Pahang Daily Online (PDO) ingin memaklumkan bahawa Blogger Cucumatkilau (foto) tidak lagi berkhidmat dengan portal panas ini mulai 1 Oktober 2012 yang lalu. Ini kerana beliau terpaksa menumpukan sepenuh perhatiannya kepada "Radio Internet Paling Pedas Dalam Dunia" Cili.FM yang kini semakin mendapat perhatian rakyat Malaysia sekarang ini. Maka itu PDO merakamkan ucapan penghargaan di atas segala sumbangan beliau sejak penubuhan blog ini sejak empat tahun yang lalu. Semasa berkhidmat dengan PDO beliau telah banyak menyumbangkan artikel panas berkaitan politik tanahair termasuk isu-isu rakyat di Kuantan khasnya dan negeri Pahang amnya. Semasa bersama PDO, beliau juga telah bertanggungjawab dalam urusan pengiklanan dan berjaya menaikkan nama blog ini setanding dengan blog-blog yang lain di negara kita. Malah, hits pelawat ke blog ini hampir mencecah empat juta sejak ditubuhkan pada 31 Ogos 2008 yang lalu. Malah, rating PDO terus meningkat dari masa ke semasa sehingga berjaya menarik ribuan pembaca setiap hari ke blog ini. PDO merakamkan ucapan tahniah kepada beliau atas penubuhan radio internet Cili.FM yang dilihat berjaya memberi harapan baru buat rakyat untuk mendapatkan hiburan dalam konteks yang cukup berbesa daripada semua radio yang ada di negara kita selama ini. Semoga, masa depan dan karier beliau akan bertambah cemerlang dengan Cili.FM hendaknya selepas ini. Dalam pertemuan terakhir dengan beliau di Putrajaya baru-baru ini, dia beberapa kali melahirkan hasrat untuk meningalkan PDO kerana tidak dapat menumpukan dua kerja dalam satu-satu masa. Kami menghormati keputusan tersebut dan menganggap ia satu cabaran kepada PDO untuk mendapatkan blogger serta wartawan baru bagi meneruskan cabaran blog ini di masa-masa yang akan datang. Walau bagaimana pun PDO masih mempunyai beberapa orang lagi penulis dan wartawan yang dilihat mempunyai potensi untuk diketengahkan selepas ini. Akhirkata, semua krew PDO mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau atas segala jasa dan sumbangannya kepada PDO selama ini. Syabas buat djcmk@shukrie!.
[Difahamkan sejak bersama Cili.FM, radio internet tersebut telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkkan daripada rakyat Malaysia seantero dunia. Ini kerana, cara pendekatan yang diperkenalkan di mana siaranya lebih telus dan adil untuk rakyat telah berjaya menarik perhatian pendengar. Malah, pemilihan lagu dan isu-isu semasa serta isu rakyat yang dibawa juga merupakan satu kelainan yang tidak ada pada radio lain di negara kita. Tidak cukup dengan itu Cili.FM juga diselitkan dengan tazkirah dan kuliah oleh Ustaz Azhar Idrus setiap kali masuk waktu Zohor. Disamping itu juga penyiaran lagi perjuangan dan ketuhanan ketika beliau ke udara juga menambat hati pendengar. Blogger Cucumatkilau kini mengendalikan rancangan Pedas di Cili.FM setiap hari mulai jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang. PDO juga turut mempromosikan radio ini di mana pembaca hanya perlu klik pada butang "play" yang disediakan untuk mendengar siaran tersebut secara langsung. Semoga radio internet Cili.FM akan terus gah di persada maya selepas ini hendaknya. Salam Perjuangan].