Jutawan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan didakwa telah membuat pelaburan sebanyak RM3 bilion untuk membina pusat kasino kedua terbesar di negara ini pada masa akan datang.
Dalam satu laporan yang dipetik dari the Business Times in Malaysia, pihak berkuasa telah pun meluluskan pelan pembangunan kasino tersebut.
Menurut Vincent, beliau sudah pun merancang untuk memohon lesen operasi bagi pusat kasino di sebuah resort yang dimiliki oleh Berjaya Corporation iaitu Berjaya Hills, Pahang. Beliau merupakan pemegang saham terbesar Berjaya Corporations iaitu sebanyak 23.03 peratus saham.
Menurutnya lagi, pembukaan pusat kasino di Genting Highland mencatatkan keuntungan sehingga RM1.4 bilion hanya pada suku pertama tahun ini. Pihak Berjaya Corporation walau bagaimanapun gagal dihubungi untuk pertanyaan lanjut buat ketika ini. #sumber








ya, mereka sudah berjaya !!!!
BalasPadamya...berjaya hanya didunia..
BalasPadamya, BERJAYA memperbodohkan kerajaan BN Pahang....duit haram !!!
BalasPadamKITA SEMUA PERLU TAUBAT..NI SEMUA SEBAB AMALAN AGAMA KITA YANG LEMAH..DAN AKHIRNYA MAKSIAT DAN KEMUNGKARAN BERMAHARAJA LELA..TGK MASJID KITA SDN LA BAGAIMANA..MASJID BESAR JEMAAH SEBARIS SAJA..
BalasPadam