biar lah anon 8.01 dengan persepsi. InsyaAllah akhir nya beliau pada masa akan datang akan menyokong PR. mari lah kita sama sama mendoakan nya. InsyaALLAH.

Anonymous said...

TOLAK PEMIMPIN SUKA BERBOHONG

KENINGAU 16 Jun - Rakyat diingatkan supaya jangan sesekali melupakan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berada dalam kerajaan dahulu yang hampir-hampir menggadaikan kedaulatan negara ini kepada Dana Monetari Antarabangsa (IMF) semasa krisis kewangan 1997.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan pada masa itu amat bernasib baik kerana keputusan tegas yang diambil oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad berjaya menyelamatkan negara daripada terjerumus dengan situasi sukar.

"Anwar yang ketika itu menjawat jawatan Menteri Kewangan sanggup untuk menyerah negara kepada IMF, namun dengan ketegasan Tun Mahathir yang yakin dengan kemampuan dan idea sendiri untuk menghadapi situasi tersebut, maka negara terselamat daripada menjadi mangsa kepada kebuntuan idea beliau," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Pusat Kraftangan Sabah yang bernilai RM30 juta di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal serta Ahli Parlimen Keningau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Najib memberitahu, Anwar boleh menuduh apa sahaja kepada kerajaan, namun rakyat perlu menilai kembali tindakan yang pernah beliau cuba lakukan kepada negara ketika berhadapan situasi sukar itu.

"Rakyat jangan lupa cubaan itu (IMF), sebaliknya perlu jadikannya sebagai satu perhitungan bijak dalam menilai kredibiliti seseorang pemimpin.

"Anwar juga selain suka berjanji dengan perkara yang tidak pasti dan bercakap bohong, banyak 'benda lagi' yang dia sendiri tidak dapat menafikannya.

"Bolehkah kita memaafkan orang yang suka berbohong kepada rakyat? Oleh itu, rakyat perlu menilai seseorang pemimpin dari sifat kepimpinannya, kemampuan beliau dan nasib masa depan negara.

"Satu lagi pembohongan besar beliau adalah pada 16 September 2008 yang menyatakan mahu mengambil-alih negara daripada pemerintahan kerajaan Barisan Nasional apabila 30 Ahli Parlimen bersedia untuk bersamanya, sekali gus merampas kerajaan sedia ada," kata beliau.

Anonymous said...

PDO, sy stiasa mengikuti artikel dan juga isu2 terkini yg saudara paparkan juga pandangan2 peribadi tentang saudara Azan Ismail.secara peribadi sy bukan penyokong tegar Azan Ismail tetapi adalah penyokong utama Pakatan Rakyat,sy percaya saudara PDO melalui tulisan2 atau artikel2 sebelum ini jelas membenci atau memusuhi YB Azan Ismail atas kepentingan peribadi atau kemahuan juga kepentingan pihak lain.Saudara menyerang Azan Ismail seolah2 beliau langsung tidak membut kerja,tidak layak menjadi YB dan juga ingin melaga2kan beliau dgn Datuk Seri Anwar dan kepimpinan Pas di Pahang dan Terengganu.Byk perkara yg saudara lakukan dengan menulis artikel menyerang saudara Azan Ismail sbnrnya mendedahkan sikap dan kepentingan org lain dgn menggunakan ruangan PDO saudara dgn niat membunuh karekter Azan Ismail.maaf sbnrnya usaha saudara hampir tidak berjaya setakat ini tetapi dalam dunia politik mesti ada penulis upahan,penyokong taksub dan juga pengkritik,Salam.

Anonymous said...

azan ni tak pernah menepati janji....kata nak bagi sumbangan pada taman kg pdg jatperumahan aku, tapi penipu...call balik tak berangkat....kalau angkat pon katalah janji macam2...tunggu balik dr terengganulah...pui...penipu...aku sokong pakatan rakyat...tapi kalau azan ni....sori....aku pengundi indera mahkota....pengerusi

Anonymous said...

Heran ya, CMK ni kerjanya tak habis-habis menghentam YB Azan. Saudara Syukri, awak tak pernah tengok ke sidang parlimen? Kerja YB Azan sebagai ahli parlimen ialah membawa isu rakyat dan bahas di Parlimen. Awak jaki gamaknya sebab tengok YB Azan tu lantang dan cemerlang di Parlimen. Cerminlah diri awak tu Syukri. Penulis picisan yang hanya tahu menabur fitnah. Tak habis-habis dengan fitnah. Awak ni seorang manusi yang tak bersyukur dengan nikmat tangan dan akal yang tuhan berikan pada awak. Awak gunakan tangan awak, burukkan orang. Awak tak fikir ke awak akan mati, sanggup ke awak nak jumpa Tuhan awak dengan begitu banyak dosa memfitnah dan mengutuk orang? Jangan ingat awak muda awak tak mati, bila-bila masa saja awak boleh dijemput. Mana tau, tengah-tengah berbuih mengutuk dan mefitnah orang awak disambar petir. Jawablah soalan kubur tu sampai berasap. Mungkin awak rasa awak kebal dan tak lot dek neraka, tak apalah, tunbggu bila awak masuk kubur nanti. Bertaubatlah Syukri, jadi-jadilah dengan angan-anag nak jadi YB, tak ada orang yang teringinkan pemimpin macaM AWAK. Kesian kat diri awak tu.

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]