script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Wan Rosdy Tegur Tindakan MIC Hadir Himpunan Bersatu, Hati-Hati Kerana Ia Di Anggap Jejaskan Perpaduan BN

KUANTAN: UMNO menegur tindakan MIC yang menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) baru-baru ini kerana dianggap boleh menjejaskan perpaduan Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, langkah pemimpin MIC itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakan komponen BN, khususnya UMNO, memandangkan hubungan antara BN dan Bersatu mempunyai sejarah serta cabaran tersendiri.

“Jemputan Bersatu kepada parti-parti komponen BN untuk hadir ke perhimpunan mereka jelas mempunyai implikasi tertentu yang boleh menjejaskan perpaduan dalam BN.

“Justeru, adalah amat penting bagi kita semua sebagai rakan lama untuk lebih berhati-hati dalam sebarang tindakan yang boleh mengundang tafsiran berbeza,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Wan Rosdy yang juga Pengerusi BN Pahang menjelaskan UMNO sentiasa konsisten mengutamakan semangat setiakawan dalam BN.

Katanya, di negeri-negeri di mana UMNO mempunyai kedudukan lebih baik seperti di Pahang, MIC tetap diberikan tempat sewajarnya dan sering dipertahankan atas dasar kebersamaan.

Sehubungan itu, beliau menyeru MIC bersama-sama UMNO dan parti komponen lain untuk terus memperkukuh BN serta membina kembali kekuatan secara kolektif.

“Jangan memberi ruang kepada pihak luar yang pernah meninggalkan kita ketika berdepan waktu sukar.

“Percayalah, hanya dengan semangat muafakat dan kebersamaan, BN akan kembali menjadi wadah yang kuat dan dihormati,” katanya. #SinarHarian

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Tegur Tindakan MIC Hadir Himpunan Bersatu, Hati-Hati Kerana Ia Di Anggap Jejaskan Perpaduan BN

KUANTAN: UMNO menegur tindakan MIC yang menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) baru-baru ini k...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.