script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Gara-Gara Terlibat "Projek" Pembangunan Meragukan, Wang KWSP RM30.43 Juta Kini Lesap

KUANTAN, 19 Okt - Pakatan Rakyat Indera Mahkota hari ini mempersoalkan tindakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melibatkan diri mereka dalam satu projek pembangunan meragukan dengan Malaysia Building Society Berhad (MBSB) dekat sini. Menurut kenyataan pihak terbabit mereka mendapati proses penganugerahan, pembinaan dan pembayaran terhadap projek Bandar Indera Mahkota itu penuh dengan unsur rasuah dan penyelewengan. Difahamkan, projek perumahan ini dirancang oleh KWSP secara usaha sama dengan MBSB. Projek diluluskan oleh Panel Pelaburan KWSP pada bulan Ogos 1993. Sebanyak 1,151 unit pelbagai jenis rumah telah dirancang dalam 4 fasa untuk disiapkan dalam tempoh 2 tahun bagi setiap fasa. Semakan Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendapati bahawa pemaju MBSB (melalui syarikat subsidiari) telah gagal menyiapkan projek perumahan yang dirancang. Pemaju hanya menyiapkan 720 unit rumah iaitu 62% daripada 1,151 unit rumah dalam tempoh 6 tahun iaitu dari tahun 1995-2001. Selain itu, laporan juga menyebut sebanyak 97 unit rumah di fasa 2 iaitu 19 unit rumah kedai dan 78 unit rumah teres dua tingkat bernilai RM17.58 juta tidak dapat dijual. Lapor kenyataan itu lagi,  KWSP meluluskan penyelesaian tuntutan oleh MBSB sebanyak RM5.64 juta untuk bayaran Fasa 3 dan 4 projek tersebut. Sebenarnya, Jabatan Undang-undang berpendapat KWSP tidak terikat dengan projek perumahan Fasa 3 dan 4 dan maka tidak perlu dibayar. "Disebabkan penamatan perjanjian, KWSP kena bayar RM2.51 juta bagi Fasa 1B. Malah KWSP juga  tidak memasukkan terma denda atas kelewatan. KWSP telah lewat meluluskan baki tuntutan MBSB pada bulan Jan 2004 menyebabkan KWSP akhirnya dikenakan faedah  kelewatan berjumlah RM4.7 juta", kata kenyataan tersebut.

[Mengikut pengiraan pihak terbabit, hanya perkara kerugian faedah atas kelewatan, adalah bersamaan dengan yang RM4.7 juta, ataupun kira-kira RM9,650 sehari, RM289.5 ribu sebulan. Kami berpendapat bahawa disebabkan kecuaian/kesilapan KWSP, jumlah kerugian yang ditanggung oleh KWSP serta para pencarum KWSP adalah setinggi RM30.43 juta. Persoalannya, mengapakah kesilapan tersebut boleh berlaku dan tidak dijalankan sebarang siasatan, siapakah yang memanfaat daripada projek tersebut, dan pihak manakah yang harus bertanggungjawab atas kesilapan itu? Oleh itu, mereka mendesak Lembaga Disiplin dan Tatatertib KWSP serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya memulakan siasatan atas penyelewengan tersebut bagi menegakkan keadilan bagi 11.4 juta pencarum KWSP! Mereka juga menganggap seruan di atas adalah munasabah selari dengan arus dunia moden hari ini yang mengetengahkan prinsip kepertanggungjawaban (Accountability). Jika tindakan yang begitu mudah juga tidak dapat dipenuhi, apa lagi yang rakyat boleh tuntut?. Soalnya sekarang apakah pencarum KWSP harus berdiam diri atas senario yang berlaku ini. Ada pihak sewenangnya mengaut keuntungan dengan projek itu. MBSB dipercayai merupakan anak syarikat KWSP, namun sikap segelintir pihak yang ambil kesempatan inilah yang perlu dihindari. Jika tidak, lama kelamaan habis wang KWSP itu dibuatnya].
Share:

3 ulasan:

  1. Hai kalau pada tahun 1993 tu aku masih berkhidmat dalam swasta lagi tu ,patutlah waktu aku nak keluarkan wang caruman macam-macam kerenah,kenapa dah selepas 28tahun perkara sebigini timbul,apakah sebelum ini semua pehak atas perasuah dan mudah meluluskan sesuatu peruntukan tanpa dikaji.

    BalasPadam
  2. Amende ni bro, fakta lu tulis rugi tp yang kat Audit Negara kate lain plak… “Pada pendapat Audit, prestasi pelaburan hartanah KWSP adalah baik dengan pelaburan hartanah terkumpul berjumlah RM2,238.55 juta dan memperoleh pendapatan pelaburan berjumlah RM27,235.29 juta iaitu lebihan sejumlah RM3,171.76 juta” …Aku harap sangat korang dapat buat check and balance la or at least study skit paper tu. Calculation mane tah korang pakai . Xde plak yang aku jumpe kate rugi sampai RM30.43 juta yang aku jumpe KWSP dijangka akan memperoleh anggaran keuntungan RM8.3 juta. Next time bace bg perhabis..baru la artikel you fair and square…kepada yang lain bace le laporan ni untuk mendapatkan maklumat yang lebih telus.
    http://www.intosaiitaudit.org/audit/LKAN_BBP/LAPORAN%20KETUA%20AUDIT%20NEGARA%202011%20-%20PENGURUSAN%20KEWANGAN%20&%20AKTI.pdf

    Just remember la make an effort to study first. Ni xde takat copy and paste mmg senang pastu ko taram ayat mcm2..Ubah title bagi catchy so that byk orang like iklan kat blog ko… Ingat Check and balance

    BalasPadam
  3. Orang meniage bang..semua untung..mender macam nie patut ader civil hearing..common law mesti ader..tak perlu suruhanjaya di royak perabis duit jer..kwsp duit semua org ramai..semua persatuan- persatuan berkepentingan dgn lawyer lantik wakil pergi civil hearing..OFF politik..nie duit kiter semua,dok kire sokong maner2..bukak satu project kwsp kat pahang nie sajer..be raper habis..nota perbelanjaan detail..pastu takwil..end result..saper yg bahang kene Dakwa selepastu..Peyer bagi PO atas atau bayar Atas sebab aper semua kene...NI samer jer corporate@ keparat mindset..tvx hutang braper juta?kalau setiap taun declare rugi,marah la org..letak bawah satu group yang besar..semua masuk skali and ader satu suratkhabar untung gile Babi,declare untung kecik..jadi satu group untung ...Haram zade,yg kerje separuh mati target kompeni untung Lebih bayar bonus Lebih jadi kurang sebab,satu kumpulan untung surut..tanggung yg rugi..yg penting semua nampak untung..:)

    Politician Dok tau kale,ader SE group( think tanker org panggil) makes money Atas kegagalan org Laing..Dok cayer anda semua akan lihat pader syarikat terbang negara nanti..guane nak buat set2 ni Akan propose.

    -IM-

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Hasil Sektor Perhutanan Pahang Mencecah Kira-Kira RM80 Juta Setakat Bulan Ini, Sasaran Kutipan RM150 Juta Menjelang Akhir Tahun

LIPIS: Hasil sektor perhutanan Pahang mencecah kira-kira RM80 juta setakat bulan ini sekali gus meletakkan kerajaan negeri optimis sasaran k...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.