[Pengerusi DAP, Karpal Singh memberi amaran kepada bekas Naib Pengerusi parti itu, Tunku Aziz Tunku Ibrahim supaya menghentikan serangan terhadap DAP atau beliau akan diheret ke mahkamah.
"Beliau benar-benar sudah hilang kawalan. Saya telah memerhatikannya dengan teliti.
"Kepimpinan DAP rasa cukup bersalah kerana membuat penilaian yang salah dan memberikan keahlian kepada Tunku Aziz malah melantiknya sebagai Naib Pengerusi.
"Dia bukan sahaja tidak bersyukur tetapi oportunis," katanya pada sidang media di Jalan Gangsa di Green Lane pada Ahad.
Tunku Aziz mengumumkan keluar daripada DAP pada Mei tahun lepas.
Menurut Karpal walaupun Tunku Aziz tidak membuat serangan peribadi terhadapnya, namun tindakan Tunku Aziz menyerang parti itu secara bertubi-tubi dianggap melampaui had.
Ditanya bagaimana Tunku Aziz akan didakwa di mahkamah, Karpal berkata ia bergantung kepada kenyataan pemimpin itu. "Bawa beliau ke mahkamah perkara terakhir yang akan dilakukan," katanya]. #sumber
Trailer lorry driver released on police bail after fatal Karak highway crash
-
The 40-year-old man tested positive for methamphetamine and is being
investigated for causing death while driving under the influence.
12 jam yang lalu






Tiada ulasan:
Catat Ulasan